Sunday, May 29, 2011

kolej matrikulasi selangor

okayy,,
aku nak start kuliah dah esok
aku da set kat otak aku satu aim!
rahsia~~

okey,orientasi a.k.a MPPB
50/50 aku bagi
aku tak buat banyak sanagt masalah
tapi korang mesti pelik lagi hairan
aku kat sini jadi pasif
aku nak jadi budak pendiam
bercakap bila perlu
yang tahu perangai aku memang akan cakap aku talkative
tapi kat sini aku punya tekad nak jadi budak pendiam
InsyaAllah

susah la nak cari kawan baru
aku tak pandai approach orang
memang aku talkative tapi lepas aku selesa dengan orang tu
ada paham?

=='

act,aku sedih gak sebab classmates aku okay
tapi kalau nak study together memang susah
sebab classmates aku yang dari blok aku hanya dua orang
sorang cina dan aku
susah kot
=='

tapi tak pe aku try carik jalan lain
aku study dengan orang lain
InsyaAllah
aku sebenarnya homesick la gak
tapi aku pikir setahun je kat sini
amin~~

roommates aku pon okay
peramah,ceria riang gembira,okayy lar

*aku rindu sangat dengan semua orang*


p/s : i miss all my friends..aku rindu kat korang semua
aku rasa aku pelik kot time first datang sini

Tuesday, May 24, 2011

hey awak!



heyy,,jangan nangis
be strong girl
maybe ada hikmah di sebalik kesusahan kau sekarang
aku sokong kau apa pon yang kau buat
ada peluang,mesti rebut
study leklok
jaga diri
ada masalah call aku kay?
im gonna miss u damn much

  1. sapa nak bawak aku pergi pantai
  2. sapa nak bagi aku free meatball
  3. sapa nak bawak motor untuk aku
  4. sapa aku nak manja-manja
  5. sapa aku nak cerita masalah
  6. sapa nak bawak aku pergi kedai
  7. sapa nak bawak aku pergi main buaian
  8. sapa nak teman aku la segala bagai

jangan sedih,la tahzan
InsyaAllah kau ada peluang
mungkin sekarang takde,tapi masa depan nanti ada
Allah adil dengan semua hambaNya
belajar elok-elok
aku sentiasa doakan kau
doakan aku jugak :'(
jangan lupakan aku
InsyaAllah aku takkan lupakan kau

ily and imy


* be strong girl *

p/s : jaga diri kay?

Monday, May 23, 2011

byebye :'(


okay
hari nie last aku blogging
bukan last buat selama-lamanya
aku kan masuk matriks
nanti balik rumah,aku blogging balik
aku tak bawak lappy la ke sana
banyak yang aku rindu nanti

*****************
RINDU

  1. family
  2. bff aku anum
  3. friends
  4. lappy
  5. facebook-ing
  6. driving
  7. mom's cook
  8. late night sleep
  9. sleep
  10. home
*****************

banyak betul aku rindu
so pagi nie aku bertolak
aku tukar blog's song
aku suka gila lagu nie :)
hope y'all like it

papepon doakan aku berjaya
untu member aku semua

good luck

and

all the best


* gonna miss everything about home *

p/s : cuak aku

Sunday, May 22, 2011

sucks!!



tah kemenda akunya tajuk
haha :D
rata-rata member aku almost 70% da pergi uni
aku 23 mei kay
tak daknyela aku nak blogging heheh
and almost 50% said sucks
30% so-so ( wifi there)
20% not yet
okey aku cuak!

******************

hari nie sekali lagi aku fed up
hari ni bapak aku and mak aku ada meeting kat kajang
dan aku ikut
dengan niat mahu cari kasut kuliah
bagi sedap punya
gila lama tunggu mak bapak aku punya meeting
its okay la,lama tak lama kitorang tunggu sempat la abis satu wayang
Pirates Of The Carribean :)


best!
*thumbs up

aku sampai da tertidur kat sana..heheh
da parents aku settle semua
merantau la kedai kasut
okay aku saiz 35..and semua kasut design for their size only 36 and above
SUCKS
okay,aku tawaf plaza metro kajang tu semata-mata cari kasut
fyi,kalau kasut branded biasanya saiz 4 ada tapi harganya RM100++
tapi kalau yang kurang branded saiz 35 atau 4 memang takdak
maybe korang kata

" kalau macam tu beli kasut mahal je la terus "

tapi mahal anda tahu?
pilih la

mahal tapi ada saiz

murah tapi takdak saiz

gilomu!!
genetik mak aku nie aku ikut
saiz 4 or 35 je
nak buat camne?
akhirnya kitorang heading to Jaya Jusco Bukit Raja
HEAVEN!!
nah,,memang korang pelik kenapa aku kata heaven?
sejak aku habis SPM bulan 12 aku tak pernah jejak kaki aku ke beloved JJ aku nie
imy JJ
dan aku rembat la dua pasang kasut
i looiikkee <3

cardigan dua aku rembat
memang senyum aku nampak gusi abes..
haha :D
terima kasih abah!!

*mood packing lagi*

p/s : i miss all my friends

Saturday, May 21, 2011

kecuakan berganda



okey blog aku memang dah tumbuh rumput plus lalang
da lama aku tak post
i'm busy with my business lately and also my matriculation thingy =='

************

aku pon tak tahu apa yang merasuk aku malam nie
tetiba buat post malam-malam buta
act,aku tengah tunggu drama korea aku bagi fully clearly
bagi tak nak buffering
ya,gaya aku macam tak nervous nak masuk matriks nie
muka rilekk,hati cam nak meletop
walaowehh!!

************

drama nie memang best
lagi-lagi scheduler dia hensem
sedih kot cerita nie

**********

setakat nie preparation aku untuk ke matriks memang nak dekat tip top
aku punya baju kurung je kat sepuluh
mak aku tengah jahit sepasang untuk aku
aku on je
lagi-lagi kalau baju yang mak aku jahit
aku suka!!!

tapi ada lagi la yang takde
(sighing) =='
nasib baik baldi,selipar toilet,seluuar tido yang tyme sekolah dulu boleh pakai lagi
heheh
gaya cam sakai je

tadi Maghrib aku pergi Al-Ikhsan
perghh,ada satu kasut ADIDAS original price dia RM199
tapi promotion ke discount tah turun jadi RM129
babun sedap tapak dia
memang DAEBAKK
aku memang suka kasut mahal,bukan apa
tapak kaki aku nie senget sebelah tau
pakai kasut apa pun in the end mesti merekah bahagian luar
tak pun tengah
kasut mahal dia longlasting sikit
koman-koman aku boleh pakai 7-8 bulan
takpun setahun
okey balik cerita tadi ^^
aku try punya try
bapak aku da check wallet
bapak aku kay yang jumpa dulu kasut nie
SEKALI TAK MUAT
tension aku
kaki aku kecik kot
aku boleh pakai kasut biasanya saiz 4 atau 5
kasut nie paling kecik saiz 6
gilo mu?

aku dapat genetik mak aku lerr =='
act, aku jarang beli gelang and cincin (cincin remaja pakai sekarang nie)
sebabnya tangan aku memang kecik
jari aku pon kecik
nak buat macam mana,genetik mak aku
hailoh!!

*************

untuk member-member aku yang nak melangkah ke IPTA and matriks
good luck and all the best
doakan la kejayaan aku duia dan akhirat
amin..

* tengah packing barang *

p/s : rindu ko la ara,imy
aku sibuk kot dengan bisnes aku akhir-akhir nie..hailohh
^_^ mood aku still sibuk nak carik duit

Wednesday, May 11, 2011

ini pilihan aku




InsyaAllah matriks

YA Allah,kuatkanlah diriku agar dapat menempuh cabaran untuk mendapat ilmu dari-Mu
terangilah hatiku
berikanlah kejayaan padaku
amin

expectation mak bapak aku memang tinggi melangit =='
bila aku cakap aku masuk matriks,
semua orang kata,ko mampu ke?
bagi aku mampu tak mampu lain cerita
yang penting aku mampu bertahan dengan ayat mengecilkan kemampuan aku
yang korang keluarkan dari mulut korang
aku nak ilmu
lantak la orang kata aku lembik segala macam manapun
yang penting aku
yang nak berjaya aku
Allah takkan bagi dugaan kat hambanya yang tak mampu memikul dugaannya
doakan aku kay?
:)
~~~cuak gila~~~
ramai kata matriks tough =='

cheer up hawa!! ^_^
GO GO GO
HWAITING!!

* kuatkanlah semangatku YA ALLAH *
amin

p/s : aku cuak jugak masuk matriks ni,plus sedih member aku ramai
yang tolak matriks sebab nak masuk ipta
ramai kata matriks nie tough?
tapi aku honestly tak minat banking yang uitm tawarkan =='
bantulah aku YA ALLAH

dilemma :'(

YA ALLAH,
ampunkanlah dosa-dosaku dan keluargaku
berilah kami kebahagiaan
lindungilah kami sekeluarga dari ditimpa sebarang bencana
kuatkanlah semangatku untuk mencapai kejayaan
kau berikanlah jawapan terbaik untuk masa depanku
agar aku dapat menjaga adikku dan ibu bapaku kelak
kau berkatilah pilihanku
berikanlah kejayaan padaku dunia dan akhirat
permudahkanlah aku untuk menerima ilmu
terangilah hatiku agar mudah untuk menerima ilmu
Amin Ya Rabbal'alamin

Sunday, May 8, 2011

10 Undang-Undang Paling Hampeh Dalam Universiti Di Malaysia




Gua dah lama tak buat segmen Top Ten Carta Terhangat macam ni.Jadi macam dulu-dulu "Top Ten Projek Paling Membazir","Top Ten Lagu Paling Mempengaruhi Gua","Filem Paling Nami" etc.,kali ni atas komplen dan stress dari budak-budak universiti yang rata-rata menambah lauk sejak gua tulis artikel semalam,jadi gua perkenalkan "Top Ten Undang-Undang Paling Hampeh Dalam Universiti di Malaysia".Dan gua tak susun mengikut particular order - gua fikir random je.

#1 - Necktie supaya nampak korporat.

Necktie ni sebenarnya datang dari raja Croatia yang tak nak pakai scarf.Orang zaman dulu pakai scarf - untuk mengelakkan angin sejuk dari masuk ke dalam badan.Jadi dipakailah scarf dan kemudiannya datang menjadi evolusi menjadi tie.

Masa gua kat UK dulu - gua ada singgah kat Debenhams - nak beli tie untuk kenang-kenangan,sekali gua kena sound tepek dengan member gua Bob - "what the hell you want to wear that?"

Gua letak balik instead gua beli benda lain.By the way,kalau raja Croatia pakai tie sebab nak elak angin sejuk masuk badan,Malaysia yang iklim Khatulistiwa ni apa kejadahnya pulak?Nak masuk angin monsun?

LOL.Bab macam ni nak tiru orang putih - bab-bab budaya tak suka membungkus makanan yang orang putih buat tak nak pulak tiru?

Gua syak tie universiti adalah projek kontrak geng-geng kroni - sebab tu wajib dibeli.

#2 - Dilarang Masak Dalam Dorm.

Ini law yang bodoh.Serius gua tak faham - kenapa tak boleh masak dalam dorm?Apakah takut kebakaran atau apa?Gua bukan bercerita tentang masak rendang atau masak lemang kat dalam dorm.Gua bercerita tentang lauk yang simple - telur goreng,atau ikan bilis goreng.Apa kes nak outlaw benda-benda ni?

Takut terbakar kolej?Peh - macam tu baik outlawkan je Penunu Bunsen.Terbakar gak.Takde la gua maksudkan nak masak - kena bawak tong gas Petronas 25 kilo yang biasa lu nampak kat kedai tu.Portable boleh apa.Dan gua selama gua masak pakai portable gas stove tu,belum pernah lagi berlaku kecelakaan - gua rasa lagi selamat gua memasak dari melintas jalan raya - even dalam kampus sendiri.Gua pernah kena langgar dan cedera dalam kampus,tapi gua belum pernah lagi cedera akibat menggunakan portable gas stove.

Baik outlawkan kereta je kalau nak fikir soal keselamatan,tak gitu?

In the end,kafe-kafe kat universiti tu semua kebanyakannya ada cable dengan kroni-kroni dalam universiti.Period.

#3 - Dilarang Keluar Selepas Pukul 12.

Aku tak tau la kalau korang ni sejenis anak mak - lepas maghrib dah ada kat rumah dan tak keluar-keluar,tapi hari gua bermula jam 12.Pukul 12 baru nak rancak melepak dan berpeleseran.Pukul 12 masih terlalu awal untuk berjimba-jimba.Jadi bagi pihak universiti yang kunci pintu pagar jam 12 ni - sama ada tak pernah jadi anak muda,atau zaman anak muda dia duduk bawah ketiak mak.Woit,gua seawal usia 8 tahun pun gua lepak kedai burger sampai 4 pagi belajar lagu Nirvana.Rilek la - gua bukan budak kecik nak tido-tido awal ni.Tak bujang langsung!

Champions League start pukul 3 pagi.Kebanyakan game La Liga start pukul 2-3 pagi.EPL banyak game start pukul 11.Awek cun balik dari club pukul 1 pagi.Melepas semua ni - melepaslah zaman remaja.Gua tak nak bila tua menyesal buang masa buang zaman muda - lepas tu buang tebiat kat kelab dangdut.

#4 - Dilarang Memakai Seluar Jeans.

OK yang ni gua betul-betul tak faham.Gua cuba mentelaah dalam kitab-kitab suci - sama ada dari al-Quran,Bible,Yajur Veda,atau apa-apa ajelah buku sekalipun - gua rasa tak pernah pun ada sabda berkata seluar jeans ni harom.Seluar jeans adalah seluar yang takkan lapuk dek zaman.Seluar Yankee popular zaman Pop Yeh-Yeh tapi lepas tu mati,seluar pattern bunga sangat cool zaman Flower Power atau hippies lepas tu tak lagi dah,seluar bell bottom cool zaman Grease zaman John Travolta dan Olivia Newton John,sekarang haram orang nak memakainya.But jeans last forever.Dari zaman Perang Saudara Amerika berakhir sampai sekarang jeans tak pernah luput.Jeans sentiasa cool - bahkan gua rasa jeans memang sebati dengan anak muda yang ranggi - mereka yang berjiwa lasak,cool,trendy dan macho.Mengharamkan jeans bermakna mengharamkan anak muda menjadi cool.Mengharamkan anak muda untuk menjadi cool bermakna adalah satu usaha daulah untuk mempatternkan fikiran anak muda untuk terus ikut dengan arus yang dibuat oleh mereka.

Cheh - semua pun nak kena ikut dorang ke?

#5 - Dilarang Memakai Selipar Jepun ketika dalam kuliah.

Satu aku nak tanya,apa kewajarannya?Apakah di dalam bilik darjah ada lintah dan pacat untuk mengelakkan diri dari digigit?Kenapa?Tim kai yah?Warum?Pour quoi?Porque?Why why why?

Jawapannya untuk menampakkan kekemasan.Dude,gua rasa ini bukan kelas fesyen.Kelas - lantaklah nak pakai ape pun,asal kau dengar labon lecturer,bukan pakai kaki.Aku lagi selesa pergi kuliah pakai selipar.Gua budak seni - in the end masuk studio pun kaki ayam gak.Lu orang lantak la kahkahkah!

#6 - Dilarang Memakai Baju Round Neck di Dalam Universiti(Termasuk Dalam Bilik??)

OK - sebagai penduduk negara Islam yang amat bencikan sekularisme serta menganggap kepala lutut adalah aurat untuk tidak dilihat oleh mata orang awam,gua escapekan sahaja seluar pendek.But round-neck??

Yang ni selamat gua tak kena masa kat USM - tapi gua kena kat UiTM.Gua tengah best-best hidai baju kat ampaian - tiba-tiba ada orang tepuk bahu aku.Siapalah agaknya.Tiba-tiba pak guard.Keluar saman.Sebab gua tak mengikut sahsiah rupa diri.Cibs - biar betul - gua dengan kain pelekat,dengan tuala atas badan,nak pergi mandi,pun kena saman.

Gua tak tau ini percubaan 'cari makan' oleh pak guard - macam polis yang suka susun kon tepi jalan - ini adalah taktik untuk mereka mendapat sumber ekonomi ugut-mengugut mereka - menggunakan ketakutan sebagai bahan menjaja untuk mendapat keuntungan.

Siapa cakap takut tak boleh diniagakan?Gua panggil nama glamer mat paw ni "peniaga yang meniaga ketakutan".Dia jual ketakutan kepada orang awam untuk dapatkan keuntungan.

#7 - Dilarang Berdua-duaan bersama Wanita di Kafe pada Waktu Malam.

OK,sebagai penduduk di sebuah negara Islam yang anti kepada golongan sekularist serta meletakkan akidah dan akhlak sebagai dasar panduan kepada rakyat,gua faham law ni sangat-sangat.OK la.Tapi dia kata,berdua-duaan,kan?Kalau bertiga-tigaan macam mana?Berempat-empatan?Berlapan-lapanan?Boleh tak?After all,threesomes and group-sex is quite fun tho.One-by-one sex is already be too common beb.Rempit sekarang mana main sorang-sorang - dorang main Bangbros style - main gangbang.

"Celaka kamu Nami,kamu kafir laknatulooohhh!" - tengok,gua baru cakap sikit dah ada orang sound kat Formspring.Harap maaf,gua tak ambik Pendidikan Moral masa kat sekolah.Gua tak belajar moral.Harap dimaafkan.

Macam tu - gua boleh duduk berdua-duaan dengan lelaki je la?OK ek,lu orang takde kata mende eh?Tapi apasal kes liwat Anwar Ibrahim lu orang kecoh?Duduk dengan perempuan tak boleh - duduk dengan lelaki lah.Kalau duduk dua orang lelaki gua nak 'lawan pedang' ke,'i help you you help me' ke,apa ke - lu orang tak pernah cakap "dilarang duduk berdua-duaan sesama lelaki".Ke memang tak boleh duduk dua orang?

LOL!

#8 - Dilarang Berpolitik.

OK,gua non-partisan.Gua puak tak berbaris atau berpakat.Buat masa ni belum ada mana-mana pihak yang bayar gua untuk jadi agen provocateur atau agen propaganda.Tapi gua rasa - definisi politik sebenarnya luas.Bagi orang yang suka panjat pagar kat sekolah,kaki ponteng dan kaki hisap rokok macam gua - gua rasa politik ni jauh lagi besar dari berbaris atau berpakat.Menyokong Barcelona sambil menghanjing Cristiano Ronaldo sedang cengeng adalah perbuatan politik.Menyokong Manchester United sambil menggelakkan perbuatan Steven Gerrard mencium lensa kamera juga adalah perbuatan politik.Manusia secara fitrahnya berpolitik.Bercinta itu juga politik.Menghormati orang tua juga adalah politik.Politik dalam bahasa Greek kuno bermaksud ilmu bermasyarakat.

Kalau dilarang berpolitik,nak jadi apa?Pokok?

Cakaplah dengan terang - dilarang sokong Pakatan Rakyat.Kan clear.Tak payah pusing-pusing.

#9 - Diwajibkan untuk Menyertai Ko-Kurikulum Beruniform.

Semalam ada member gua budak PALAPES sound gua - sebab gua ada tulis dalam entry gua semalam "Ada yang skema dan mamat Belia 4B belia pelapis negara ada hal pagi-pagi - buat kerja bodoh jalan-jalan hentak kaki pagi-pagi" dan dia tiba-tiba tulis kat inbox gua tadi,

"salam,saya adalah peminat setia ttgb tapi saya adalah seorang anggota palapes.kenyataan tuan sangat menghina saya.hinakah saya menjadi seorang anggota palapes yang berniat mempertahankan negara" dan bebelan panjang lagi.

Simple.Gua ada 7 hari seminggu - dan pada hari pertama lu cuti lu diwajibkan untuk berjalan hentak kaki di waktu pagi - duh,kenapa berjalan hentak kaki?Orang Korea Utara buat jalan bodoh macam tu lu pun nak ikut ke?

By the way,kalau benda ni tak diwajibkan - konfirm takde anak muda nak pakai baju beruniform.Kalau ada pun - tu gua tak boleh explain la.

First of all,lu berniat mempertahankan negara - tapi macam mana lu nak mempertahankan negara kalau diri sendiri pun tak boleh dipertahankan?Hak-hak sivil lu sebagai seorang rakyat,ditakut-takutkan,dikecil-kecilkan - yang tu lu tak nak pertahankan pulak?Anyway,jangan quote John F Kennedy "jangan tanya apa yang negara buat kepada anda tapi apa yang anda buat untuk negara".Jalan hentak-hentak kaki untuk mempertahankan negara?Nice one.

Gua harap dengan hentakan kaki lu tu boleh bikin meletup B2 Spirit atau F-117 Nighthawk.Semoga berjaya.

Cakap je la lu nak sijil dan kupon untuk stay asrama - ni kes UiTM by the way.Kalau tak masuk PALAPES - wajib masuk Kesatria Negara.Peh.

#10 - Semua diwajibkan masuk BTN - kalau tak,tak boleh grade.

HA HA HAH HAHAHA HAH HAHAHAHAH AHAHAHA HAAH HAHAHA!(obviously Obefiend's laugh)

Cakap je la nak brainwash otak student.Aku tak nampak kepentingan BTN ini dalam meningkatkan intelektual serta meningkatkan daya pemikiran pelajar.Gua rasa kem ni perabih duit rakyat dengan suruh nyanyi lagu Anak Kecil Main Api.Mak gua masa gua kecik marah gua main api - nanti terbakar rumah.Anyway,masa gua kena BTN dulu - kem gua jauh dari penempatan orang - masuk dalam hutan kebun getah dalam-dalam.Serius gua kadang-kadang rasa macam masuk Auschwitz pulak.

Gua kadang-kadang bertanya,tidakkah student-student IPTA tempatan ni pernah fikir - geng-geng yang study oversea tak pulak kena BTN - dorang boleh bereksperimen matapelajaran biologi dengan teman semakmal berbangsa Irish di atas katil?Dorang boleh pergi yamseng sampai pagi,dorang boleh tak nak pakai necktie disebuah negara yang patut pakai necktie,dorang boleh masak dalam dorm dan terus mencuba resipi-resipi sesama roommate untuk menikmati juadah makanan,dorang boleh je pakai baju round-neck tanpa ada masalah untuk takut disaman,mereka tidak pernah berjalan hentak kaki untuk Askar Diraja Britain atau Marine Corps Amerika - and I keep on wondering,despite macam-macam law-law hampeh dan kadang-kadang bodoh dan mengarut - tapi dorang tetap bersyukur dan berkata "kami bangga dalam Apex University" atau "universiti kami setaraf Oxford kerana yuran kami setaraf Oxford" bla bla bla.

Gua sampai satu tahap berfikir,mahasiswa kita yang ada pada hari ni - berfikir ke tak?Undang-undang - bagi gua - perlu diwujud untuk kepentingan orang ramai,bukan kerana untuk menunjuk kuasa.Undang-undang perlu dipersetujui oleh orang ramai dengan rela hati - bukan untuk ditakut-takutkan.Polis dan pak guard - tugasnya melindungi orang bukan menakutkan orang.Undang-undang yang tak relevan dengan pelajar haruslah dilawan.Pelajar yang harus menghadapi undang-undang,jadi pelajar ada hak untuk mendebatkannya.

Dan kalau inilah trend berterusan - gua percaya - satu hari nanti universiti yang menjadi bakal graduan - hanya tahu susun syiling tertinggi,membakar lemang tertinggi,memasak kek terbesar dan akhirnya,masak tak reti,bersosial tak reti,berpolitik tak reti,bergaya tak reti,bersenggama pun tak reti,semua benda pun tak reti.Apa yang dia reti?

"Kami bangga menjadi pelajar universiti di Malaysia".Peh - reti bangga tak bertempat.Tu je la gua boleh cakap.

p/s:Fuck you I won't do what you tell me! - Zach de la Rocha.

act aku copy paste je dari satu blog nie
memang DAEBAK dia punya pendapat!
aku memang baca blog dia tip-tiap hari kot
^^
*********************
uncle nami!( blog u memang daebak )
jgn mara la yer saya copy paste entry uncle ke blog saya ^^
singgah-singgah la blog beliau
*thumbs up*

thank you

Saturday, May 7, 2011

my birthday :'(


HAPPY BIRTHDAY TO ME
IT'S MY BIRTHDAY

my birthday not yours
its my day,please im begging you do not remember the next day

7th MAY IS MY BIRTHDAY
NOT THE NEXT DAY
GET IT??


TOMORROW IS NOT MY BIRTHDAY
i hate it

kenapa nak tunggu esok?
lagi berapa jam entah birthday aku
ingat orang lain pulak
WTF
sakit hati gila aku
the worst day ever :'(

* aku sedih gila *
sebak gila aku

p/s : YA ALLAH,tenangkanlah hati aku
ya,aku mentah lagi,birthday pon nak kena sambut,kena wish,kalau bukan hari nie,hari apa lagi orang nak ingat kat aku????
da la tak lama lagi aku nak tinggalkan rumah,macam nie jadinya :'(

Friday, May 6, 2011

100th followers


act,,thanx dekat orang atas tu sebab jadi aku followers yang ke-100
thanx tu a.jessica
act,dia tak tinggalkan link dia
so kat sini aku nak bagi



thanx being my 100th followers
tak sangka la jugak boleh dapat 100 follower
lepas nie aku akan buat entry yang korang takkan lekang mata korang dari skrin lappy atau pc korang
HAHA :D
aku tengah syok buat bisnes ni
so that's it
neway thanx to all readers
i love you all
yaww!!

* YA ALLAH,berilah aku jawapan yang terbaik untuk masa depanku*
amin

in life..



Wednesday, May 4, 2011

projek baru untuk birthday mama

bagi menambah kos sara hidup aku yang kehendaknya macam-macam
jadinya macam nie
aku pon buat la bagai handmade
boleh tengok tangan kreatif aku
heheh..
susahnya cari duit anda tahu?
tangan tu kena glue gun,,gam panas tau?
belum lagi kena cucuk jarum nak jahit punya pasal =='

fyi,nie first product tau
so,its an honour sebab my mom yang dapat strap first nie
hadiah untuk mama
aku tau hadiah tu takdak la mahal mana
tapi ikhlas dari hati tau..
lama nak buat kot =='
aku takdak duit la hai nak belikan mak aku rantai rafflessia :(
tapi nie aku buat guna sepasang tangan yang Allah kurniakan untuk aku
Alhamdulillah

HAPPY BIRTDAY MAMA

angah sayang mama
nasib baik mak aku sabar kalau aku tiba-tiba aku pissed off
tahniah la yer dapat anak yang 'rajin' macam angah
HAHA :D

i love you MAMA



*angah sayang mama*

p/s : susah nak jadi anak yang taat anda tahu?=='
i'll try my best!

terima kasih tag saya


4 perkara describe about myself
comel kot?
semakin chubby
aku nie dendam sikit ( bahaya kan? saya tahu ==')
suka senyum

4 nama manja kamu
angah
hawa
gigi
intan ( nama kecik-kecik dulu )

4 perkara baik yang kamu buat arini
sidai kain
tidur ( tidur itu ibadah )
hantar adik pergi sekolah
buat strap hp intuk birthday mama

4 tempat yang nak sangat pergi
Makkah
jepun
Paris
korea

4 benda wajib bawa kalau keluar
Handphone
mp3
handbag
tudung (takut tertinggal)

4 perkara terakhir kamu buat sebelum join contest ni
bangun dari tido
siapkan adek ke sekolah
facebook-ing
bagitahu mama adek datang lambat ke sekolah

4 orang yang paling kamu sayang di dunia ni
family
kawan-kawan
orang yang baik dengan aku
myself? ( boleh dikirakan?)

4 jenis ragam manusia kmu jumpa hari ini
Gedik
Annoying
Baik
periang

4 misi yang mesti kamu capai dalam tahun ni
Masuk university
beli DSLR
beli laptop
flying colours in university or matriks

4 habit buruk kamu
Makan dan makan
tidur yang melampau
pendendam
cakap tak henti

4 perkara yang kamu fobia
kupu-kupu
adek aku hilang (aku tgah tidur masa tu)
orang yang aku sayang meninggal dunia
kena attack dengan Sir Izzudin

4 sebab join contest nie
kena tag
suka suki
nak kwn lagi:)
suka cerita mcm2

* terima kasih puteri sebab tag saya *


Tuesday, May 3, 2011

LOVE is when..



* malas nak taip,copy and paste je *

p/s : serius malas gila taip..penat buat handmade ni tau?
da banyak gam dari glue gun yang kena kat tangan =='
nak duit punya pasal..jarum pon da buat banyak lobang kat jari aku nie

Monday, May 2, 2011

saya nak jadi businesswoman :P


okeyh,,wahai readers sekalian
saya umumkan saya serius nak sangat duit $_$
banyak kos perbelanjaan untuk sara hidup saya
jadi saya ada buat bisnes kecil-kecilan
harap readers boleh beri sokongan
tengok link ni
handmade yang dibuat saya dan abang saya
harap readers boleh beri sokongan
support barangan Malaysia!!


***********

cerita lain pulak kay?
petang tadi pergi sawah lepas tu pergi batu 23 Sungai Nibong
tengok la gambar-gambarnya
hope y'all like it


***************

sawah





kat Batu 23,Sungai Nibong







* first time pakai shawl macam nie *

p/s :aku nak promot juga ribbon besar kat shawl aku tuh
da buat kena la pakai,betul takk?
nak jual punya pasal,aku kena jadi model HAHA :D
hope anda support saya :)


Sunday, May 1, 2011

Happy Birthday an :P



huhu :)
Happy Birthday to my beloved friend :)

thank you for being a good friend for me since i am in Form 2
thank you for your commented about my muslimah thingy
i think you are the one that concerned about my ABC schedule ;[

you are the very the one bad boy that i ever know
thank you that you've changed yourself to be a good man
from the 'mat ganja' and now you've become a real man

you've teached me about life
do not ever and never call me 'playgirl'
i hate that!

i am sorry for not being a matured girl
i am sorry for hurting your feelings
i am sorry because i am always sulky when i talked with you in phone

you are deserve to get a good woman besides me
i hoped that you're never let yourself turned back again in your past
dont ever and never touch that ganja thingy,and your cigarette again

i am always pray to Allah that you will get a good wife
family and future
and live well

i love you as a friend
may Allah blessed you..

* happy birthday AN!! *

p/s : aku ingat ye birthday hang..
aku da siap buat alarm lagi kat calendar phone aku
INGAT!! jodoh di tangan Allah :)
sorry kalau grammar hancuss =='