Friday, December 27, 2013

mood final, people

Asalammualaikum
wishing all the best
final exam semester 1 of 2nd year
good luck friends
may Allah ease everything
have faith
fighting fighting fighting


* lama sangat aku tak blogging *

p/s: nak dating dengan girlfriendssss cuti final sem ni oh yeayyy

Wednesday, November 20, 2013

Illuminates Me


Asalammualaikum
okay ni cerita budak-budak first year PPKAS sebenarnya
tapi oleh kerana aku yang bagi dorang makan, so aku involve sama
program ni kitranya macam orientasi first year lah
aku dulu pon ada
program ni bertujuan nak jemput bebudak first year join PPKAS Family
nak eratkan silaturrahim
ok

Program : Illuminates me
Venue : Bukit Cenderawasih, Kangar Perlis
Date and Time : 17th Nov 20013 / 1400

okay kerja aku bawak roti untuk dorang
bawak kamera mira
pastu konon-kononnya site visit
aku tawan Bukit Cenderawasih uollss
ok aku mengaku, aku nak pitam jugaklah
hahaha 
sorry kesihatan aku menganggu sejak dua menjak ni
ok aku tak tahu dan tak nak jumpa doc *ok aku ketegaq*
ok aku malas nak typing, kira power lah aku upload gmbar je AHAHAH
aku power weyh pusing satu bukit ni HAHAHA
atasvpuncak, boleh nampak satu Perlis woww
subhanallah
Ok ada satu mamat first year ni aku crush HAHA ;p




























*mana lagi, meh sini aku hiking*

p/s : thanks wancik tolong dan sabar, k manan jugak. ni boleh broga pulak pasni HAHAH
KONONNNNN

Sunday, November 10, 2013

happy birthday along :)

asalammualaikum
percayalah
aku dengan along jarang sangat selca yang bebaik mukanya
motif gambar bawah ni aku nak selca dengan adek
api abang aku photobomb
so ni hasilnya
aku tak reti nak blur lobang tu
jenuh aku cari kat photoscape, dan aku give up
HAHAHA

ALONG
9th November 1990
happpyyy birthdayyy
may Allah bless you
angah sayang kau *fingers crossed*
may Allah brings out the best for you
ingat ni, nak jadi suami yang baik, kena bahagiakan adiknya dulu

hadis angah bagi kat abah
"apabila seorang ayah menggembirakan hati anak perempuannya, maka syurga untuknya, jika tiada ayah maka jatuh pada anak lelaki dalam keluarganya"

kau ada dua adik nak kena jaga, yang lelaki besar tu pon kena jaga kakak dan adiknya
HAHAHA
nak jadi suami orang jaga keluarga kita dulu. ingat ;p
besar tanggungjawab anak lelaki ni
jadilah anak yang soleh untuk mama dan abah
jadilah abang yang bertanggungjawab dan baik agarkami adik-adikmu boleh meminta nasihat dan pandangan
semoga dapat isteri solehah, dimurahkan rezeki dan hidup diberkati Allah



*may be blessed*

p/s : kenapa gambar aku lebih, dah ni blog aku AHAHAH. Kbai.

Friday, November 1, 2013

kes rompakan

Asalammualaikum
terajen tetiba nak update pasal diri aku
hati aku rasa cam nak story je pasal kes rompakan aku HAHAHA
sedih woii
the story begin

aku kan cerita previous entry aku AJK Makanan Hari Sukan UniMAP untuk ppk aku
punyalah seronok
muka gelak happy ceria, babeng fake muka aku
jumaat kira first day aku nak jalankan tugas AJK Makanan
aku kena rompak woii
cash aku habis, dompet duit syiling habis habis
opkos lah dompet plus duit syiling basuh baju aku dia hambek
angin betol aku
kalau duit syiling je dia amik mau "kaching kaching" bunyi
cash dalam purse aku dia hamek
purse aku selamat, I/C kad bank ape semua dia tak sentuh
cash je dia amik, bangang tak
yang lagi haru, dia amik duit budget makanan PPKAS tu
aku seriau tader duit
duit ptptn aku dah tak jenguk langit dah, duit ada, tapi sikit
aku lah kena ganti duit PPKAS
aku bajet, aku mintak duit kat abah, tapi tak sangka betul seawal ni
aku dah bajet-bajet duit aku
boleh survive sebulan dua lagi
tapi ye dah ganti duit PPKAS, ye nak tebal muka mintak abah
mahu tak melalak aku kat abah dengan mama
aku shock gila nak bayar duit makan kat Cafe Shafaz takde duit
aku beli ayam goreng seketul, teh ais, total RM3.40
bukak purse, ZERO!!
ada duit syiling tak sampai sehinggit
celaka kau pencuri
pandang kiri kanan tengok ada muka aku kenal tak, nasib aku nampak kak sai tengah makan
aku pon mintak duit kat dia
ok berhutang :'(

mama on the phone masa aku melalak menangis
" kurang ajar pencuri tu sampai anak kita berhutang kat orang, nak bayaq duit makan takdaq duit bah, macam pengemis! "
ok keluar slang penang mak aku

ok family aku memang strict pasal hutang-hutang ni, tak cukup duit, mintak kat abah bukan kat orang lain
tapi aku kalau terdesak, memang terpaksalah kannn
tapi, otak aku penuh dah ingat nak bayar hutang bila
aku siap tulis lagi aku hutang sape and berapa

*ok mood angin taufan pasifik selatan sekarang*
aku mula-mula ingat duit hilang masa aku pergi lab
 tapi kawan-kawan lab aku takde sorang pon duit hilang and dorang  semua cakap
mustahil orang curi kat lab, ye lah ape taknya
aku datang lab sign attendance je
power tak aku? (ok aku bangun lambat)
aku pon terdiam fikir, betul gak masa sangat singkat
lab habis 12 tengah hari aku sampai lab pukul 11.30 pagi
ada nampak mustahil tak
ok habis bagi makan kat Pauh petang malam
balik rumah aku tengah tengok drama korea, aku teringat
MANA DUIT SYILING BASUH BAJU AKU???
ok masa tu aku tahu, duit aku hilang kat rumah dari pukul 3 pagi sampai 10 pagi
maknanya masa aku tidur, sebab malam tu aku balik lambat buat hiasan khemah
aku ada syak orang tapi aku takmau panjangkan hal ni

abah cakap 
"takpelah rezeki dia nak ambik duit angah, nasib baik duit hilang, kepala hilang macam mana?

aku syak pencuri ni

1. orang pecah masuk
2. orang rumah sendiri
3. tetamu

ok aku tak syak orang pecah masuk, sebab kalau pecah masuk kenapa dia ambik duit aku je?
kesan umpil pintu ke hape semua takde
satu lagi kalau pecah masuk, ye dia amik laptop ke, keyboard aku ke, laptop org dalam rumah aku ke
ni memang dia ambik duit aku je
celaka.
aku rasa pencuri ni memang dah aim aku, ye lah, atas meja dua helmet,
dalam bilik ada keyboard, kaya minah ni, tak rasa gamaknya aku amik duit dia 4 ratus sekali dompet berisi syiling

ok pada pencuri itu, kepala hotak kauu!!

so reason 2 dan 3 je tinggal. Aku pon dah malas fikir
tapi hati aku bengang "4 ratus ringgit sahaja" yang dia ambik tu banyak
aku dahlah mata duitan, materialistik
kau boleh nampak tak pengaruh duit kat aku
aku suka duit, mana aku tak angin
RM200 duit abah bagi kat aku, RM200 lagi duit PPKAS punya makanan untuk Hari Sukan
aku cakap satu hallah
kalau duit yang kau curi tu, kau buat sedekah kat fakir miskin, ye aku halalkan
tapi kau buat ke arah foya-foya kau, Allah yang balas

ok aku pon sebenarnya salah
salah aku letak purse plus dompet berisi duit syiling tu kat atas meja
memang masa tu busy gila
kononnnnn
HAHA
ok ni ikhtibar untuk aku dan orang yang baca blog aku
hati-hati, dunia ni masih ada orang yang tamak
dulu aku pon suka curi duit abah, ok aku mengaku family aku susah dulu
nak beli jajan super ring 30 sen tu aku tak dapat
aku sanggup curi duit abah
sekarang Alhamdulillah, tak muncul dah habit tu
tapi ada yang camni pulak gayanya
ambik duit abah pastu dah guna baru bagitahu abah HAHAHA

abah
"abah tak nak anak-anak abah mencuri dah, kalau nak sesuatu mintak, kalau abah rasa patut beli, abah beli,ada bendanya ada, mungkin abah lambat beli, tapi insyaAllah dapat. Satu lagi, jangan berhutang, nanti kita tak terbayar"

panjang story aku ha, power tak
lama aku tak type cenggini tau
long long long long time ago je aku type panjang gini
cerita aku ni jadikan ikhtibar
 dalam kalangan aku 4 beradik, yang paling hilang banyak barang, AKU lah orangnya
terima kasih abah mama yang dok dengar aku melalak menangis duit hilang ;'(
parents gets your solution solved, indeed. Financial problem, obviously.
thank you mama and abah :')

cute tak muka aku, ty ida amik gambar aku
parody aku melalak menangis kat mama and abah

*orang gila, tak megaku dia gila, samalah pencuri *

p/s : ok aku susah nak redha bab duit ni, aku rasa dosa aku banyak kot, kurang sedekah
tu yang orang amik duit aku tu.Astaghfirullah. Case Closed.




Tuesday, October 29, 2013

Sukan UniMAP kali ke-9

Asalammualaikum
okay nak cerita satu hal yang aku ni jadi macam kononnya sukarelawan lah
ok orang suruh aku
cis, aku memang tak suka buat kerja, sebabnya aku tahu end up-nya aku penat
so pehey-pehey je lah
tapi oleh kerana kau berkaliber sangat so bebudak board pon pilih aku utuk jadi AJK makanan
oh yeahh AJK makanan di mana aku kena jaga makan orang
sama lah konon macamnya aku masa jadi Exco Kesihatan 
masa kat sekolah menengah dulu a.k.a SEPINTAR
punyalah 'suka' aku jadi AJK Makanan ni haaaa
setiap hari weekend kena pergi Stadium kat Pauh
oh ye, terima kasih Qis, Dylla, Sulha and Mira kiranya banyak jugak tolong aku
big hands hug untuk wancik and kecik banyak tolong aku hahahaha
nampak tak ramai orang tolong aku? hehehehe
terima kasih pada mereka yang tolong aku secara langsung atau tidak langsung jugaaaa
ok case closed.

ok aku Team PPKAS. 
PPKAS stands for Pusat Pengajian Kejuruteraan Alam Sekitar
warna tema Maroon
khemah pasal BoboiBoy
pasukan kawad pasal pahlawan melayu
ok lagi ape eh?


so bebudak atlet ni aku just bagi makan air mineral (mineral bukan minuman k, baik tak aku?)
roti gardenia dan high 5
100 Plus masa final day sukan hahahaha takut bajet tak cukup
lepastu bagi pisanggg oh yeahh
energy woii

ok tu jelah kerja aku, merayap gak satu perlis cari kedai borong
ok yang tu aku suka je kalau berfoya-foya lagi best
HAHAHA
oklah tengok gambar bawah ni k
selamat scrolling readers!! HAAHAH
sejak bila aku ada syndrome femes blogger?



















*aku bukan atlet*

p/s : di sini aku nak mintak maaf kat amir blonde sebab aku carut dan maki dia sebab dia letak nama aku kat kat 3000m, 800m dan 4x400m punya acara. semua long distance. sorry amir HAHAHA
Aku bukan atlet, tapi kalau ada acara lari berbaring atas katil, aku rasa aku boleh juara HAHAH

Tuesday, October 22, 2013

#throwback picnic @ Setia City Mall

Asalammualaikum
a well spent day picnic with gegirl sixten
okay aku malas nak type sebab lama ak tunggu nak upload gambar ni
dimulakan dengan gambar aku yang comel hahaha ;)
pictures captured so the memories remained





























* picnic*

p/s : tahun depan aku sponsor tempat tinggal kita overnight, bbq semualah.
hahaha semua sixten dijemput