Showing posts with label TENSION. Show all posts
Showing posts with label TENSION. Show all posts

Monday, July 7, 2014

independence

asalammualaikum

sometimes we need to prove to others that we can
we can do it on our own
our own effort
sometimes parents tend to care their children
they afraid that something might happened to us
do not make them worried
as for that, go travel by yourselves
prove that you're independence
no need for others accompanying you, *in some cases
be strong to face the world alone
you only need help from others if you cant do it
just that
be yourself, and use your inner heart to make yourself useful
do not blame your parents or other
go out find yourselves
no friend beside you
on your own, then you'll find yourselves

thank you

Sunday, April 13, 2014

aku tak suka

asalammualaikum
ok malam ni nak balik
tapi aku nak habaq mai benda yang aku tak suka

aku tak kaya, tapi alhamdulillah senang
maknanya tak fakir lah, miskin lah
senang kau faham tak
ye, kau kaya tapi tak payah nak show off kat aku kaya kau
tapi tu bukan kaya kau, bapak kau
aku malas lah benda-benda macam ni
macam budak-budak
tapi aku memang pantang yang macam ni
"weh kau takde duit ke? bapak kau tak bagi duit ke?"
ini aku bengang!
kau paham tak perasaan malu tu? aku dahlah boros
aku malu nak mintak duit kat abah
senang cerita kalau aku tak makan, benda tu biasa
aku memang perut kecik, lainlah aku nak period
memang nafsu serakah aku nak makan power
hesshhh Allah tarik nikmat kau tahulah kau
Allah bagi nikmat kaya kat kau, untuk tolong orang, stay humble
bukannya nak lawan kaya dengan orang lain
jangan ingat kau kaya kau boleh buat org down macam tu
org macam ni memang wujud kat dunia ni
aku rasa dari sekolah rendah, menengah, matrik memang ada manusia macam ni
mungkin aku yang kena redha.



ye aku tak pandai macam kau tapi kalau aku tolong tu maknanya ada lah benda aku tahu, yang kau tak tahu
boleh tak terima, aku nampak heartless bebodoh punya perangai, muka cam syiall
tapi aku ada gak rasa nak lempang muka kau kalau kau pertikai apa yang aku buat
aku sekarang ni bila dah membesar lah kan
bila aku marah, aku diam, lari
bila aku perli kau maksudnya memang dah nak kemuncak angin aku
tu dah jadi cara aku
ada benda kau tahu, aku tak tahu. dan sebaliknya
ni kau tunjuk besar kepala kau depan aku
hesshh aku geram betol

ni satu hal
ok aku sangat pantang orang ambik barang aku
obviously lah kalau kau dah selalu pakai barang aku, aku pakai barang kau
sharing takpe
ni barang aku, senang cerita purse
aku hangin yang ni
AKU TAK PERNAH KAN AMBIK PURSE KAU
org yang ambik aku tak hangin sangat, yang bagi idea tu
mastermind, manipulate orang
mai datang sini hangin depan aku
yang aku hangin idea yg celaka tu bagi
mana aku tak hangin
weyh aku tough muka sekarang
aku balik seriau meroyan kat family aku
babi tak babi
muka cool tak semestinya hati cool
jangan tanya sumpah seranah aku banyak mana

kau tahu aku seriau naik gila bapak aku kata relax
senang cerita karma lah weyh
you get back what you did
aku dulu ada habit gak ambik duit abah
tapi abah dah kata

"anak-anak abah, jangan mencuri, lain kali mintak. abah tak nak korang ambik duit org lain pulak."

memang aku tak suka hutang, nanti kita terdesak.
dah tu kenapa kau suruh org, nape kau tak cakap je depan aku, babilah
aku tak suka marah-marah
tapi once kau buat cenggini
kau better approach aku, cakap baik-baik
kau buat salah aku pulak mintak maaf. keji kau tau tak
aku dah lah jenis ,malas ambik port, malas fikir-fikir
tapi tahniah kau buat hati aku rasa bengang otak aku rasa nak lempang kau je
ingat mulut kau je celaka, aku pon boleh dan aku mmg mulut celaka
tapi aku jenis malas nak ambik port tu yang aku diam gelak-gelak heartless

aku pon ada buat salah
senang ceritalah
kau hangin dengan aku, cakap depan aku
aku mungkin terasa, tapi lebih baik cakap depan aku
dari kau buat geng abandoned aku, sampai aku rasa unwanted
mengutuk aku. aku memang angin

ok aku mintak maaf kalau ada buat salah
kalau terasa sila perbaiki diri. dan aku jugak
aku pon manusia biasa.
tamat di sini cerita ni
i'm forgetting
manusia asal bahasa arab, nasi maksudnya lupa
kita kena saling ingat-mengingati
bukannya mencemuh
ask before you making any assumptions

wassalam.

Friday, December 27, 2013

mood final, people

Asalammualaikum
wishing all the best
final exam semester 1 of 2nd year
good luck friends
may Allah ease everything
have faith
fighting fighting fighting


* lama sangat aku tak blogging *

p/s: nak dating dengan girlfriendssss cuti final sem ni oh yeayyy

Friday, November 1, 2013

kes rompakan

Asalammualaikum
terajen tetiba nak update pasal diri aku
hati aku rasa cam nak story je pasal kes rompakan aku HAHAHA
sedih woii
the story begin

aku kan cerita previous entry aku AJK Makanan Hari Sukan UniMAP untuk ppk aku
punyalah seronok
muka gelak happy ceria, babeng fake muka aku
jumaat kira first day aku nak jalankan tugas AJK Makanan
aku kena rompak woii
cash aku habis, dompet duit syiling habis habis
opkos lah dompet plus duit syiling basuh baju aku dia hambek
angin betol aku
kalau duit syiling je dia amik mau "kaching kaching" bunyi
cash dalam purse aku dia hamek
purse aku selamat, I/C kad bank ape semua dia tak sentuh
cash je dia amik, bangang tak
yang lagi haru, dia amik duit budget makanan PPKAS tu
aku seriau tader duit
duit ptptn aku dah tak jenguk langit dah, duit ada, tapi sikit
aku lah kena ganti duit PPKAS
aku bajet, aku mintak duit kat abah, tapi tak sangka betul seawal ni
aku dah bajet-bajet duit aku
boleh survive sebulan dua lagi
tapi ye dah ganti duit PPKAS, ye nak tebal muka mintak abah
mahu tak melalak aku kat abah dengan mama
aku shock gila nak bayar duit makan kat Cafe Shafaz takde duit
aku beli ayam goreng seketul, teh ais, total RM3.40
bukak purse, ZERO!!
ada duit syiling tak sampai sehinggit
celaka kau pencuri
pandang kiri kanan tengok ada muka aku kenal tak, nasib aku nampak kak sai tengah makan
aku pon mintak duit kat dia
ok berhutang :'(

mama on the phone masa aku melalak menangis
" kurang ajar pencuri tu sampai anak kita berhutang kat orang, nak bayaq duit makan takdaq duit bah, macam pengemis! "
ok keluar slang penang mak aku

ok family aku memang strict pasal hutang-hutang ni, tak cukup duit, mintak kat abah bukan kat orang lain
tapi aku kalau terdesak, memang terpaksalah kannn
tapi, otak aku penuh dah ingat nak bayar hutang bila
aku siap tulis lagi aku hutang sape and berapa

*ok mood angin taufan pasifik selatan sekarang*
aku mula-mula ingat duit hilang masa aku pergi lab
 tapi kawan-kawan lab aku takde sorang pon duit hilang and dorang  semua cakap
mustahil orang curi kat lab, ye lah ape taknya
aku datang lab sign attendance je
power tak aku? (ok aku bangun lambat)
aku pon terdiam fikir, betul gak masa sangat singkat
lab habis 12 tengah hari aku sampai lab pukul 11.30 pagi
ada nampak mustahil tak
ok habis bagi makan kat Pauh petang malam
balik rumah aku tengah tengok drama korea, aku teringat
MANA DUIT SYILING BASUH BAJU AKU???
ok masa tu aku tahu, duit aku hilang kat rumah dari pukul 3 pagi sampai 10 pagi
maknanya masa aku tidur, sebab malam tu aku balik lambat buat hiasan khemah
aku ada syak orang tapi aku takmau panjangkan hal ni

abah cakap 
"takpelah rezeki dia nak ambik duit angah, nasib baik duit hilang, kepala hilang macam mana?

aku syak pencuri ni

1. orang pecah masuk
2. orang rumah sendiri
3. tetamu

ok aku tak syak orang pecah masuk, sebab kalau pecah masuk kenapa dia ambik duit aku je?
kesan umpil pintu ke hape semua takde
satu lagi kalau pecah masuk, ye dia amik laptop ke, keyboard aku ke, laptop org dalam rumah aku ke
ni memang dia ambik duit aku je
celaka.
aku rasa pencuri ni memang dah aim aku, ye lah, atas meja dua helmet,
dalam bilik ada keyboard, kaya minah ni, tak rasa gamaknya aku amik duit dia 4 ratus sekali dompet berisi syiling

ok pada pencuri itu, kepala hotak kauu!!

so reason 2 dan 3 je tinggal. Aku pon dah malas fikir
tapi hati aku bengang "4 ratus ringgit sahaja" yang dia ambik tu banyak
aku dahlah mata duitan, materialistik
kau boleh nampak tak pengaruh duit kat aku
aku suka duit, mana aku tak angin
RM200 duit abah bagi kat aku, RM200 lagi duit PPKAS punya makanan untuk Hari Sukan
aku cakap satu hallah
kalau duit yang kau curi tu, kau buat sedekah kat fakir miskin, ye aku halalkan
tapi kau buat ke arah foya-foya kau, Allah yang balas

ok aku pon sebenarnya salah
salah aku letak purse plus dompet berisi duit syiling tu kat atas meja
memang masa tu busy gila
kononnnnn
HAHA
ok ni ikhtibar untuk aku dan orang yang baca blog aku
hati-hati, dunia ni masih ada orang yang tamak
dulu aku pon suka curi duit abah, ok aku mengaku family aku susah dulu
nak beli jajan super ring 30 sen tu aku tak dapat
aku sanggup curi duit abah
sekarang Alhamdulillah, tak muncul dah habit tu
tapi ada yang camni pulak gayanya
ambik duit abah pastu dah guna baru bagitahu abah HAHAHA

abah
"abah tak nak anak-anak abah mencuri dah, kalau nak sesuatu mintak, kalau abah rasa patut beli, abah beli,ada bendanya ada, mungkin abah lambat beli, tapi insyaAllah dapat. Satu lagi, jangan berhutang, nanti kita tak terbayar"

panjang story aku ha, power tak
lama aku tak type cenggini tau
long long long long time ago je aku type panjang gini
cerita aku ni jadikan ikhtibar
 dalam kalangan aku 4 beradik, yang paling hilang banyak barang, AKU lah orangnya
terima kasih abah mama yang dok dengar aku melalak menangis duit hilang ;'(
parents gets your solution solved, indeed. Financial problem, obviously.
thank you mama and abah :')

cute tak muka aku, ty ida amik gambar aku
parody aku melalak menangis kat mama and abah

*orang gila, tak megaku dia gila, samalah pencuri *

p/s : ok aku susah nak redha bab duit ni, aku rasa dosa aku banyak kot, kurang sedekah
tu yang orang amik duit aku tu.Astaghfirullah. Case Closed.




Tuesday, October 29, 2013

Sukan UniMAP kali ke-9

Asalammualaikum
okay nak cerita satu hal yang aku ni jadi macam kononnya sukarelawan lah
ok orang suruh aku
cis, aku memang tak suka buat kerja, sebabnya aku tahu end up-nya aku penat
so pehey-pehey je lah
tapi oleh kerana kau berkaliber sangat so bebudak board pon pilih aku utuk jadi AJK makanan
oh yeahh AJK makanan di mana aku kena jaga makan orang
sama lah konon macamnya aku masa jadi Exco Kesihatan 
masa kat sekolah menengah dulu a.k.a SEPINTAR
punyalah 'suka' aku jadi AJK Makanan ni haaaa
setiap hari weekend kena pergi Stadium kat Pauh
oh ye, terima kasih Qis, Dylla, Sulha and Mira kiranya banyak jugak tolong aku
big hands hug untuk wancik and kecik banyak tolong aku hahahaha
nampak tak ramai orang tolong aku? hehehehe
terima kasih pada mereka yang tolong aku secara langsung atau tidak langsung jugaaaa
ok case closed.

ok aku Team PPKAS. 
PPKAS stands for Pusat Pengajian Kejuruteraan Alam Sekitar
warna tema Maroon
khemah pasal BoboiBoy
pasukan kawad pasal pahlawan melayu
ok lagi ape eh?


so bebudak atlet ni aku just bagi makan air mineral (mineral bukan minuman k, baik tak aku?)
roti gardenia dan high 5
100 Plus masa final day sukan hahahaha takut bajet tak cukup
lepastu bagi pisanggg oh yeahh
energy woii

ok tu jelah kerja aku, merayap gak satu perlis cari kedai borong
ok yang tu aku suka je kalau berfoya-foya lagi best
HAHAHA
oklah tengok gambar bawah ni k
selamat scrolling readers!! HAAHAH
sejak bila aku ada syndrome femes blogger?



















*aku bukan atlet*

p/s : di sini aku nak mintak maaf kat amir blonde sebab aku carut dan maki dia sebab dia letak nama aku kat kat 3000m, 800m dan 4x400m punya acara. semua long distance. sorry amir HAHAHA
Aku bukan atlet, tapi kalau ada acara lari berbaring atas katil, aku rasa aku boleh juara HAHAH

Saturday, June 8, 2013

Final Semester 2


asalammualaikum
holla peeps
okay tengah study week la ni
malas nak taip bebanyak
act aku ada 2 pending entry haaa
nanti cuti aku post entry  yang pending tu
busy giloss
*kononnnya*
so, mintak maaf segala salah silap aku
doakan aku dan rakan-rakanku berjaya
terang hati kami dan
permudahkan segala yang bakal dijawab nanti
aminn


what??!!

*muka sunggyu lawak gila*

p/s : good luck rakan-rakan :)

Tuesday, June 4, 2013

normal is boring

aku
gila
tapi normal
mengaku muda
comel sentiasa
aku tak kata aku cun
aku comel
natural beauty
aku gigs
fashion killer
aku solo
aku gembira
aku suka duit
aku sayang keluarga
kawan-kawan
cikgusss
memoriess

ada masalah ke dengan kau?


Thursday, February 21, 2013

mental breakdown


asalammualaikum


cerita dalam blog ni bukan cerita gembira je okayy
The best way to lose my respect is to say anything about me behind my back. You can say it to my face.


# cerita 1

macam nilah
aku tak tahu apa masalah kau
aku dah malas nak tahu apa pon pasal kau
janji kau tak buat tahi kat aku lagi dah, kira okay lah
untuk kesekian kalinya, aku tak batak lelaki
aku lebih selesa berseorangan macam ni
aku ada family, dan kawan-kawan yang sudi nak paham aku macam mana
aku, erti kata sebenarnya dah fed up / give up
sebab tu aku biar lah apa kau nak buat
lantak kau lah
aku malas nak fikir pasal kau dah
buang masa otak aku berfikir
sebab aku percaya kau dah dewasa, tahu beza baik dan buruk
sebab bila aku tegur kau, kau tak nak dengar
so kau tak perlukan aku dah kan
okay, fine
i'm okay
aku boleh hidup, tak matilah takde kau
sekarang ni, aku dah malas nak fikir apa pon pasal kau, not worth
jadi buatlah apa pon yang kau suka
kau mesti ingat aku dah maafkan kau, okaylah aku maafkan kau
tapi aku malas nak fikir pasal kau dah
that's it

#cerita 2

aku cukup  menyampah kalau kau cakap benda tak elok pasal aku, kat belakang aku
"kalau berani, cakap depan aku"
masalahnya sebab kau tak berani, kau tak cakap depan aku
yang paling aku bengang asal kawan kau pulak buat muka kat aku?
aku tak tahu apa yang aku kena ubah kat diri aku, atau apa kau tak puas hati kat aku,
dengan cara kau tak bagitahu aku
jangan babi sangat dengan aku
dok perli aku, bagai ni kau ingat aku bodoh tak paham?
eh please lah, jangan celaka sangat dengan aku
aku kira baik dengan kau, sebab aku tahu kau anak yatim
tapi kau jangan ingat anak yatim boleh sedap mulut laser orang
kau fikir lah, nak berjaya
attitude kau tu kena jaga, habluminalllah, habluminannas
ye kau cantik sopan, lemah lembut depan lelaki
depan aku, kau buat tahi pulak
cakap berani, buat tak boleh
try lah, tegur aku pon tak boleh
aku tak kisah pada mulanya, bila kau tak nak bercakap dengan aku
aku pon ada kisah? serious aku ambik inisiatif tegur kau
kau layan aku balik dengan "ah, k, aah"
serius celaka gila

#cerita 3

ni lagi satu aku bengang
weyh kau ingat kau hensem sangat?
serius, bila kau cakap, dah lama tak nampak aku memang babi gila
aku naik bas dengan kau pagi tu kau tahu tak
sekarang masalahnya
kau kenal ke aku?
nama aku pon kau panggil salah, nama kawan aku
ye aku tak se-cun kawan aku, tapi aku ada nama
dan nama aku "HAWA"
dah lah salah nama aku, ada hati aku nak datang perjumpaan bagai bangang tu?
weyh memang aku diam, sebab aku tak tahu apa, tapi serious lepas ni aku dah malas nak diam, so aku tak datang terus, ha ok kan
gi mampus lah
cam celaka lagi, kau suruh semua orang add kau kat fb
aku add, kau approved pon tak, celaka tak?
last-last cuti tadi aku cancel friend request
cam babi tak
serious aku malas nak terlibat meeting
kalau nak suruh aku buat kerja, aku nak under biro aku cukup
dok melangut dalam meeting cam tunggul, ye aku tahu aku tak bercakap bagi pendapat
itu sebab korang dah conquer meeting tu
aku pon baru first year, so aku tak tahu lagi nak buat event ni semua
serious aku bengang, kau bagilah kawan aku tu semua kerja
dia pon gatal nak semua kerja
sekarang ni aku memang dah tak nak terlibat apa-apa pon organisasi apa
sebab aku malas nak bagi komitmen
habis first year ni, aku dah takmo dah jadi ahli board
buat penat pale otak aku

*******************

ha kan sesi luahan perasaan sorry
sekarang ni, aku nak kawan je semua orang
aku tak nak rapat sangat dah dengan seseorang
sebab aku tak nak sakit hati lagi dah
enough is enough
aku sayang kawan sixten aku, dorang layan aku elok je itorang
memang kitorang jauh, tapi dorang paham aku
aku tahu korang take time nak kenal aku, prosses nak kenal, ni jangan buat tahi kat aku
mulut kena jaga, attitude.
jangan aku je yang jaga hati kau, kau tak jaga hati aku
kau ingat aku apa, manusia takde perasaan? memang celakalah
mental breakdown aku dengan korang ni
sorry lah aku tak nak dah terlibat apa pon dengan korang
aku  tak nak dah tambah dosa, dok marah korang je, caci maki korang
so, aku nak diam je
biar aku hidup dalam dunia aku
aku pon tader sapa dah aku nak mengadu its okay, aku boleh luahkan kat blog ni,



*bukan korang je hidup kat bumi Allah ni*

p/s : aku memang seorang yang pedendam, tapi aku tak ekspress
prinsip hidup aku "kau buat baik dengan aku, aku buat baik dengan kau. kau buat tahi dengan aku, aku buat tahi dengan kau"

Monday, December 31, 2012

goodbye 2012, hai 2013

asalammualaikum
today is the last day of 2012
okay banyak jugak 
suka gumbira happy sedih masam manis pahit segalalah
untuk setahun 2012 ni kalau aku buat salah
aku mintak ampun maaf
aku ni mulut comel
 perangai pon molek ajee
semualah molek, hee ;p
harap kita saling bermaafan :)

"the first to apologize is the bravest.
the first to forgive is the strongest,
and the first to forget is the happiest"

esok 1st Jan 2013
start first paper final exam
wish me luck peeps
and my friendss and bebudak final yang amik degree

"semoga Allah permudahkan urusan kita, aminn"

okay harap aku akan keep on smiling, semangat3x untuk 2013


* muka comel tak bersalah, who miss this style of tudung? *

p/s : comel je style tudung ni HAHA #SEPINTAR
kawan-kawan, good luck in exam! let's fight! HWAITING
bittaufiq wannajah filimtihan :)


Friday, December 28, 2012

Sidewalks

SIDEWALKS - STORY OF THE YEAR

The bridge is all crumbled. 
The water soaks into rocks 
That fell at the bottom of the road (At the end of the town.)
The town that we lived in. 
The memories shaken apart from the weeds that grow

Over the sidewalks, 

Running away from the streets we knew, 
Sidewalks, 
Like the time we thought was made for you. 
Or 
Out on the front porch, 
Watching the cars as they go by
(Eighteen blue, twenty one gray) 
Looking ahead for the first time that we could drive, 
Out on our own, 
To speed away 

From the sidewalks, 

Running away from the streets we knew, 
Sidewalks, 
Like the time we thought was made for you. 
Or 
All of the days have passed us by, 
All of the sun is gone, away. 

Sidewalks, 

Running away from the streets we knew, 
Sidewalks, 
Running away from the streets we knew, 
Sidewalks, 
Like the time we thought was made for you. 
(Sidewalks) 
The bridges are crumpled, 
(Sidewalks) 
The water soaks into rocks, 
That fell at the bottom of the road





* semangat semangat semangat *

p/s : mood exam, nak balik selangorrr cecepat!!

Thursday, December 27, 2012

kami kawan HAHA


asalammualaikum
ohaiyou gozaimasu!
nak kenalkan
ini budak namanya Syahidah Farahan
Penang, gila, kabut, punctual, sama Pandu Puteri dengan aku
okay kepala otak sama, habit dia lain dengan aku
dia ni less troublemaker, cuak kalau langgar peraturan
dia punctual, aku yang ajar dia jadi tak punctual
HAHA
kalau aku lambat, dia bising lah
aku normal lah
" relax, sempatt punya dengan aku semuanya sempatt "
itu ayat normal aku
HAHA
harap bersabar ;p

 "terima kasih lah jadi kawan, roommate, housemate aku
untuk 2 sem, kau sabaq je na dengan aku
2nd year pi lah Kg. Wai huh ;p
sorry aku gila sikit HAHA
tapi aku tahu hang dok dengan aku, hang dok gelak jaaa
HAHA
satu lagi, good luck in final exam!
SEMANGAT SEMANGAT SEMANGAT
ok tak nak cakap banyak, kbai "






 * toceeee *


p/s : aku gigs HAHA
My maturity level depends on who I'm with
tengah minggu study week, next two weeks, balik selangor!
SEMANGAT SEMANGAT SEMANGAT
" ida, cuti sem nanti jangan rindu aku sangat HAHA "

Tuesday, December 18, 2012

bk


too sudden, i'm not all like this
not frequently, not usually
but sometimes, i do miss him
i do not have any relationship with him
yeahh, i am admiring him, adore him
i used to like, and miss him
for 6 years
" can you imagine that love - kyle beastly "
i don't want any relationship with him, just maybe
can we be friends?
or
we can be closed to?
or
just like brother and sister
suddenly missing him
sorry bk
i am trying to move on





* bk *

p/s : mood aku tengah pelik, seminggu ni aku akan ada masalah attitude, thought and emotion.
girl's problem, sorry.

Monday, December 17, 2012

semangat!!

“I'm selfish, impatient and a little insecure. I make mistakes, I am out of control and at times hard to handle. But if you can't handle me at my worst, then you sure as hell don't deserve me at my best - Marilyn Monroe



* you're a tough person, hawa! be cool and semangat!! *

p/s : i am me, who are you bitch?
go hell

Tuesday, September 18, 2012

awayy from Selangor

ohh maii
aku rasa sekarang lahh waktu aku rasa tersangat free nak cerita pasal  UniMAP
hoho apa perasaan aku kat sini
confirm sedih dan homesick
weyhh jauh baq hang
gila weyhh
tapi aku fikir empat tahun je kat sini
HAHA
dulu masa sekolah pon fikir camni
5 tahun je HAHA
empat tahun aku boleh jadi macam-macam
mungkinnnn....

aku bertambah gemuk?
aku makin cun?
aku makin pandai?
aku boleh selesaikan degree aku dengan cepatnya?
 no one knows, wallahu'allam

doakan aku yang terbaik kat sini
ye jumpa orang baru, kawan baru, lecturer baru
suasana baru
semua baru
BARU and BARU

aku berharap aku makin rajin kat sini
UniMAP ni adalah universiti kejuruteraan
no 6 dalam Malaysia selepas RU University
memang baru, baru 10 tahun ditubuhkan
ye cerdik pandai kat sini semua
kalau tak cerdik tak masuk Uni kan
tapi kena ingat sebenarnya ada orang nak masuk Uni tapi tak berpeluang
ya, aku bersyukur
terima kasih Ya Allah



Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

course aku Kejuruteraan Alam Sekitar
pendeknya PPKAS
konon komersial nama tu HAHA
ish tak boleh gelak kay, PPK aku tu
go PPKAS!!
InsyaAllah aku tamat grad 2016
doakan aku semangat nak teruskan degree ni
mengikut perancangan aku, aku nak further study jadi professional engineer
aku nak title Ir. tu

* Ir. Siti Hawa binti Abu Bakar *

InsyaAllah, aminn

p/s : jangan tak dak orang nak kahwin dengan aku sudah HAHA
OH YA, mood homesick sekarang, and i miss my friendss :)


Thursday, August 2, 2012

for the first time in my life

Assalamualaikum (^_^)

so aku nak cerita kecuakan aku HAHA
untuk pertama kalinya sejak aku dapat lesen P aku kena tahan dengan polis
oh ye polis bukan polis biasa, polis trafik
memang mangai aku haisssshh
malang memang tak berbau
niat aku baik kot hari tu
lawat abah kat hospital, dah balik nak ambil sarah pulak balik dari sekolah
beli ikan gelama untuk abah
yupp, masa abah admitted to hospital, it was such a hectic routine day!!
tired, fatigued, sad and tired again.
imagine lah
abah takde kat rumah memang agak susah lah
susah nak handle rumah sorang-sorang
dengan sarah punya mood nak pergi sekolah, birthday sarah, 
ulang-alik dari hospital sebab nak penuhi keperluan abah
yupp penat, tapi sekarang abah dah keluar hospital, Alhamdulillah
iya lah cuma kena  up to date sentiasalah dengan abang doktor

**********************

masa : tengah hari
tempat : tadika kemas selekoh hospital nak masuk pejabat pos Tanjong Karang


dengan penuh gayanya aku keluar dari wad abah
naik motor, pulas-pulas starter motor, undur belakang, keluar parking, tekan clutch dan tekan minyak
weee, then terserempak dengan dua orang lelaki bawak motor RXZ
penunggang (mamat 1) kakinya berbalut, dan pembonceng (mamat 2) kepalanya berbalut
kiranya kitorang keluar dari gate hospital sama-sama
masuk selekoh tu dan dan kena tahan polis (=.=')

aku : saya pon kena tahan jugak ke?
pachii : ada sebab lain ke kamu tak boleh saya tahan?
aku : ok pachii (muka ketat dahhh)
pachii : ha.. keluarkan kad pengenalan dan lesen cepat!
aku : ye ye, nah pachii (ok, cuak plus nervous)
pachii : (tengok lesen) amboi kamu baru lesen L dah berani bawak motor sesuka hati?
aku : eh L? saya ada P dah pachii
pachii : yang kamu bagi kata saya ni lesen L
aku : oh ye ke? jap yee
pachii : ha.. betul pon, mana kamu punya plat P?
aku : ada pachii kat belakang ni?
pachii : depan punya mana? kan dah bagitahu dalam ceramah plat P kena ada depan belakang?
aku : la ye ke? taper lah pachii, balik ni saya terus beli, boleh lahhh
pachii : kali ni lepas, balik ni terus beli paham? mana cukai jalan?
aku : cukai jalann?? (aku blurr masa ni, amenda cukai jalan) er.. kat rumah pachii (>.<)
pachii : KAT RUMAH????? macam mana kamu boleh bawak motor kalau cukai jalan tinggal kat rumah?
aku : ahh sory lah pachii
pachii : apa sorry-sorry?? road tax kamu mana?
aku : road tax? bukan dalam motor ke pachii?
pachii : ha bukak, adik oi... road tax dengan cukai jalan tu sama lahh (akak polis tepi aku dah gelak-gelak)
aku : ahh road tax saya tau lah pachii
pachii : ni lah anak muda sekarang cukai jalan tak tahu, road tax tahu, dorang ni bahas inggeris diagung-agungkan (mode ceramah lah pulak aku pekakkan je telinga)
aku : ye pachii (mak aihhh tak tahu panas ke pachii ni??)
pachii : balik ni kena buat apa?
aku : beli plat P pachii, ermm dah lepas lah ni?
pachii : bosan sangat ke ceramah pachii? ha... dah boleh pergi dah
aku : toce pachii ^O^

******************

dua orang lelaki yang keluar dari hospital sama-sama dengan aku pon kena tahan
okay ni lawak mamat 1 kaki berbalut, mamat 2 kepala berbalut

pachii : mana topi keledar?
mamat 1 : kami baru balik dari hospital, apa pon tak bawak
pachii : okay saya paham kamu rushing emergency nak pergi hospital, tapi kenapa kamu tak bawak topi?
mamat 1 : rushing pachii, lupa
pachii : kalau kamu rushing, tak pakai topi bawak motpr laju, kalau kamu accident, mati katak jugak, masuk hospital emergency  jugak
mamat 2 : ishh pachii jangan cakap camni, kami berbalut ni ha 
mamat 1 : betul tu pachii
pachii : hesh korang ni.... kau!! (mamat 1) kaki kau yang berbalut bukan kepala, yang belakang kau ni aku percaya, lain kali pakai topi ingat!!

aku memang dah gelak habis
kau bayangkanlah, muka mamat tu memang merayu habis
cewaahh padahal aku pon sama je
ye lah blurr blank sampai road tax dengan cukai jalan pon aku lupa
memang mangaii lahh
tahu tak napa aku tak letak plat P kat motor?
ni along punya pasal lah
jatuh maruah kalau letak plat P tuh
bajet toll, last-last aku yang susah cisss
okay aku dah penat taip
paham-pahamkan je lah apa yang aku nak cerita
tak paham, sudah HAHA
okay penat, papai readerss :))


macam ni kot muka aku masa kena tahan pachii polis trafik
gambar berlatarbelakangkan ikan masin 

*bulan Ramadhan meggemukkan aku*

p/s : dilemma, nak pergi iftar 0610 or iftar todd. kena pilih satu je, takut duit kopak (=.=')

Sunday, July 29, 2012

header baru gayung surau



nak buat header baru tapi tak jadi!!
satu jam kot aku edit bagai benda ni
tak nak center and jadi kecik lah pulak
penat aku cantum-cantum huruf ni nak buat header!!
sedih :'(

http://www.emocutez.com
* don't give up hawa *

p/s : currently interesting with french, japan and korean languages :)
HWAITING


Wednesday, July 25, 2012

Uni preparationss

Assalammualaikum

hai fellas :)
aku rasa tak percaya jugak
i have my own laptop now :D
tapi tak guna lagi, sebab sayang sangat :')
toucheeed
ingat masuk uni baru nak guna
thanks mama and abah ^____^
terkejut sangat WOAHH
balik dari bazaar ramadhan 
tengok-tengok ada satu bag besar dalam laundry basket
mula-mula rasa nak mengamuk jugak, sape la hai gedik letak dalam laundry basket aku ni
dan biasanya ib memang selalu gedik letak barang dia dalam laundry basket aku
dan aku mula nak bising nak campak dah bag tu
tapi pelik sebab tak pernah nampak bag tu
then, bukak WOAHH!!
kujat aku HAHA jakun plus batak
ye lah, aku mintak benda lain, dapat benda lain
nampaknya ipod tu memang aku kena usaha sendiri lah nak beli
SEMANGAT HAWA!


dan aku nak beli phone baru 
nak mintak tajaan abah sikit, hehehe
al-maklumlah, phone sekarang tengah mental breakdown
samalah tuannya
mesej receive hanya bila aku nak call orang
habis tu kalau aku tak call orang sape hantar mesej memang tak masuk
minngu lepas orang hantar, minggu depan baru dapat
dah lah aku guna pon tak sangat phone tu
sebab tu kalau nak contact aku, guna twitter or fb je
maju tak? HAHA 

lantak korang nak kata aku show off ke apa
ini bukan cerita kaya ke hapa
aku tader lappy pon dulu 
bila mintak kat abah, memang abah dah cakap
"masuk U baru abah belikan"
mula-mula aku pakai lappy abah je (guna bila ada kat rumah)
yang mana asyik-asyik skrin putih
lepas tu bunyi "tettttttt" lama gila, baru bukak windows
pernah hari tu dua jam aku tunggu
mangai telinga aku :'(
tapi sekarang dah okay sikit lah lappy abah
best je lappy abah :') sebab dah macam aku punya
setting baik punya kat bilik aku ni haa
kat matriks aku pakai notebook 
kecik, tapi ok je, senang bawak ke mana-mana 
and ofkos mata aku ppon comel lote pandang skrin HAHA
Syukur, Alhamdulillah
lagipon abah memang dah janji
 mana-mana anak abah masuk uni, abah belikan lappy baru 
sekarang ni tinggal ib je lahh :) 
GO GO ib!!

big hug and thanks abah and mama

nak kata aku prepare nak masuk uni ni tak banyak mana pon
sebab aku rasa aku akan pakai balik baldi zaman sepintar and matrics
selipar, cadar katil, bantal, dan macam-macam lagi lahh
cuma sekarang berusaha cari blaus bagi feminin sikit lah
dan sekarang baju kurung pon aku tengah on going menjahit
nak masuk 4 pasang dah YEAHH
dengan borang yang macam 'best' sangat perlu diisi
esok nak nak ambik gambar pasport
hehehe, aku nak pakai tudung apa eh?
ingat nak pakai gambar passport ni je?

 pewiitt comelnya budak ni HAHA

dan dan kena marah dengan abah
gambar pasport ni aku buat gedik sesaja time keluar outing dengan ezyn and nadia
HAHA :D
abah suruh pakai proper sikit 
tak proper ke ni? cuma agak comical sikit lah HAHAHA
ok lah kan
prepaations aku tak banyak mana pon :)
mana yang ada je lah
cuma sekarang ni memang pening kepala dengan borang yang 'best' gila ni
act, cuak jugak nak masuk UniMap
environment baru, kawan baru
aku bukannya pandai berkawan pon
muka pon ketat, semua ingat aku sombong masa first masuk matriks
sapa kenal aku, tahu lah aku macam mana sebenarnya 
dah lah jauh, homesick lah aku :'(
kalau aku masuk uni ni, mmg aku tak duduk rumah sangat 10 tahun 
ye kot? anggaran lahh
its okayy
SEMANGAT SEMANGAT SEMANGAT HAWA!!
ok penat taip
kalau aku rajin, aku update selalu
papai :p

* nervous nak masuk dunia baru *


p/s : My problem is I tend to be shy at first, but once you get to know me and once i'm comfortable around you, I act like I'm on crack :D