Showing posts with label PIAO DA PALER OTAK. Show all posts
Showing posts with label PIAO DA PALER OTAK. Show all posts

Friday, November 1, 2013

kes rompakan

Asalammualaikum
terajen tetiba nak update pasal diri aku
hati aku rasa cam nak story je pasal kes rompakan aku HAHAHA
sedih woii
the story begin

aku kan cerita previous entry aku AJK Makanan Hari Sukan UniMAP untuk ppk aku
punyalah seronok
muka gelak happy ceria, babeng fake muka aku
jumaat kira first day aku nak jalankan tugas AJK Makanan
aku kena rompak woii
cash aku habis, dompet duit syiling habis habis
opkos lah dompet plus duit syiling basuh baju aku dia hambek
angin betol aku
kalau duit syiling je dia amik mau "kaching kaching" bunyi
cash dalam purse aku dia hamek
purse aku selamat, I/C kad bank ape semua dia tak sentuh
cash je dia amik, bangang tak
yang lagi haru, dia amik duit budget makanan PPKAS tu
aku seriau tader duit
duit ptptn aku dah tak jenguk langit dah, duit ada, tapi sikit
aku lah kena ganti duit PPKAS
aku bajet, aku mintak duit kat abah, tapi tak sangka betul seawal ni
aku dah bajet-bajet duit aku
boleh survive sebulan dua lagi
tapi ye dah ganti duit PPKAS, ye nak tebal muka mintak abah
mahu tak melalak aku kat abah dengan mama
aku shock gila nak bayar duit makan kat Cafe Shafaz takde duit
aku beli ayam goreng seketul, teh ais, total RM3.40
bukak purse, ZERO!!
ada duit syiling tak sampai sehinggit
celaka kau pencuri
pandang kiri kanan tengok ada muka aku kenal tak, nasib aku nampak kak sai tengah makan
aku pon mintak duit kat dia
ok berhutang :'(

mama on the phone masa aku melalak menangis
" kurang ajar pencuri tu sampai anak kita berhutang kat orang, nak bayaq duit makan takdaq duit bah, macam pengemis! "
ok keluar slang penang mak aku

ok family aku memang strict pasal hutang-hutang ni, tak cukup duit, mintak kat abah bukan kat orang lain
tapi aku kalau terdesak, memang terpaksalah kannn
tapi, otak aku penuh dah ingat nak bayar hutang bila
aku siap tulis lagi aku hutang sape and berapa

*ok mood angin taufan pasifik selatan sekarang*
aku mula-mula ingat duit hilang masa aku pergi lab
 tapi kawan-kawan lab aku takde sorang pon duit hilang and dorang  semua cakap
mustahil orang curi kat lab, ye lah ape taknya
aku datang lab sign attendance je
power tak aku? (ok aku bangun lambat)
aku pon terdiam fikir, betul gak masa sangat singkat
lab habis 12 tengah hari aku sampai lab pukul 11.30 pagi
ada nampak mustahil tak
ok habis bagi makan kat Pauh petang malam
balik rumah aku tengah tengok drama korea, aku teringat
MANA DUIT SYILING BASUH BAJU AKU???
ok masa tu aku tahu, duit aku hilang kat rumah dari pukul 3 pagi sampai 10 pagi
maknanya masa aku tidur, sebab malam tu aku balik lambat buat hiasan khemah
aku ada syak orang tapi aku takmau panjangkan hal ni

abah cakap 
"takpelah rezeki dia nak ambik duit angah, nasib baik duit hilang, kepala hilang macam mana?

aku syak pencuri ni

1. orang pecah masuk
2. orang rumah sendiri
3. tetamu

ok aku tak syak orang pecah masuk, sebab kalau pecah masuk kenapa dia ambik duit aku je?
kesan umpil pintu ke hape semua takde
satu lagi kalau pecah masuk, ye dia amik laptop ke, keyboard aku ke, laptop org dalam rumah aku ke
ni memang dia ambik duit aku je
celaka.
aku rasa pencuri ni memang dah aim aku, ye lah, atas meja dua helmet,
dalam bilik ada keyboard, kaya minah ni, tak rasa gamaknya aku amik duit dia 4 ratus sekali dompet berisi syiling

ok pada pencuri itu, kepala hotak kauu!!

so reason 2 dan 3 je tinggal. Aku pon dah malas fikir
tapi hati aku bengang "4 ratus ringgit sahaja" yang dia ambik tu banyak
aku dahlah mata duitan, materialistik
kau boleh nampak tak pengaruh duit kat aku
aku suka duit, mana aku tak angin
RM200 duit abah bagi kat aku, RM200 lagi duit PPKAS punya makanan untuk Hari Sukan
aku cakap satu hallah
kalau duit yang kau curi tu, kau buat sedekah kat fakir miskin, ye aku halalkan
tapi kau buat ke arah foya-foya kau, Allah yang balas

ok aku pon sebenarnya salah
salah aku letak purse plus dompet berisi duit syiling tu kat atas meja
memang masa tu busy gila
kononnnnn
HAHA
ok ni ikhtibar untuk aku dan orang yang baca blog aku
hati-hati, dunia ni masih ada orang yang tamak
dulu aku pon suka curi duit abah, ok aku mengaku family aku susah dulu
nak beli jajan super ring 30 sen tu aku tak dapat
aku sanggup curi duit abah
sekarang Alhamdulillah, tak muncul dah habit tu
tapi ada yang camni pulak gayanya
ambik duit abah pastu dah guna baru bagitahu abah HAHAHA

abah
"abah tak nak anak-anak abah mencuri dah, kalau nak sesuatu mintak, kalau abah rasa patut beli, abah beli,ada bendanya ada, mungkin abah lambat beli, tapi insyaAllah dapat. Satu lagi, jangan berhutang, nanti kita tak terbayar"

panjang story aku ha, power tak
lama aku tak type cenggini tau
long long long long time ago je aku type panjang gini
cerita aku ni jadikan ikhtibar
 dalam kalangan aku 4 beradik, yang paling hilang banyak barang, AKU lah orangnya
terima kasih abah mama yang dok dengar aku melalak menangis duit hilang ;'(
parents gets your solution solved, indeed. Financial problem, obviously.
thank you mama and abah :')

cute tak muka aku, ty ida amik gambar aku
parody aku melalak menangis kat mama and abah

*orang gila, tak megaku dia gila, samalah pencuri *

p/s : ok aku susah nak redha bab duit ni, aku rasa dosa aku banyak kot, kurang sedekah
tu yang orang amik duit aku tu.Astaghfirullah. Case Closed.




Monday, April 30, 2012

penat

okay, aku baru duduk rumah dua hari,
dan dua harilah aku bertangguh kemas bilik
bilik aku semak GILA
dan bila aku kata GILA memanglah GILA
kat situlah letak keropok lekor, tisu gulung, tupperware, lampu tidur, toaster, blender, vacuum,
ahhh macam-macam lagilah
bilik aku SERIOUSLY bukan bilik anak dara yang normal
almaklum aku dulu sekolah asrama, jarang balik rumah
lepas tu pergi matriks pulak
memang stor la bilik aku jadinya

sesiapa yang pernah pergi rumah aku confirm tanya

"ko letak barang kat mana yer?"
"itu ini kat mana?"

OMJAYYY
senang cerita mama and abah aku amatlah padan
bagai pinang dibelah dua
umpama bulan bintang-lah
dua-dua pandai beli barang
TAPI tak reti nak pikir nak simpan barang kat mana
hehehehe
hailoh hailoh

and bila aku kemas bilik
mulalah..

"eh jangan buang itu, ini"
"kan boleh guna lagi tu"
"nanti terdesak kita boleh guna"

haishhh
goram eden
memang aku rasa nak mengamuk je tadi
then dah cantik la bilik aku jadinya
okayy dengan 3 plastik sampah plus 1 baldi penuh dengan sampah
phewww
DONE
and
sekaligus aku and mama tarik pelepah kelapa yang menyemakkan pandangan mata
dan bakar la kat tepi padang sekolah abah
YEAH!! we've made it

in addition-lah
ha, practice driving
tapi dalam sekolah abah je
sebab dress code aku pon macam lengai je
almaklum, baru kemas bilik
teeheheheee

okay, gambar makeover bilik aku memang aku taknak show off
kang mentua-mentua kat Malaysia ni, nak aku jadi menantu kang :D

*penat*

p/s : sukacita dimaklumkan, handphone saya hilang :)
so, contact saya dengan twitter or fb :)
mana yang tahu nom ibu dan rumah, rajen-rajen la call, tq :D

Friday, March 16, 2012

YOSH!!

yosh readers!!
rindu blogging larrrr
memandangkan hari nie hari Jumaat so, aku pong pakai la ayu sikit
sikit la
tapi otai masih ada kalau tengok style aku jalan
ahhahahahah
act, baju nie my mama sayang baru siapkan
last week dapat baju kurung dari mama je tiga pasang
and WOW mak aku hebakk sungguh
tapi aku dapat tunjuk satu je baju yang mak aku siap kan
sebabnya hari ni je aku bergambar
aku nie takutla readers rindoo tengok muka aku yang tersedia comel ni kan?
hahhahahah
so tengok!!

sekarang nie memang tahap gaban la busy aku
dengan final nak dekat
so blogging ni pong jarang
act banyak je benda nak cerita
tapi masa selalu tader
dengan nak kejar sifu nasuha lagi
miss lim lagi, madam maizuyah lagi
dengan math aku yang macam tak cukup tangan nak buat exercise lagi
macam kabut hidup aku
dan PSPM start 17/4 - 26/4
budak-budak PALAM semua da nak habis final
dorang habis final aku baru nak exam
yup chemistry ada lagi 4 chapter nak habis
PSPM lagi 3 minggu
GILA tak?? *rolling eyes
physics lagi 2 chapter gamaknya?
math lagi satu chapter
and the worst thing computer science's programming macam hareemmm bestnyer
daebak!!
aku pong rasa macam da tak cukup tanah nak jalan jumpa lecturer jumpa sifu lagi
auww
semangat hawa semangat semangat!!
lagi sebulan je kot kat sini
bantulah aku Ya Allah dapat 4 mendatar tu (flat)
kuatkan daya ingatanku, serta berikanlah kejayaan padaku
dan kurniakanlah kesabaran pada guru-guruku dan rakan-rakanku ketika mengajarku
amin..

kat twitter, aku retweeted balik syafiqah bashah punya tweet
"Exam is just for a short period, But it requires efforts of many days and months. Haiyaa"

and 
IT'S TRUE

okepppppp
"takut ada readers yang rindu muka aku,nah gambarnya"
act aku pong da lama tak self-cam






*hari Jumaat, hari ayu*

p/s : ignore background indah bilik aku :)
i miss my home, family and my friendssssss <3
makin dekat exam, makin rasa rindoo yang membuak-buak kat mereka ;')

Tuesday, February 14, 2012

HB bk

happy birthdayy BK
auww
hahahhaah dah dekat almost 6 tahun aku kenal
hehehhehe
setipa kali pandang bulan mesti ingat dia
vavavava
bermadah puisi aku
hahahahha
tak payah nak jiwang sangat
nampak sangat aku ni dah kena reject
mungkin dia ingat aku macam adik dia kan?
tak kisah la
aku dah boleh terima sekarang kot rasanya
kot larrr
hahhahaha
sokayy, have faith hawa auww
bajet tough la pulak
:''(
berbahagia la dia dengan orang yang dia suka
semangat semangat semangat
aku tak nak buat tak tau je  pasal benda ni
aku tak nak gak lari dari 'MESEJ' lama dulu
hahahah
so, im officially SORRY
sebab ada perasaan
salah suka orang ni
ye atau tak?
mangaiiii
ini bajet gambar bk la yer
si kacak saya omjayyy

- happy birthdayyy
- may Allah bless you
- semoga apa yang dia buat masa lalu and masa akan datang diberkati Allah
- semoga berjaya dunia dan akhirat

*dulu aku baik dengan dia*
baiklah sangat,hahahahh




dengan tenangnya
peace auwww

p/s : sorry ignore mesej dulu, sebab masa tu takut sangat
and yet, still ingat dia
tatittu, papaiii
nak cari pakwe la camni
hahahahahahha
mak BK punya cupcakes sedappp
promote nie
heheheheheh

Thursday, January 19, 2012

programmer


hai readers
gambar yang korang nampak kat atas nie
 projek computer science aku
<<< programming >>>

rasa seronok jugak la serabutkan kepala aku yang berakarkan serabut
menambah serabut aku untuk buat programming yang sabut lagi serabut

( masih ada bakat pantun dalam diri aku)

actually, benda nie best gak
aku da la ada habit yang mana sagat buruk
malas nak fikir 
haaa, nampak tak
malas nak pikir
dan benda nie buat aku berfikir
agak-agak
aku ada can tak jadi programer?
ehehehh
agak best la kerja nie
hahahhaha
mahu gila otak aku nak translate bahasa computer nie

"manusia hanya merancang, tapi Allah yang menentukan"

okayyy 
cau cin cau
papaiii

* programmer ?? *

p/s: Mr. Kean laju sangat ajar, aku lampi nak kejar dia :)
you get what i mean or not??
(Mrs Kumu's trademark)
hahahaha :D

Wednesday, November 2, 2011

rindoo aku takkk



sesiapa rindoo aku boleh lah kita ketemu di Jaya Jusco Bukit Tinggi
hari jumaat nie 4 November 2011
auww!!


hawa sambung study balik!!!
FOKUS... fuh fuh fuh

SEMANGAT SEMANGAT SEMANGAT

p/s : tak sabau nyeee aku nak habis paper hari khamis
(curik masa, kepala masih berserabut untuk prepare chemistry hari khamis)
breath in and out
1.42 AM now

Saturday, October 1, 2011

LOMO






*self-cam*

heyy aku tukar lagu baru kat blog i
tah la tetiba tersuka lagu nie
tahu la ni lagu lama 'yes saya kuno
tapi COMEL

p/s : credit to amirahbell's ipod lomo apps :)
thanx yaww!!
ok, aku tau aku tersangatlah comel
hahahahah :D

Saturday, May 21, 2011

kecuakan berganda



okey blog aku memang dah tumbuh rumput plus lalang
da lama aku tak post
i'm busy with my business lately and also my matriculation thingy =='

************

aku pon tak tahu apa yang merasuk aku malam nie
tetiba buat post malam-malam buta
act,aku tengah tunggu drama korea aku bagi fully clearly
bagi tak nak buffering
ya,gaya aku macam tak nervous nak masuk matriks nie
muka rilekk,hati cam nak meletop
walaowehh!!

************

drama nie memang best
lagi-lagi scheduler dia hensem
sedih kot cerita nie

**********

setakat nie preparation aku untuk ke matriks memang nak dekat tip top
aku punya baju kurung je kat sepuluh
mak aku tengah jahit sepasang untuk aku
aku on je
lagi-lagi kalau baju yang mak aku jahit
aku suka!!!

tapi ada lagi la yang takde
(sighing) =='
nasib baik baldi,selipar toilet,seluuar tido yang tyme sekolah dulu boleh pakai lagi
heheh
gaya cam sakai je

tadi Maghrib aku pergi Al-Ikhsan
perghh,ada satu kasut ADIDAS original price dia RM199
tapi promotion ke discount tah turun jadi RM129
babun sedap tapak dia
memang DAEBAKK
aku memang suka kasut mahal,bukan apa
tapak kaki aku nie senget sebelah tau
pakai kasut apa pun in the end mesti merekah bahagian luar
tak pun tengah
kasut mahal dia longlasting sikit
koman-koman aku boleh pakai 7-8 bulan
takpun setahun
okey balik cerita tadi ^^
aku try punya try
bapak aku da check wallet
bapak aku kay yang jumpa dulu kasut nie
SEKALI TAK MUAT
tension aku
kaki aku kecik kot
aku boleh pakai kasut biasanya saiz 4 atau 5
kasut nie paling kecik saiz 6
gilo mu?

aku dapat genetik mak aku lerr =='
act, aku jarang beli gelang and cincin (cincin remaja pakai sekarang nie)
sebabnya tangan aku memang kecik
jari aku pon kecik
nak buat macam mana,genetik mak aku
hailoh!!

*************

untuk member-member aku yang nak melangkah ke IPTA and matriks
good luck and all the best
doakan la kejayaan aku duia dan akhirat
amin..

* tengah packing barang *

p/s : rindu ko la ara,imy
aku sibuk kot dengan bisnes aku akhir-akhir nie..hailohh
^_^ mood aku still sibuk nak carik duit

Saturday, April 16, 2011

saya budak baru belajar

hari nie da hari ketiga aku belajar memandu
yang tak berapa nak malangnya aku dapat pak cik yang suka marah-marah
tapi aku kan,biasa lar aku pon buat lar muka kiut miut aku..hahah
pak cik tu muka bengkek jek

" pak cik marah, kamu gelak je kan,hati kering tul!! "


hahha tapi pikir balik la kan
aku bayar dia ( bapak aku punya duit )
so tak boleh marah-marah kan?
marah-marah nanti cepat tua
( eh, pak cik memang dah tua )
aku memang camnie sikit hati kering
tapi belakang dia aku selembut span yang ada air
cuma depan dia aku jadi span kering yang da diperah airnya
( aku merapu ape ni )
aku bukanlah budak yang kuat emo
sikit sikit nangis
HAHA


aku bukan jugak meraung
" mama,abah atuk nenek"
HAHA


aku jenis yang buat orang marah balik kat aku
aku buat muka yang boleh orang sakit hati
aku memang hati kering sikit


aku pikir pak cik tu macam nie je
heesshh geram aku!!
da lar permanent teacher memandu aku
penat lak tu
baik layan korea
lagi bagus


pak cik dush! dush!
saya nak kalahkan pak cik!!

* pak cik jangan selalu marah saya *
ampun pak cik!!
pak cik kurang-kurangkan la hisap rokok tu,tak baik untuk kesihatan
saya tak suka gak asap rokok
: )

p/s: pak cik nie ada baik gak
aku pikir dia ni cam cikgu timah lar..marah-marah nanti result ok
hari rabu nie test JPJ
mintak-mintak lar okey?
pak cik garang yang ajar mesti la okey!!
HAHA

Monday, September 20, 2010

I NEED A DOCTOR NOW!!


SAYA GILA!!
homework manyak ag tak siap!!
nak jadi apa pon jadilah.. da piao rasenyer pale otakku..
huhuhu
http://www.emocutez.com
mata da rase berat je nie ha..
http://www.emocutez.com











yes patient?
do you need my help?
let me cure you..come here babe :DD
http://www.emocutez.com

p/s : bk jer yang boley tenangkan ati saya
tunggu je ar balek sekola mesti cekgu marahh,,wat pekak je lar..