Sunday, May 8, 2011

10 Undang-Undang Paling Hampeh Dalam Universiti Di Malaysia




Gua dah lama tak buat segmen Top Ten Carta Terhangat macam ni.Jadi macam dulu-dulu "Top Ten Projek Paling Membazir","Top Ten Lagu Paling Mempengaruhi Gua","Filem Paling Nami" etc.,kali ni atas komplen dan stress dari budak-budak universiti yang rata-rata menambah lauk sejak gua tulis artikel semalam,jadi gua perkenalkan "Top Ten Undang-Undang Paling Hampeh Dalam Universiti di Malaysia".Dan gua tak susun mengikut particular order - gua fikir random je.

#1 - Necktie supaya nampak korporat.

Necktie ni sebenarnya datang dari raja Croatia yang tak nak pakai scarf.Orang zaman dulu pakai scarf - untuk mengelakkan angin sejuk dari masuk ke dalam badan.Jadi dipakailah scarf dan kemudiannya datang menjadi evolusi menjadi tie.

Masa gua kat UK dulu - gua ada singgah kat Debenhams - nak beli tie untuk kenang-kenangan,sekali gua kena sound tepek dengan member gua Bob - "what the hell you want to wear that?"

Gua letak balik instead gua beli benda lain.By the way,kalau raja Croatia pakai tie sebab nak elak angin sejuk masuk badan,Malaysia yang iklim Khatulistiwa ni apa kejadahnya pulak?Nak masuk angin monsun?

LOL.Bab macam ni nak tiru orang putih - bab-bab budaya tak suka membungkus makanan yang orang putih buat tak nak pulak tiru?

Gua syak tie universiti adalah projek kontrak geng-geng kroni - sebab tu wajib dibeli.

#2 - Dilarang Masak Dalam Dorm.

Ini law yang bodoh.Serius gua tak faham - kenapa tak boleh masak dalam dorm?Apakah takut kebakaran atau apa?Gua bukan bercerita tentang masak rendang atau masak lemang kat dalam dorm.Gua bercerita tentang lauk yang simple - telur goreng,atau ikan bilis goreng.Apa kes nak outlaw benda-benda ni?

Takut terbakar kolej?Peh - macam tu baik outlawkan je Penunu Bunsen.Terbakar gak.Takde la gua maksudkan nak masak - kena bawak tong gas Petronas 25 kilo yang biasa lu nampak kat kedai tu.Portable boleh apa.Dan gua selama gua masak pakai portable gas stove tu,belum pernah lagi berlaku kecelakaan - gua rasa lagi selamat gua memasak dari melintas jalan raya - even dalam kampus sendiri.Gua pernah kena langgar dan cedera dalam kampus,tapi gua belum pernah lagi cedera akibat menggunakan portable gas stove.

Baik outlawkan kereta je kalau nak fikir soal keselamatan,tak gitu?

In the end,kafe-kafe kat universiti tu semua kebanyakannya ada cable dengan kroni-kroni dalam universiti.Period.

#3 - Dilarang Keluar Selepas Pukul 12.

Aku tak tau la kalau korang ni sejenis anak mak - lepas maghrib dah ada kat rumah dan tak keluar-keluar,tapi hari gua bermula jam 12.Pukul 12 baru nak rancak melepak dan berpeleseran.Pukul 12 masih terlalu awal untuk berjimba-jimba.Jadi bagi pihak universiti yang kunci pintu pagar jam 12 ni - sama ada tak pernah jadi anak muda,atau zaman anak muda dia duduk bawah ketiak mak.Woit,gua seawal usia 8 tahun pun gua lepak kedai burger sampai 4 pagi belajar lagu Nirvana.Rilek la - gua bukan budak kecik nak tido-tido awal ni.Tak bujang langsung!

Champions League start pukul 3 pagi.Kebanyakan game La Liga start pukul 2-3 pagi.EPL banyak game start pukul 11.Awek cun balik dari club pukul 1 pagi.Melepas semua ni - melepaslah zaman remaja.Gua tak nak bila tua menyesal buang masa buang zaman muda - lepas tu buang tebiat kat kelab dangdut.

#4 - Dilarang Memakai Seluar Jeans.

OK yang ni gua betul-betul tak faham.Gua cuba mentelaah dalam kitab-kitab suci - sama ada dari al-Quran,Bible,Yajur Veda,atau apa-apa ajelah buku sekalipun - gua rasa tak pernah pun ada sabda berkata seluar jeans ni harom.Seluar jeans adalah seluar yang takkan lapuk dek zaman.Seluar Yankee popular zaman Pop Yeh-Yeh tapi lepas tu mati,seluar pattern bunga sangat cool zaman Flower Power atau hippies lepas tu tak lagi dah,seluar bell bottom cool zaman Grease zaman John Travolta dan Olivia Newton John,sekarang haram orang nak memakainya.But jeans last forever.Dari zaman Perang Saudara Amerika berakhir sampai sekarang jeans tak pernah luput.Jeans sentiasa cool - bahkan gua rasa jeans memang sebati dengan anak muda yang ranggi - mereka yang berjiwa lasak,cool,trendy dan macho.Mengharamkan jeans bermakna mengharamkan anak muda menjadi cool.Mengharamkan anak muda untuk menjadi cool bermakna adalah satu usaha daulah untuk mempatternkan fikiran anak muda untuk terus ikut dengan arus yang dibuat oleh mereka.

Cheh - semua pun nak kena ikut dorang ke?

#5 - Dilarang Memakai Selipar Jepun ketika dalam kuliah.

Satu aku nak tanya,apa kewajarannya?Apakah di dalam bilik darjah ada lintah dan pacat untuk mengelakkan diri dari digigit?Kenapa?Tim kai yah?Warum?Pour quoi?Porque?Why why why?

Jawapannya untuk menampakkan kekemasan.Dude,gua rasa ini bukan kelas fesyen.Kelas - lantaklah nak pakai ape pun,asal kau dengar labon lecturer,bukan pakai kaki.Aku lagi selesa pergi kuliah pakai selipar.Gua budak seni - in the end masuk studio pun kaki ayam gak.Lu orang lantak la kahkahkah!

#6 - Dilarang Memakai Baju Round Neck di Dalam Universiti(Termasuk Dalam Bilik??)

OK - sebagai penduduk negara Islam yang amat bencikan sekularisme serta menganggap kepala lutut adalah aurat untuk tidak dilihat oleh mata orang awam,gua escapekan sahaja seluar pendek.But round-neck??

Yang ni selamat gua tak kena masa kat USM - tapi gua kena kat UiTM.Gua tengah best-best hidai baju kat ampaian - tiba-tiba ada orang tepuk bahu aku.Siapalah agaknya.Tiba-tiba pak guard.Keluar saman.Sebab gua tak mengikut sahsiah rupa diri.Cibs - biar betul - gua dengan kain pelekat,dengan tuala atas badan,nak pergi mandi,pun kena saman.

Gua tak tau ini percubaan 'cari makan' oleh pak guard - macam polis yang suka susun kon tepi jalan - ini adalah taktik untuk mereka mendapat sumber ekonomi ugut-mengugut mereka - menggunakan ketakutan sebagai bahan menjaja untuk mendapat keuntungan.

Siapa cakap takut tak boleh diniagakan?Gua panggil nama glamer mat paw ni "peniaga yang meniaga ketakutan".Dia jual ketakutan kepada orang awam untuk dapatkan keuntungan.

#7 - Dilarang Berdua-duaan bersama Wanita di Kafe pada Waktu Malam.

OK,sebagai penduduk di sebuah negara Islam yang anti kepada golongan sekularist serta meletakkan akidah dan akhlak sebagai dasar panduan kepada rakyat,gua faham law ni sangat-sangat.OK la.Tapi dia kata,berdua-duaan,kan?Kalau bertiga-tigaan macam mana?Berempat-empatan?Berlapan-lapanan?Boleh tak?After all,threesomes and group-sex is quite fun tho.One-by-one sex is already be too common beb.Rempit sekarang mana main sorang-sorang - dorang main Bangbros style - main gangbang.

"Celaka kamu Nami,kamu kafir laknatulooohhh!" - tengok,gua baru cakap sikit dah ada orang sound kat Formspring.Harap maaf,gua tak ambik Pendidikan Moral masa kat sekolah.Gua tak belajar moral.Harap dimaafkan.

Macam tu - gua boleh duduk berdua-duaan dengan lelaki je la?OK ek,lu orang takde kata mende eh?Tapi apasal kes liwat Anwar Ibrahim lu orang kecoh?Duduk dengan perempuan tak boleh - duduk dengan lelaki lah.Kalau duduk dua orang lelaki gua nak 'lawan pedang' ke,'i help you you help me' ke,apa ke - lu orang tak pernah cakap "dilarang duduk berdua-duaan sesama lelaki".Ke memang tak boleh duduk dua orang?

LOL!

#8 - Dilarang Berpolitik.

OK,gua non-partisan.Gua puak tak berbaris atau berpakat.Buat masa ni belum ada mana-mana pihak yang bayar gua untuk jadi agen provocateur atau agen propaganda.Tapi gua rasa - definisi politik sebenarnya luas.Bagi orang yang suka panjat pagar kat sekolah,kaki ponteng dan kaki hisap rokok macam gua - gua rasa politik ni jauh lagi besar dari berbaris atau berpakat.Menyokong Barcelona sambil menghanjing Cristiano Ronaldo sedang cengeng adalah perbuatan politik.Menyokong Manchester United sambil menggelakkan perbuatan Steven Gerrard mencium lensa kamera juga adalah perbuatan politik.Manusia secara fitrahnya berpolitik.Bercinta itu juga politik.Menghormati orang tua juga adalah politik.Politik dalam bahasa Greek kuno bermaksud ilmu bermasyarakat.

Kalau dilarang berpolitik,nak jadi apa?Pokok?

Cakaplah dengan terang - dilarang sokong Pakatan Rakyat.Kan clear.Tak payah pusing-pusing.

#9 - Diwajibkan untuk Menyertai Ko-Kurikulum Beruniform.

Semalam ada member gua budak PALAPES sound gua - sebab gua ada tulis dalam entry gua semalam "Ada yang skema dan mamat Belia 4B belia pelapis negara ada hal pagi-pagi - buat kerja bodoh jalan-jalan hentak kaki pagi-pagi" dan dia tiba-tiba tulis kat inbox gua tadi,

"salam,saya adalah peminat setia ttgb tapi saya adalah seorang anggota palapes.kenyataan tuan sangat menghina saya.hinakah saya menjadi seorang anggota palapes yang berniat mempertahankan negara" dan bebelan panjang lagi.

Simple.Gua ada 7 hari seminggu - dan pada hari pertama lu cuti lu diwajibkan untuk berjalan hentak kaki di waktu pagi - duh,kenapa berjalan hentak kaki?Orang Korea Utara buat jalan bodoh macam tu lu pun nak ikut ke?

By the way,kalau benda ni tak diwajibkan - konfirm takde anak muda nak pakai baju beruniform.Kalau ada pun - tu gua tak boleh explain la.

First of all,lu berniat mempertahankan negara - tapi macam mana lu nak mempertahankan negara kalau diri sendiri pun tak boleh dipertahankan?Hak-hak sivil lu sebagai seorang rakyat,ditakut-takutkan,dikecil-kecilkan - yang tu lu tak nak pertahankan pulak?Anyway,jangan quote John F Kennedy "jangan tanya apa yang negara buat kepada anda tapi apa yang anda buat untuk negara".Jalan hentak-hentak kaki untuk mempertahankan negara?Nice one.

Gua harap dengan hentakan kaki lu tu boleh bikin meletup B2 Spirit atau F-117 Nighthawk.Semoga berjaya.

Cakap je la lu nak sijil dan kupon untuk stay asrama - ni kes UiTM by the way.Kalau tak masuk PALAPES - wajib masuk Kesatria Negara.Peh.

#10 - Semua diwajibkan masuk BTN - kalau tak,tak boleh grade.

HA HA HAH HAHAHA HAH HAHAHAHAH AHAHAHA HAAH HAHAHA!(obviously Obefiend's laugh)

Cakap je la nak brainwash otak student.Aku tak nampak kepentingan BTN ini dalam meningkatkan intelektual serta meningkatkan daya pemikiran pelajar.Gua rasa kem ni perabih duit rakyat dengan suruh nyanyi lagu Anak Kecil Main Api.Mak gua masa gua kecik marah gua main api - nanti terbakar rumah.Anyway,masa gua kena BTN dulu - kem gua jauh dari penempatan orang - masuk dalam hutan kebun getah dalam-dalam.Serius gua kadang-kadang rasa macam masuk Auschwitz pulak.

Gua kadang-kadang bertanya,tidakkah student-student IPTA tempatan ni pernah fikir - geng-geng yang study oversea tak pulak kena BTN - dorang boleh bereksperimen matapelajaran biologi dengan teman semakmal berbangsa Irish di atas katil?Dorang boleh pergi yamseng sampai pagi,dorang boleh tak nak pakai necktie disebuah negara yang patut pakai necktie,dorang boleh masak dalam dorm dan terus mencuba resipi-resipi sesama roommate untuk menikmati juadah makanan,dorang boleh je pakai baju round-neck tanpa ada masalah untuk takut disaman,mereka tidak pernah berjalan hentak kaki untuk Askar Diraja Britain atau Marine Corps Amerika - and I keep on wondering,despite macam-macam law-law hampeh dan kadang-kadang bodoh dan mengarut - tapi dorang tetap bersyukur dan berkata "kami bangga dalam Apex University" atau "universiti kami setaraf Oxford kerana yuran kami setaraf Oxford" bla bla bla.

Gua sampai satu tahap berfikir,mahasiswa kita yang ada pada hari ni - berfikir ke tak?Undang-undang - bagi gua - perlu diwujud untuk kepentingan orang ramai,bukan kerana untuk menunjuk kuasa.Undang-undang perlu dipersetujui oleh orang ramai dengan rela hati - bukan untuk ditakut-takutkan.Polis dan pak guard - tugasnya melindungi orang bukan menakutkan orang.Undang-undang yang tak relevan dengan pelajar haruslah dilawan.Pelajar yang harus menghadapi undang-undang,jadi pelajar ada hak untuk mendebatkannya.

Dan kalau inilah trend berterusan - gua percaya - satu hari nanti universiti yang menjadi bakal graduan - hanya tahu susun syiling tertinggi,membakar lemang tertinggi,memasak kek terbesar dan akhirnya,masak tak reti,bersosial tak reti,berpolitik tak reti,bergaya tak reti,bersenggama pun tak reti,semua benda pun tak reti.Apa yang dia reti?

"Kami bangga menjadi pelajar universiti di Malaysia".Peh - reti bangga tak bertempat.Tu je la gua boleh cakap.

p/s:Fuck you I won't do what you tell me! - Zach de la Rocha.

act aku copy paste je dari satu blog nie
memang DAEBAK dia punya pendapat!
aku memang baca blog dia tip-tiap hari kot
^^
*********************
uncle nami!( blog u memang daebak )
jgn mara la yer saya copy paste entry uncle ke blog saya ^^
singgah-singgah la blog beliau
*thumbs up*

thank you

2 comments:

  1. pergh.sume bende nak di complainnye.belajarlah bersyukur, :)

    ReplyDelete
  2. tak suke macam tu tapi semenye terpakse dan dipakse..haishhhhh

    ReplyDelete