Showing posts with label kepala saya pening. Show all posts
Showing posts with label kepala saya pening. Show all posts

Sunday, April 13, 2014

aku tak suka

asalammualaikum
ok malam ni nak balik
tapi aku nak habaq mai benda yang aku tak suka

aku tak kaya, tapi alhamdulillah senang
maknanya tak fakir lah, miskin lah
senang kau faham tak
ye, kau kaya tapi tak payah nak show off kat aku kaya kau
tapi tu bukan kaya kau, bapak kau
aku malas lah benda-benda macam ni
macam budak-budak
tapi aku memang pantang yang macam ni
"weh kau takde duit ke? bapak kau tak bagi duit ke?"
ini aku bengang!
kau paham tak perasaan malu tu? aku dahlah boros
aku malu nak mintak duit kat abah
senang cerita kalau aku tak makan, benda tu biasa
aku memang perut kecik, lainlah aku nak period
memang nafsu serakah aku nak makan power
hesshhh Allah tarik nikmat kau tahulah kau
Allah bagi nikmat kaya kat kau, untuk tolong orang, stay humble
bukannya nak lawan kaya dengan orang lain
jangan ingat kau kaya kau boleh buat org down macam tu
org macam ni memang wujud kat dunia ni
aku rasa dari sekolah rendah, menengah, matrik memang ada manusia macam ni
mungkin aku yang kena redha.



ye aku tak pandai macam kau tapi kalau aku tolong tu maknanya ada lah benda aku tahu, yang kau tak tahu
boleh tak terima, aku nampak heartless bebodoh punya perangai, muka cam syiall
tapi aku ada gak rasa nak lempang muka kau kalau kau pertikai apa yang aku buat
aku sekarang ni bila dah membesar lah kan
bila aku marah, aku diam, lari
bila aku perli kau maksudnya memang dah nak kemuncak angin aku
tu dah jadi cara aku
ada benda kau tahu, aku tak tahu. dan sebaliknya
ni kau tunjuk besar kepala kau depan aku
hesshh aku geram betol

ni satu hal
ok aku sangat pantang orang ambik barang aku
obviously lah kalau kau dah selalu pakai barang aku, aku pakai barang kau
sharing takpe
ni barang aku, senang cerita purse
aku hangin yang ni
AKU TAK PERNAH KAN AMBIK PURSE KAU
org yang ambik aku tak hangin sangat, yang bagi idea tu
mastermind, manipulate orang
mai datang sini hangin depan aku
yang aku hangin idea yg celaka tu bagi
mana aku tak hangin
weyh aku tough muka sekarang
aku balik seriau meroyan kat family aku
babi tak babi
muka cool tak semestinya hati cool
jangan tanya sumpah seranah aku banyak mana

kau tahu aku seriau naik gila bapak aku kata relax
senang cerita karma lah weyh
you get back what you did
aku dulu ada habit gak ambik duit abah
tapi abah dah kata

"anak-anak abah, jangan mencuri, lain kali mintak. abah tak nak korang ambik duit org lain pulak."

memang aku tak suka hutang, nanti kita terdesak.
dah tu kenapa kau suruh org, nape kau tak cakap je depan aku, babilah
aku tak suka marah-marah
tapi once kau buat cenggini
kau better approach aku, cakap baik-baik
kau buat salah aku pulak mintak maaf. keji kau tau tak
aku dah lah jenis ,malas ambik port, malas fikir-fikir
tapi tahniah kau buat hati aku rasa bengang otak aku rasa nak lempang kau je
ingat mulut kau je celaka, aku pon boleh dan aku mmg mulut celaka
tapi aku jenis malas nak ambik port tu yang aku diam gelak-gelak heartless

aku pon ada buat salah
senang ceritalah
kau hangin dengan aku, cakap depan aku
aku mungkin terasa, tapi lebih baik cakap depan aku
dari kau buat geng abandoned aku, sampai aku rasa unwanted
mengutuk aku. aku memang angin

ok aku mintak maaf kalau ada buat salah
kalau terasa sila perbaiki diri. dan aku jugak
aku pon manusia biasa.
tamat di sini cerita ni
i'm forgetting
manusia asal bahasa arab, nasi maksudnya lupa
kita kena saling ingat-mengingati
bukannya mencemuh
ask before you making any assumptions

wassalam.

Friday, November 1, 2013

kes rompakan

Asalammualaikum
terajen tetiba nak update pasal diri aku
hati aku rasa cam nak story je pasal kes rompakan aku HAHAHA
sedih woii
the story begin

aku kan cerita previous entry aku AJK Makanan Hari Sukan UniMAP untuk ppk aku
punyalah seronok
muka gelak happy ceria, babeng fake muka aku
jumaat kira first day aku nak jalankan tugas AJK Makanan
aku kena rompak woii
cash aku habis, dompet duit syiling habis habis
opkos lah dompet plus duit syiling basuh baju aku dia hambek
angin betol aku
kalau duit syiling je dia amik mau "kaching kaching" bunyi
cash dalam purse aku dia hamek
purse aku selamat, I/C kad bank ape semua dia tak sentuh
cash je dia amik, bangang tak
yang lagi haru, dia amik duit budget makanan PPKAS tu
aku seriau tader duit
duit ptptn aku dah tak jenguk langit dah, duit ada, tapi sikit
aku lah kena ganti duit PPKAS
aku bajet, aku mintak duit kat abah, tapi tak sangka betul seawal ni
aku dah bajet-bajet duit aku
boleh survive sebulan dua lagi
tapi ye dah ganti duit PPKAS, ye nak tebal muka mintak abah
mahu tak melalak aku kat abah dengan mama
aku shock gila nak bayar duit makan kat Cafe Shafaz takde duit
aku beli ayam goreng seketul, teh ais, total RM3.40
bukak purse, ZERO!!
ada duit syiling tak sampai sehinggit
celaka kau pencuri
pandang kiri kanan tengok ada muka aku kenal tak, nasib aku nampak kak sai tengah makan
aku pon mintak duit kat dia
ok berhutang :'(

mama on the phone masa aku melalak menangis
" kurang ajar pencuri tu sampai anak kita berhutang kat orang, nak bayaq duit makan takdaq duit bah, macam pengemis! "
ok keluar slang penang mak aku

ok family aku memang strict pasal hutang-hutang ni, tak cukup duit, mintak kat abah bukan kat orang lain
tapi aku kalau terdesak, memang terpaksalah kannn
tapi, otak aku penuh dah ingat nak bayar hutang bila
aku siap tulis lagi aku hutang sape and berapa

*ok mood angin taufan pasifik selatan sekarang*
aku mula-mula ingat duit hilang masa aku pergi lab
 tapi kawan-kawan lab aku takde sorang pon duit hilang and dorang  semua cakap
mustahil orang curi kat lab, ye lah ape taknya
aku datang lab sign attendance je
power tak aku? (ok aku bangun lambat)
aku pon terdiam fikir, betul gak masa sangat singkat
lab habis 12 tengah hari aku sampai lab pukul 11.30 pagi
ada nampak mustahil tak
ok habis bagi makan kat Pauh petang malam
balik rumah aku tengah tengok drama korea, aku teringat
MANA DUIT SYILING BASUH BAJU AKU???
ok masa tu aku tahu, duit aku hilang kat rumah dari pukul 3 pagi sampai 10 pagi
maknanya masa aku tidur, sebab malam tu aku balik lambat buat hiasan khemah
aku ada syak orang tapi aku takmau panjangkan hal ni

abah cakap 
"takpelah rezeki dia nak ambik duit angah, nasib baik duit hilang, kepala hilang macam mana?

aku syak pencuri ni

1. orang pecah masuk
2. orang rumah sendiri
3. tetamu

ok aku tak syak orang pecah masuk, sebab kalau pecah masuk kenapa dia ambik duit aku je?
kesan umpil pintu ke hape semua takde
satu lagi kalau pecah masuk, ye dia amik laptop ke, keyboard aku ke, laptop org dalam rumah aku ke
ni memang dia ambik duit aku je
celaka.
aku rasa pencuri ni memang dah aim aku, ye lah, atas meja dua helmet,
dalam bilik ada keyboard, kaya minah ni, tak rasa gamaknya aku amik duit dia 4 ratus sekali dompet berisi syiling

ok pada pencuri itu, kepala hotak kauu!!

so reason 2 dan 3 je tinggal. Aku pon dah malas fikir
tapi hati aku bengang "4 ratus ringgit sahaja" yang dia ambik tu banyak
aku dahlah mata duitan, materialistik
kau boleh nampak tak pengaruh duit kat aku
aku suka duit, mana aku tak angin
RM200 duit abah bagi kat aku, RM200 lagi duit PPKAS punya makanan untuk Hari Sukan
aku cakap satu hallah
kalau duit yang kau curi tu, kau buat sedekah kat fakir miskin, ye aku halalkan
tapi kau buat ke arah foya-foya kau, Allah yang balas

ok aku pon sebenarnya salah
salah aku letak purse plus dompet berisi duit syiling tu kat atas meja
memang masa tu busy gila
kononnnnn
HAHA
ok ni ikhtibar untuk aku dan orang yang baca blog aku
hati-hati, dunia ni masih ada orang yang tamak
dulu aku pon suka curi duit abah, ok aku mengaku family aku susah dulu
nak beli jajan super ring 30 sen tu aku tak dapat
aku sanggup curi duit abah
sekarang Alhamdulillah, tak muncul dah habit tu
tapi ada yang camni pulak gayanya
ambik duit abah pastu dah guna baru bagitahu abah HAHAHA

abah
"abah tak nak anak-anak abah mencuri dah, kalau nak sesuatu mintak, kalau abah rasa patut beli, abah beli,ada bendanya ada, mungkin abah lambat beli, tapi insyaAllah dapat. Satu lagi, jangan berhutang, nanti kita tak terbayar"

panjang story aku ha, power tak
lama aku tak type cenggini tau
long long long long time ago je aku type panjang gini
cerita aku ni jadikan ikhtibar
 dalam kalangan aku 4 beradik, yang paling hilang banyak barang, AKU lah orangnya
terima kasih abah mama yang dok dengar aku melalak menangis duit hilang ;'(
parents gets your solution solved, indeed. Financial problem, obviously.
thank you mama and abah :')

cute tak muka aku, ty ida amik gambar aku
parody aku melalak menangis kat mama and abah

*orang gila, tak megaku dia gila, samalah pencuri *

p/s : ok aku susah nak redha bab duit ni, aku rasa dosa aku banyak kot, kurang sedekah
tu yang orang amik duit aku tu.Astaghfirullah. Case Closed.




Tuesday, July 16, 2013

Ever Enough

A Rocket To The Moon -Ever Enough 




No I’m never gonna leave you darling
No I’m never gonna go regardless
Everything inside of me is living in your heartbeat
Even when all the lights are fading
Even then if your hope was shaking
I’m here holding on

[Chorus:]
I will always be yours forever and more
Through the push and the pull
I still drown in your love
And drink 'til I’m drunk
And all that I’ve done,
Is it ever enough

I’m hanging on a line here baby
I need more than if's and maybe's
We’ll come down from the highest heights
Still searching for the reason why
And now I know what it’s like,
Reaching from the other side
After all that I’ve done

[Chorus:]
I will always be yours forever and more
Through the push and the pull
I still drown in your love
And drink 'til I’m drunk
And all that I’ve done,
Is it ever enough?

For all that it’s worth, is it worth it?
Cause more than it’s hard to desert it
For all that it’s worth, is it worth it?
How do we know without searching?

I will write you this song to get back what’s ours
Would that be enough?

[Chorus:]
I will always be yours forever and more
Through the push and the pull
I still drown in your love
And drink 'til I’m drunk
And all that I’ve done,
Is it ever enough?

For all that it’s worth, is it worth it?
Is it ever enough?
How could we know without searching?
Is it ever enough?

p/s : pls pause theme song blog ini di bawah k, kalau nak dengar lagu ni :)

Saturday, February 23, 2013

mental breakdown #2

asalammualaikum

aku rasa aku ni nak syabas tak lama lagi
terasa emo semacam
haduhh
aku tak tahu dah nak buat macam mana lagi
aku approach kau, kau kata aku sibuk
gaya kau cakap main-main tu tak berapa sangat aku sakit hati
extra words kau buat aku sakit hati
aku pon bukan lah bodoh sangat bila kau buat muka ketat depan aku
aku memang sengaja buat muka tak faham
itu cara aku nak buat kau sakit hati pulak
"kau baik dengan aku, aku baik dengan kau. kau buat tahi dengan aku, aku buat tahi dengan kau"
fair enough
aku tak kisah aku jalan sorang-sorang, makan sorang-sorang
tapi aku sakit hati dengan kau, kawan-kawan kau pandang pelik kat aku
aku tak tahu salah aku apa kalau kau tak bagitahu aku gila
kalau aku rasa kau betul, aku boleh ubah diri aku, mana yang melampau lah
dan aku nak bagitahu jugak, jangan ingat aku diam bila kau perli aku, kutuk aku
aku heartless? aku manusia weyh, dalam hati aku sumpah seranah kau, bitch
aku kesian nak sumpah seranah kau, sebab kalau ikut mulut aku, aku lagi laser dari kau
muka cun, lembut, gelak tutup mulut, pemalu #IniSemuaPoyo
hampehh dengan aku, bullshit semua tu serius

RT

Tough times never last, but tough people do.

I don’t trust easily, so when I tell you I trust you, please don’t make me regret it.

That one best friend that turned into a stranger.





*Love me or hate me personally I won't care less*

p/s : kau buat aku annoying dengan kau

Wednesday, July 25, 2012

Uni preparationss

Assalammualaikum

hai fellas :)
aku rasa tak percaya jugak
i have my own laptop now :D
tapi tak guna lagi, sebab sayang sangat :')
toucheeed
ingat masuk uni baru nak guna
thanks mama and abah ^____^
terkejut sangat WOAHH
balik dari bazaar ramadhan 
tengok-tengok ada satu bag besar dalam laundry basket
mula-mula rasa nak mengamuk jugak, sape la hai gedik letak dalam laundry basket aku ni
dan biasanya ib memang selalu gedik letak barang dia dalam laundry basket aku
dan aku mula nak bising nak campak dah bag tu
tapi pelik sebab tak pernah nampak bag tu
then, bukak WOAHH!!
kujat aku HAHA jakun plus batak
ye lah, aku mintak benda lain, dapat benda lain
nampaknya ipod tu memang aku kena usaha sendiri lah nak beli
SEMANGAT HAWA!


dan aku nak beli phone baru 
nak mintak tajaan abah sikit, hehehe
al-maklumlah, phone sekarang tengah mental breakdown
samalah tuannya
mesej receive hanya bila aku nak call orang
habis tu kalau aku tak call orang sape hantar mesej memang tak masuk
minngu lepas orang hantar, minggu depan baru dapat
dah lah aku guna pon tak sangat phone tu
sebab tu kalau nak contact aku, guna twitter or fb je
maju tak? HAHA 

lantak korang nak kata aku show off ke apa
ini bukan cerita kaya ke hapa
aku tader lappy pon dulu 
bila mintak kat abah, memang abah dah cakap
"masuk U baru abah belikan"
mula-mula aku pakai lappy abah je (guna bila ada kat rumah)
yang mana asyik-asyik skrin putih
lepas tu bunyi "tettttttt" lama gila, baru bukak windows
pernah hari tu dua jam aku tunggu
mangai telinga aku :'(
tapi sekarang dah okay sikit lah lappy abah
best je lappy abah :') sebab dah macam aku punya
setting baik punya kat bilik aku ni haa
kat matriks aku pakai notebook 
kecik, tapi ok je, senang bawak ke mana-mana 
and ofkos mata aku ppon comel lote pandang skrin HAHA
Syukur, Alhamdulillah
lagipon abah memang dah janji
 mana-mana anak abah masuk uni, abah belikan lappy baru 
sekarang ni tinggal ib je lahh :) 
GO GO ib!!

big hug and thanks abah and mama

nak kata aku prepare nak masuk uni ni tak banyak mana pon
sebab aku rasa aku akan pakai balik baldi zaman sepintar and matrics
selipar, cadar katil, bantal, dan macam-macam lagi lahh
cuma sekarang berusaha cari blaus bagi feminin sikit lah
dan sekarang baju kurung pon aku tengah on going menjahit
nak masuk 4 pasang dah YEAHH
dengan borang yang macam 'best' sangat perlu diisi
esok nak nak ambik gambar pasport
hehehe, aku nak pakai tudung apa eh?
ingat nak pakai gambar passport ni je?

 pewiitt comelnya budak ni HAHA

dan dan kena marah dengan abah
gambar pasport ni aku buat gedik sesaja time keluar outing dengan ezyn and nadia
HAHA :D
abah suruh pakai proper sikit 
tak proper ke ni? cuma agak comical sikit lah HAHAHA
ok lah kan
prepaations aku tak banyak mana pon :)
mana yang ada je lah
cuma sekarang ni memang pening kepala dengan borang yang 'best' gila ni
act, cuak jugak nak masuk UniMap
environment baru, kawan baru
aku bukannya pandai berkawan pon
muka pon ketat, semua ingat aku sombong masa first masuk matriks
sapa kenal aku, tahu lah aku macam mana sebenarnya 
dah lah jauh, homesick lah aku :'(
kalau aku masuk uni ni, mmg aku tak duduk rumah sangat 10 tahun 
ye kot? anggaran lahh
its okayy
SEMANGAT SEMANGAT SEMANGAT HAWA!!
ok penat taip
kalau aku rajin, aku update selalu
papai :p

* nervous nak masuk dunia baru *


p/s : My problem is I tend to be shy at first, but once you get to know me and once i'm comfortable around you, I act like I'm on crack :D

Monday, March 19, 2012

that's you

kau kawan yang baik
tapi bila kau mintak relationship lebih dari kawan,
aku teragak-agak
bukan aku tak percaya kau
aku fikir aku masih muda
aku tahu kau dah lama tunggu aku
dari aku tingkatan dua lagi, aku tahu
kau janji,

" aku tunggu kau sampai kau 19 tahun, kalau kau tak dak jugak perasaan kat aku, aku berhenti tunggu kau"

aku tak pernah beri harapan kat kau
tapi aku geram bila kau tak layan aku
tambah lagi ayat annoying kau
buat aku tak nak call kau
kau dah tak call aku
sebab kau mengharapkan  aku rindu kat kau
ya, kau berjaya
kau sedar tak kenapa aku tak contact kau?
aku tak ego la nak contact kau
handphone aku format, and aku tak ingat pon number phone kau
aku memang pelupa
kau sebok la eager nak dengar aku rindu kat kau
aku harap pintu hati kau terbukak nak call aku
tak payah kata rindu
aku sayang kau
aku rindu kau
tapi perasaan cinta takde
sebab aku rasa aku masih 'hawa' yang kecil di mata mama and abah
aku rasa aku tak nak kecewakan parents aku
aku sayang kau, sebagai kawan
aku tak malu nak kata aku nak jumpa kau lagi
officially said, aku nak jumpa kau lagi
aku nak jumpa kau lagi
aku nak jumpa kau lagi
aku harap kita jadi kawan yang baik sampai bila-bila
kalau ada jodoh, pasti tak ke mana :))

#kalau kau baca post aku nie
call aku la sengal!!!
aku memang lupa number phone kau :'(



location : Pizza Hut Banting
makan bersama ezyn and nadia :))



* one of the greatest friend ever, thats you, an *

p/s : tapi kalau aku tetiba ada pakwe nanti, jangan terkujat!
hahahha, itu maknanya aku da terperangkap dalam jerat cinta, auuww
PSPM nak dekat!! cuakabebebeehh!!


Thursday, December 1, 2011

hawa hebakk



hasil aku buat benda ni time practical computer science
hebakk gak aku ni
sambil tepok dada
hahhaha ada masa aku blogging la, hahhah
besh besh

jangan gelak kay?, tunggu ar aku pro nanti :)
baru hangpa semua tauu

ni hasil tangan tak kena bedung time kecik
tapi mak aku cakap aku di bedung dulu
hahhaha
mama tipu, :D
nie kitorang belajar main buat layers
lawa takkk?
tepuk tangan readers!!

pening kepala aku buat benda
aku tibai je pong
asal siap
Sir Kean baik kata okay, aku okay je
thumbs up hawa!!

okay lar da nak habis time practical nie
adioss readers
calo bettey

*cantekk tak kereta aku? *

p/s : lawak dowh time buat menda nie
ikut kepala aku je nak buat apa :D

Wednesday, November 2, 2011

rindoo aku takkk



sesiapa rindoo aku boleh lah kita ketemu di Jaya Jusco Bukit Tinggi
hari jumaat nie 4 November 2011
auww!!


hawa sambung study balik!!!
FOKUS... fuh fuh fuh

SEMANGAT SEMANGAT SEMANGAT

p/s : tak sabau nyeee aku nak habis paper hari khamis
(curik masa, kepala masih berserabut untuk prepare chemistry hari khamis)
breath in and out
1.42 AM now

Thursday, October 20, 2011

pray for me due to my PSPM 1

okeppp
esok dah start final sem untuk matriks ok
warganKMS pun sekarang tengah sibuk
menggeletek mulut meng-exercise kaki pergi cubicle (lecterer room)
termasuklah AKU
yupp
seminggu nie aku study week
semua aku study tapi tak habis lagi lar
agak kusut masai pemikiran aku sekarang

no facebook-ing
reminds me people!!

"Everything that I understand,
I understand only because I love."

Leo Tolstoy

yup
i admit i love physics more

lagi-lagi dengan pasal gases yang formula physics hampir menyerupai chemistry punya
ah sudah... agak gila ya di situ

21/10 - ENGLISH
28/10 - MATHEMATHICS P1
31/10 - MATHEMATICS P2 & SCIENCE COMPUTER
1/11 - PHYSICS P1, P2
3/11 - CHEMISTRY P1, P2


nampak sccary je..
psiko pon ada aku rasa
okey...

aku da rasa malas nak type..
okayy readers
da~~~ (dengan gaya gedikk)

*semangat semangat semangat*

p/s : aku jarang blogging disebabkan final exam..
InsyaAllah lepas final IM BACKK..
spread the loves






Saturday, September 24, 2011

open house :)


muka sengal bersama huda :)
iloveyou


kat KTM Klang yang baru aku tahu kewujudannya
hahaha :D
selama nie aku pergi Kuala Lumpur bagai tu
start kat KTM Sg. Buloh

route hari nie:

rumah najihah hassan a.k.a jea
banting(naik bas) ke KTM Klang ke KL Sentral ke Taman Melati(LRT)

rumah fadhilatul izzaty a.k.a cok
Taman Melati (LRT), ke KL Sentral ke KTM UKM

open house best!
DAEBAKK
JJANG

balik KMS?
orang jemput
hahah... malu sungguh aku hari ni
*blushing

pesanan untuk 'someone' secara tak langsung
heyy!!
terima kasih jemput aku sampai la selamat kat KMS
malunya la hai aku
*blushing
nasib baik tepat-tepat je sampai KMS
plus beli makanan tapau kat KFC
one more thing!
terima la yer baju tu and extra not merah
duit minyak (ang yang kata kereta ang teksi, aku tak cakap) hehheeh
kesian kat ang main redah je tinggal kerja ang! :)
:: SORRY ::
last thing!
asal ang kalut sangat hah??
aku rasa aku macam asyik gaduh dengan ang je
=='
btw thanx mucho! VOILA
hehe..
hati-hati bawak kereta di jalan raya
aku tak nak ang mati awal!
sampai KMS aku pening kepala
ang punya bawak..huiiyyooo
o.o
lepas ni kalau aku balik lambat tak pon sesat ang jadi driver aku
hahahha :D
kereta ang aku tak bau ro***
harap-harap betol la ang da berhenti
good!!


*sekian, terima kasih*

p/s: NO COMMENT :)

Tuesday, July 19, 2011

function


function
fiction - beast
dua benda berbeza
fiction best
function sheesshh
tadi kuliah math belajar function
sedey gaban weyyy
aku ingat lagi macam mana ayuni perah keringat nak ajar aku function
berbuih air liur cikgu timah kata function senang
sedey weyy
terasa diri ni kerdil balik belajar function
masa tu la pulak aku teringat cikgu shafie ajar aku
arra,badak jenoh la tujah kepala aku nak bagi paham function
terus takdak mood aku nak wat kerja
jalan da terhuyung-hayang
sedeyyy
aku lemah weh function
its okay,gtg
aku nak study science comp lak
ESOK PRE-UPS
weeehhehehee

imy blog

*i miss my blog*


p/s : study hawa,,SEMANGAT!!
FIGHTING!!

Wednesday, May 4, 2011

projek baru untuk birthday mama

bagi menambah kos sara hidup aku yang kehendaknya macam-macam
jadinya macam nie
aku pon buat la bagai handmade
boleh tengok tangan kreatif aku
heheh..
susahnya cari duit anda tahu?
tangan tu kena glue gun,,gam panas tau?
belum lagi kena cucuk jarum nak jahit punya pasal =='

fyi,nie first product tau
so,its an honour sebab my mom yang dapat strap first nie
hadiah untuk mama
aku tau hadiah tu takdak la mahal mana
tapi ikhlas dari hati tau..
lama nak buat kot =='
aku takdak duit la hai nak belikan mak aku rantai rafflessia :(
tapi nie aku buat guna sepasang tangan yang Allah kurniakan untuk aku
Alhamdulillah

HAPPY BIRTDAY MAMA

angah sayang mama
nasib baik mak aku sabar kalau aku tiba-tiba aku pissed off
tahniah la yer dapat anak yang 'rajin' macam angah
HAHA :D

i love you MAMA



*angah sayang mama*

p/s : susah nak jadi anak yang taat anda tahu?=='
i'll try my best!

Tuesday, April 5, 2011

semakin menggemuk

HAHA : D
kesiotan aku hari nie melantak sangat dahsyat
aku pon tak sangka aku macam nie bila nak kurus nie =='
hari ni aku makan je pon sebanyak 5 kali sehari
ulang semula 5 kali sehari ( sigh )
pagi tadi bangun lebey kurang pukul 11 pagi la kan
then sarapan cik dayu yang buat
mihun goreng ala ala cina kot
aku makan je
selepas makan mandi ( itu tanda-tanda buncit )
then cik den ajak pergi jalan Masjid India and jalan TAR
okey la kan da exercise da tu
sekali berhenti makan
makan nasi ayam pulak
okay?
HAHA
lepas tu balik sebab aku takde mood da tiba-tiba duit dalam purse aku MIA
( missing in action )
naik la Shinkansen Malaysia
balik rumah bujang
HAHA
then rancangnya nak berenang la kan bila da samapi rumah tu
tapi cik lin call ajak tengok rumah
so, aku pon keluar la dari rumah cik den ikut mak cik-mak cik bujang aku nie ha
aku macam biasa lama-lama tertidur kat dalam kereta kelisa comel lotey tu ha
aku bangun-bangun da nak sampai kat LE LAC
tempat makan lar
pastu order satay 20 cucuk
aku seorang je yang makan 5 cucuk tambah lagi mihoon sup
makan-makan and bercerita pastu pergi Secret Recipe
makan orea cheese , pecan butterscoth dengan carrot cheese cake

* MAKAN , MAKAN DAN MAKAN *
( sigh )
ingat duduk dengan mak cik-makcik bujang aku nie kurang makan
sekali banyak makan
aku dah tak boleh maintain 42 kg sekarang
dulu time kat sekolah boleh lar
sekarang aku rasa takut nak tengok penimbang tu apetah lagi timbang berat
aaaarrrggghh!!!
sekian cerita hari nie ; )

* semakin gemuk *

p/s : act, tyme jalan-jalan kat kat jalan TAR dengan jalan masjid india tu pon aku
da makan 2 jambu potong plus air jambu 2..HAHA


Tuesday, March 29, 2011

selesema : [

* aku selesema *

p/s : esok gi sawah lar ,view cam cantek je nak amik gambar

Tuesday, December 28, 2010

somebody in my own house??

erm..agak2 korang aper yang korang rase pasal entri aku kali nie?
aper agaknyer yang korang rasa orang yang bukan muhrim ader kat rumah korang..
bukan ajnabi lagi tu..
aku sebenarnya tak kisah mana kalau somebody tu dok rumah aku tunggu mak dia sampai..
kiranya sekolah,tapi dia balik hari..
aku rasa tak selesa kalau dia makan+tidor+berada di rumah aku lama-lama..
aku tahu family aku memang rapat sangat dengan family dia,tapi yer ar tak selesa..
buatnya aku sexy segala bagai,mahu juling mata budak tu tiap-tiap hari..
hari tu time nenek aku datang stay kat rumah aku mahu juling 360 darjah mata dia dok melangut tengok aku..
aku nie agak sexy la jugak,tapi dalam rumah je k..
setakat short + singlet = aku ar tu
kalau aku pakai baju short sleeves aku dah rasa tak selesa,sama ar dengan short..
mahu nanti budak tu dok rumah aku mahu segala privacy hilang..
segala rahsia kat rumah aku terdedah,,family masing-masing ada masalah kan..kita tak boleh sangkal..
mana ada orang yang perfect kat dunia ni kan?
tension pulak bila aku fikir..
entah kenapa budak tu nak jugak sekolah kat tempat area rumah aku,.
padahal banyak gila sekolah menengah kat area rumah dia..
ader la kot 5 , 6 buah sekolah kat area rumah dia..
help! help! help!

http://www.emocutez.com