Thursday, August 2, 2012

for the first time in my life

Assalamualaikum (^_^)

so aku nak cerita kecuakan aku HAHA
untuk pertama kalinya sejak aku dapat lesen P aku kena tahan dengan polis
oh ye polis bukan polis biasa, polis trafik
memang mangai aku haisssshh
malang memang tak berbau
niat aku baik kot hari tu
lawat abah kat hospital, dah balik nak ambil sarah pulak balik dari sekolah
beli ikan gelama untuk abah
yupp, masa abah admitted to hospital, it was such a hectic routine day!!
tired, fatigued, sad and tired again.
imagine lah
abah takde kat rumah memang agak susah lah
susah nak handle rumah sorang-sorang
dengan sarah punya mood nak pergi sekolah, birthday sarah, 
ulang-alik dari hospital sebab nak penuhi keperluan abah
yupp penat, tapi sekarang abah dah keluar hospital, Alhamdulillah
iya lah cuma kena  up to date sentiasalah dengan abang doktor

**********************

masa : tengah hari
tempat : tadika kemas selekoh hospital nak masuk pejabat pos Tanjong Karang


dengan penuh gayanya aku keluar dari wad abah
naik motor, pulas-pulas starter motor, undur belakang, keluar parking, tekan clutch dan tekan minyak
weee, then terserempak dengan dua orang lelaki bawak motor RXZ
penunggang (mamat 1) kakinya berbalut, dan pembonceng (mamat 2) kepalanya berbalut
kiranya kitorang keluar dari gate hospital sama-sama
masuk selekoh tu dan dan kena tahan polis (=.=')

aku : saya pon kena tahan jugak ke?
pachii : ada sebab lain ke kamu tak boleh saya tahan?
aku : ok pachii (muka ketat dahhh)
pachii : ha.. keluarkan kad pengenalan dan lesen cepat!
aku : ye ye, nah pachii (ok, cuak plus nervous)
pachii : (tengok lesen) amboi kamu baru lesen L dah berani bawak motor sesuka hati?
aku : eh L? saya ada P dah pachii
pachii : yang kamu bagi kata saya ni lesen L
aku : oh ye ke? jap yee
pachii : ha.. betul pon, mana kamu punya plat P?
aku : ada pachii kat belakang ni?
pachii : depan punya mana? kan dah bagitahu dalam ceramah plat P kena ada depan belakang?
aku : la ye ke? taper lah pachii, balik ni saya terus beli, boleh lahhh
pachii : kali ni lepas, balik ni terus beli paham? mana cukai jalan?
aku : cukai jalann?? (aku blurr masa ni, amenda cukai jalan) er.. kat rumah pachii (>.<)
pachii : KAT RUMAH????? macam mana kamu boleh bawak motor kalau cukai jalan tinggal kat rumah?
aku : ahh sory lah pachii
pachii : apa sorry-sorry?? road tax kamu mana?
aku : road tax? bukan dalam motor ke pachii?
pachii : ha bukak, adik oi... road tax dengan cukai jalan tu sama lahh (akak polis tepi aku dah gelak-gelak)
aku : ahh road tax saya tau lah pachii
pachii : ni lah anak muda sekarang cukai jalan tak tahu, road tax tahu, dorang ni bahas inggeris diagung-agungkan (mode ceramah lah pulak aku pekakkan je telinga)
aku : ye pachii (mak aihhh tak tahu panas ke pachii ni??)
pachii : balik ni kena buat apa?
aku : beli plat P pachii, ermm dah lepas lah ni?
pachii : bosan sangat ke ceramah pachii? ha... dah boleh pergi dah
aku : toce pachii ^O^

******************

dua orang lelaki yang keluar dari hospital sama-sama dengan aku pon kena tahan
okay ni lawak mamat 1 kaki berbalut, mamat 2 kepala berbalut

pachii : mana topi keledar?
mamat 1 : kami baru balik dari hospital, apa pon tak bawak
pachii : okay saya paham kamu rushing emergency nak pergi hospital, tapi kenapa kamu tak bawak topi?
mamat 1 : rushing pachii, lupa
pachii : kalau kamu rushing, tak pakai topi bawak motpr laju, kalau kamu accident, mati katak jugak, masuk hospital emergency  jugak
mamat 2 : ishh pachii jangan cakap camni, kami berbalut ni ha 
mamat 1 : betul tu pachii
pachii : hesh korang ni.... kau!! (mamat 1) kaki kau yang berbalut bukan kepala, yang belakang kau ni aku percaya, lain kali pakai topi ingat!!

aku memang dah gelak habis
kau bayangkanlah, muka mamat tu memang merayu habis
cewaahh padahal aku pon sama je
ye lah blurr blank sampai road tax dengan cukai jalan pon aku lupa
memang mangaii lahh
tahu tak napa aku tak letak plat P kat motor?
ni along punya pasal lah
jatuh maruah kalau letak plat P tuh
bajet toll, last-last aku yang susah cisss
okay aku dah penat taip
paham-pahamkan je lah apa yang aku nak cerita
tak paham, sudah HAHA
okay penat, papai readerss :))


macam ni kot muka aku masa kena tahan pachii polis trafik
gambar berlatarbelakangkan ikan masin 

*bulan Ramadhan meggemukkan aku*

p/s : dilemma, nak pergi iftar 0610 or iftar todd. kena pilih satu je, takut duit kopak (=.=')

2 comments:

  1. HAHA ! Hawa rendu nak dengar cerita kau lagi :)
    Aku pon taktau yg cukai jalan tuh road tax -,-

    ReplyDelete
  2. kena ceramah aku tgh2 panas, heshh segan pon ada orang lalu lalang tengok aku

    ReplyDelete