Showing posts with label love my family. Show all posts
Showing posts with label love my family. Show all posts

Thursday, March 13, 2014

rindu woii

asalammualaikum
ok terasa nak update je
ok ada lagi gambar terasa nak upload tapi sat ye
banyak  pulak aku berjalan sem ni
kemainnn kau ye we
hahahahaha
minggu lepas balik rumah lepas tu travel ke Jerantut, Pahang
dah lama tak family outing
 ok rindu rumah
HOMESICK
sebenarnya dah lama dah kitorang satu family tak jalan sama
sejak abah nak setelkan rumah baru dulu
sedih jugak semua jalan tanpa aku 
kbai.

dahlah arra ada kat Malaysia
tapi aku tak dapat jumpa arrra
woii aku puasa roti tisu tunggu kau tau takk
hahaha
serius kalau kau datang Perlis aku nak beli toto ni buat kau tidur hahaa
takpelah arra, kau kalau ada masalah aku ada telinga boleh dengar
semoga mak kau sihat walafiat
tu hati kau pon mesti sihat k
tunjukkan kat aku muka senyum nampak gigi kau tu
(ok boleh join geng giggs aku hahaha)
rindu kau sangat aku ada memacam nak cerita huwaaaa
bagi aku alamat kau ni aku nak pos barang ni ha
k papai i miss youuuu


Taman Warisan Kota Gelanggi, 9 Mac 2014.

p/s : rindu woiii ;'(
ok terasa diri aku model hahaha

Friday, November 1, 2013

kes rompakan

Asalammualaikum
terajen tetiba nak update pasal diri aku
hati aku rasa cam nak story je pasal kes rompakan aku HAHAHA
sedih woii
the story begin

aku kan cerita previous entry aku AJK Makanan Hari Sukan UniMAP untuk ppk aku
punyalah seronok
muka gelak happy ceria, babeng fake muka aku
jumaat kira first day aku nak jalankan tugas AJK Makanan
aku kena rompak woii
cash aku habis, dompet duit syiling habis habis
opkos lah dompet plus duit syiling basuh baju aku dia hambek
angin betol aku
kalau duit syiling je dia amik mau "kaching kaching" bunyi
cash dalam purse aku dia hamek
purse aku selamat, I/C kad bank ape semua dia tak sentuh
cash je dia amik, bangang tak
yang lagi haru, dia amik duit budget makanan PPKAS tu
aku seriau tader duit
duit ptptn aku dah tak jenguk langit dah, duit ada, tapi sikit
aku lah kena ganti duit PPKAS
aku bajet, aku mintak duit kat abah, tapi tak sangka betul seawal ni
aku dah bajet-bajet duit aku
boleh survive sebulan dua lagi
tapi ye dah ganti duit PPKAS, ye nak tebal muka mintak abah
mahu tak melalak aku kat abah dengan mama
aku shock gila nak bayar duit makan kat Cafe Shafaz takde duit
aku beli ayam goreng seketul, teh ais, total RM3.40
bukak purse, ZERO!!
ada duit syiling tak sampai sehinggit
celaka kau pencuri
pandang kiri kanan tengok ada muka aku kenal tak, nasib aku nampak kak sai tengah makan
aku pon mintak duit kat dia
ok berhutang :'(

mama on the phone masa aku melalak menangis
" kurang ajar pencuri tu sampai anak kita berhutang kat orang, nak bayaq duit makan takdaq duit bah, macam pengemis! "
ok keluar slang penang mak aku

ok family aku memang strict pasal hutang-hutang ni, tak cukup duit, mintak kat abah bukan kat orang lain
tapi aku kalau terdesak, memang terpaksalah kannn
tapi, otak aku penuh dah ingat nak bayar hutang bila
aku siap tulis lagi aku hutang sape and berapa

*ok mood angin taufan pasifik selatan sekarang*
aku mula-mula ingat duit hilang masa aku pergi lab
 tapi kawan-kawan lab aku takde sorang pon duit hilang and dorang  semua cakap
mustahil orang curi kat lab, ye lah ape taknya
aku datang lab sign attendance je
power tak aku? (ok aku bangun lambat)
aku pon terdiam fikir, betul gak masa sangat singkat
lab habis 12 tengah hari aku sampai lab pukul 11.30 pagi
ada nampak mustahil tak
ok habis bagi makan kat Pauh petang malam
balik rumah aku tengah tengok drama korea, aku teringat
MANA DUIT SYILING BASUH BAJU AKU???
ok masa tu aku tahu, duit aku hilang kat rumah dari pukul 3 pagi sampai 10 pagi
maknanya masa aku tidur, sebab malam tu aku balik lambat buat hiasan khemah
aku ada syak orang tapi aku takmau panjangkan hal ni

abah cakap 
"takpelah rezeki dia nak ambik duit angah, nasib baik duit hilang, kepala hilang macam mana?

aku syak pencuri ni

1. orang pecah masuk
2. orang rumah sendiri
3. tetamu

ok aku tak syak orang pecah masuk, sebab kalau pecah masuk kenapa dia ambik duit aku je?
kesan umpil pintu ke hape semua takde
satu lagi kalau pecah masuk, ye dia amik laptop ke, keyboard aku ke, laptop org dalam rumah aku ke
ni memang dia ambik duit aku je
celaka.
aku rasa pencuri ni memang dah aim aku, ye lah, atas meja dua helmet,
dalam bilik ada keyboard, kaya minah ni, tak rasa gamaknya aku amik duit dia 4 ratus sekali dompet berisi syiling

ok pada pencuri itu, kepala hotak kauu!!

so reason 2 dan 3 je tinggal. Aku pon dah malas fikir
tapi hati aku bengang "4 ratus ringgit sahaja" yang dia ambik tu banyak
aku dahlah mata duitan, materialistik
kau boleh nampak tak pengaruh duit kat aku
aku suka duit, mana aku tak angin
RM200 duit abah bagi kat aku, RM200 lagi duit PPKAS punya makanan untuk Hari Sukan
aku cakap satu hallah
kalau duit yang kau curi tu, kau buat sedekah kat fakir miskin, ye aku halalkan
tapi kau buat ke arah foya-foya kau, Allah yang balas

ok aku pon sebenarnya salah
salah aku letak purse plus dompet berisi duit syiling tu kat atas meja
memang masa tu busy gila
kononnnnn
HAHA
ok ni ikhtibar untuk aku dan orang yang baca blog aku
hati-hati, dunia ni masih ada orang yang tamak
dulu aku pon suka curi duit abah, ok aku mengaku family aku susah dulu
nak beli jajan super ring 30 sen tu aku tak dapat
aku sanggup curi duit abah
sekarang Alhamdulillah, tak muncul dah habit tu
tapi ada yang camni pulak gayanya
ambik duit abah pastu dah guna baru bagitahu abah HAHAHA

abah
"abah tak nak anak-anak abah mencuri dah, kalau nak sesuatu mintak, kalau abah rasa patut beli, abah beli,ada bendanya ada, mungkin abah lambat beli, tapi insyaAllah dapat. Satu lagi, jangan berhutang, nanti kita tak terbayar"

panjang story aku ha, power tak
lama aku tak type cenggini tau
long long long long time ago je aku type panjang gini
cerita aku ni jadikan ikhtibar
 dalam kalangan aku 4 beradik, yang paling hilang banyak barang, AKU lah orangnya
terima kasih abah mama yang dok dengar aku melalak menangis duit hilang ;'(
parents gets your solution solved, indeed. Financial problem, obviously.
thank you mama and abah :')

cute tak muka aku, ty ida amik gambar aku
parody aku melalak menangis kat mama and abah

*orang gila, tak megaku dia gila, samalah pencuri *

p/s : ok aku susah nak redha bab duit ni, aku rasa dosa aku banyak kot, kurang sedekah
tu yang orang amik duit aku tu.Astaghfirullah. Case Closed.




Monday, August 26, 2013

Aidilfiri 2013


Selamat Hari Raya 
family aku gathering masa raya ke berapa entah
sambut ramai-ramai
menyambung kembali khuwah bersama-sama
ada gambar raya tengah main mercun bukan main
cousins yang besar kecik semua kumpul
HAHA
anak buah aku baru 2 orang
macam tak hengat dunia bila main mercun ni
hingar-bingar
aku decide lepas ni gambar semua nak extra large lah besarnya
jelas sikiT
 HAHA
camera DSLR cantik kan gambarnya
bila kecik rasa tak puas pulak nak tgok gambarnya
so lepas ni tak payah double click lagi dah
tapi takpe kalau nak buat jugak HAHA

so kesempatan ni
aku nak mintak maaf pada sesiapa yang mengenali aku
maaf zahir dan batin
pada readers yang baca blog ni mana tahu tersinggung dengan apa aku tulis kat blog ni,
 mintak ampun maaf
mari kita bersama-sama memberi kemaafan dan menerima kemaafan 
di bulan Syawal mulia ini
semoga Syawal 2013 menjadi lebih bermakna dari Syawal yang sebelumnya
goodbye Ramadhan, Hai Syawal
sama-sma kita berdoa, masih ada hayat kita untuk Ramadhan tahun depan
Aminn
















Maronah and Semaat's Family

*Family JAWA*

p/s : lama gila tak hapdate blog heeee ;p


Tuesday, July 16, 2013

Ramandhan 2013

asalammualaikum
alhamdulillah dapat jugak kita bertemu lagi Ramadhan
so, hari ni dah 9 Ramadhan
yeahh tinggal 21 Ramadhan lagi
bunyi macam sikit hari je lagi
HAHA
ok readers and also myself
lets upgrade our ibadah in this most blesssing month
ok, happy fasting people
ahlan wasahlan ya Ramadhan




* Ramadhan 1434 *

p/s :  iftar woiii


Tuesday, May 7, 2013

already 20 y/o

Asalammualaikum
20 already, yeahh
sebenarnya aku rasa syahdu sikit
al-maklumlah umur dah start masuk 20
mana ada belasan dah
syahdu jugaklah
dah besar aku, bila aku fikir balik
dan bertambah tanggungjawab aku
insyaAllah aku buat yang terbaik 
amin

masa kat sepintar aku ada bhai, usamah
sebabnya aku lahir sama hari dengan dia HAHAH
pls nak stokin comel korea :D

people grown up, but not maturity

yeahhh, aku macam tu kot rasanya
HAHAHA
thanks for all the wishes
i lappp youuu muah muah
kawan-kawan 0610, matriks and tak lupa envy'ss
thanks for the cake, birthdayy pranks HAHA










* 20 is the starting of an adult, but not me ;p *

p/s : mama and abah kalau nak bagi hadiah pon boleh hehehe
along hutang polaroid dah dua tahun ha
ib, angah nak bantal and patung kat setia city mall tu heheheeh
kepada 0610 gegirls semua hutang kiss dengan aku, and hadiah, thanks yg wish kat sms, twitter and wechat ;*
kepada kawan matriks, terima kasih wish aku yang gila tak matured haaaa, thanksss million times
kepada Envy's terima kasih birthday prank, cake and tepung, patutnya korang bagi sabun basuh baju, sekali RM2 untuk basuh baju tepung jagung aku kata dalam mesin basuh muahhhh ;*
thank you, i love you and i miss you zillion timess



Saturday, May 4, 2013

Mama's birthdayyy


Asalammualaikum, 
Happpy birthdayyyy Mama!
terima kasih jadi mama yang terbaik untuk angah
the superwoman in my life
angah doakan mama 
hidup diberkati Allah
kita sekeluarga dimurahkan rezeki
diberi kesihatan yang baik
Allah permudahkan segala urusan mama
and stay awesome always
aminn

dahlah mama 4th may, angah 7th may
kita sama bulan birthdayy
botak kepala abah, along ib nak ready dua hadiah dalam sebulan 
HAHA


*Happy birthdayyy mama, angah sayang mama*

p/s : mama nak hadiah dari angah? angah bagi kasih sayang heheheh ;p
takpon hadiah angah kongsi dengan abah, tapi abah punya duitlah HAHA


Tuesday, February 12, 2013

shopping :))

Asalammualaikum

hari ni aku dapat purse baru yeahhh 
purse aku yang lama Tropicana Life dah koyak rabak luar dan dalam
ni hadiah birthday cik den bagi masa aku Form 3
aku ni memang jenis pakai barang lama hee
tak tahan aku orang dok kutuk purse aku macam hape tah
 heshh sian sian sian
hee  dapat beli yang baru setelah penat memujuk menggoda abah hee
hari ni shopping beli barang mama abah nak pergi Korea
kemain dorang ni
pergi Plaza Alam Sentral
then pergi Setia Alam City Mall
dapat sentap baju sepasang dua, new purse, lip balm lah
pelbagai aku ni hee
Alhamdulillah
best ok lah setia city mall ni
tapi malangnya
aku tak berapa hafal lagi heheheh
InsyaAllah pergi lagi :D
sebenarnya nak pergi boutique sincerelybyusshawls and stellar boutique
tapi takut tak sempat jelajah setia city mall
maka cancel, its okay lah 
next time mungkin? InsyaAllah



betapa dhaifnya guee
koyak rabak haa



purse baru yeahhh
royale red colour 
Alhamdulillah :)))



*  my new doppelganger  *


p/s : aku tak sempat beli kasut huwaaaa
takpelah hee nanti cuti lagi aku beli kasut :))
Alhamdulillah

Friday, December 14, 2012

Kampung Tengah Tok Pulau


asalammualaikum
entry hari ni memang agak basi lah kan
Program Inovasi Sosial UniMAP 2012
7 - 9 Disember 2012
sorry ni pon gambar combine henpong aku dengan camera kak azi
abang aswad tak dapekk lahhhh
heeee
gambar ni general lahhh
actually, ni blog aku, ikut suka aku lah nak letak gambar siapa
heeee :D
so, memang banyak kitorang beradik angkat, and family angkat la yeee
moh le kita tengokkk!
aku susun gambar ikut harii naaa
haa tengoklah waktu siang malam dia, aku malas typing :P


















okayy gambar last memang aku sengajakan, HAHAHA
scandal Tok Pulau hee
opss kat situ je okay
bk aku nak letak mana? HAHA
acewaaahhh
kat kampung ni semua best
makanan, orangnya, view mmg tiptop, suasana best
segalanya best
eventhough abah ada sawah pon, kiranya aku tak batak lah jumpa sawah
tapi sebab kat sini ada ramai orang, instead kalau aku gi sawah dengan abah berdua je kan?
kat sini kawan ramai, and we do great memories here :')
missing Kampung Tengan Tok Pulau

* pictures tells a thousand memories instead words *

p/s : okay aku akan rindu adek beradek angkat aku yang gila gaban, 
tok long, tok wan, abang pidoih, pak su hakim HAHA
okay rindu, kbai :))
nanti aku nak buat entry marah, watch out!

Monday, June 18, 2012

Happy Father's Day

selamat hari abah
aku panggil abah, korang?

angah sayang abah
abah, my hero
dalam banyak-banyak abah kat dunia ni, abahlah abah yang paling angah sayang
the one yang sangat memahami, sangat garang, tegas, caring, cool, sporting semuanya lahhh

aku kalau nak cari boipreng, nak macam abah aku
kenapa? kompem berduit :D
abah lah banker aku
hehehhe, sapa kot tahan anak macam aku
dah lah suka duit
bisnes aku modal abah, tapi untung aku :D
paham-pahamlah aku
bila shopping mulalah mulut aku nak tu nak ni

honestly, aku memang paling rapat dengan abah
bila aku ajak sesiapa orang rumah aku berlatih driving,
hanya abah je berani duduk sebelah aku
yang lain semua kecut
scary ke aku ni?
the one yang tak henti-henti mulutnya ingatkan aku pasal keselamatan masa driving
"bawak elok-elok, mata pandang cermin tengok depan"

aku ni boleh tahap agak manja dengan abah
sebab tu banyak sedara mara aku perli tempias sana
dok compare aku dengan along, perli aku
bila aku mengadu, kompem abah tenangkan aku
"buat lekk sudah, biar dorang kata apa"

aku ingat masa aku comel kecik dulu
abah selalu bawak aku beli whipped potato KFC sebelum hantar aku kat rumah cik ea'
hehehheheheh, whipped potato without gravy masa dulu lahh

abah jugaklah the one yang sapu air mata aku time bergaduh pasal basikal dengan along
pasal nak redah padang pergi sekolah agama petang
normal kebanyakannya, anak perempuan rapat dengan ayah
anak lelaki dengan mak
biasanya macam tu lahh

dulu masa kecik-kecik
abah panggil aku INTAN 
lawak tak? heheheh
bila ingat balik serius lawak nama manja tuh
dulu abah suka no tepuk bontot aku sambil panggil aku intan
"intan abah, intan abah "

sampai la ni
ada satu biji tulang menda tah kat peha aku
mama kata tu abah punya pasal lah tu
bila aku tanya apa?
abah gelak diam je, rahsia~~

bila aku ada masalah kat sepintar
abah jumpa pengetua
cakap
"saya tahu anak saya macam mana, kalau dia marah dia hentak pintu, maknanya dia marah lah tu
tapi saya tahu dia anak yang baik, satu-satunya anak perempuan saya yang berakal, adik perempuannya pulak down syndrome, dia lah yang saya harapkan"
aku dengar record tu, and kompem aku leleh

aku ni kalau marah dengan abah
biasanya aku lawan takpon masuk dalam bilik tidur
and biasanya aku ego nak tegur abah
so aku buat bodoh gaya macam tak pernah gaduh
and tak lama pon sehari, dua hari elok dah
borak macam biasa

dulu aku lagi gelap dari sekarang
abah selalu marah jangan keluar rumah
dibalingnya topi keledar kat aku
tapi aku degil jugak, biasalah budak kecik
sekarang, nak keluar rumah pon malasss
doklah layan internet ni ha...

masa mama tak de kat rumah, pergi kursus
abah masak 
aku ingat lagi bila aku kutuk nasi goreng hitam bapak aku
serius tader hati apatah lagi pandang nak makan
sekali rasa, eh? sedap pulak?
bravo!! *clapping hands

aku tahu abah risau dengan masa depan aku
apa nak jadi dengan aku
masuk Uni mana
aku amik course apa
aku tahu dalam busy dia doklah pikir pasal aku
apa aku nak kerja masa depan
aku tahu dia risauu

the one yang risau aku tak pandai masak, siang ikan
dok lah panggil aku suruh aku tengok demo siang ikan
macam mana lah nak kahwin nanti?
ye lah paling aku pro, masak nasi, tu je lah

kalau dapat result yang kurang memberansangkan
aku kompem bagitahu abah dulu
and kompem dia yang tenangkan aku
"takpe takpe cuba lagi"

masa aku Form 1
aku memang nak keluar dari Sepintar
abah bagi tempoh 7 hari stay kat Sepintar
dan dan la aku tujuh hari call rumah cakap dengan abah
and masa tu jugaklah bapak aku nangis
mama relaks je, abah yang lebih
datang setiap minggu jenguk aku, pujuk aku

the one yang paling risau dengan makan pakai aku
kat Sepintar dulu, abah yang beli makanan untuk aku
abah tahu aku susah makan
aku tak banyak makan
aku tak banyak makan nasi
abah lah yang belikan aku stok makanan semua
datang setiap minggu tanya "angah nak apa-apa tak?" 




angah sayang abah
terima kasih abah untuk segalanya
angah mintak maaf atas salah silap angah
angah dah lah suka lawan balik cakap abah :')
semoga abah sihat selalu, diberi kesihatan yang baik dari Allah SWT
diberkati dan dipermudahkan Allah segala urusan kerjanya dan murah rezeki

SELAMAT HARI BAPA
i love you and always love you, forever
angah sayang abah


* angah sayang abah *

p/s : bergenang air mata aku masa typing
banyak cerita sebenarnya, keep it as a sweet memories between us
angah sayang abah


Monday, May 7, 2012

me, birthday!

heyyy
today my birthdayy
tapi aku demam, tu yang tak best tu
tapi takpe, syafakillah hawa!
banyak dosa kot aku, sakit itu penghapus dosa kan?
hehheheh, terima kasih pada semua yang wish aku lahhh
i lap y'all lahss
hehhehheh
kat twitter, facebook, and ada gambar best gak!
orang pertama aku call, balau!
partner sehati sejiwa aku
ada gak yang buat blog pasal aku punya birthday
atiq and ezyn
ni mana yang aku stalk lahh
cekgu sekolah pon ada wish aku 
thanx muchos lahhh
yang tak berapa nak sangka lah kan
madam norhana sama birthday dengan aku heeee
thanx wishes from sms too
kawan sekolah rendah, menengah, kawan tuisyen, matriks
terima kasih daun keladi :)


***********



nie twitter punya, heee
jimat ruang, so aku combine kan lah, hehehehe



kat muka buku!
thanx, banyak so, amek 6 print screen je ni ha



ha, ni paling best
kiri dari atas, ezyn muahhh
sebelahnya : cake dari maller
okay
bawah dari kiri : zuzu, aji semua lahh
sebelahnya : maller dan permintaan ramainya

****************


gambar ketika aku comel
dari kecik sampai beso aku comel
hahahha


siot ni je gambar sekolah rendah yang aku dapat cari 
hehehhe


gambar kat sepintar a.k.a sekolah menengah 


ha... ni gambar kat matriks :p
aku masih comell


ni gambar hari ni
along bawak makan KFC sebab dia teringin sangat, sekali celebrate lah
hehehe
kecomelan aku tak berubah
weeee
thanx semua

*******************

heheheh, thanks
pada sape yang aku tak sempat call, sorry
aku pon baru je baik demam
sapa yang angkat call aku
sorry la suara nyempreng + sengau
hehhehehe
sape yang tak angkat call aku?
hehehhe, memang paling sayang!!
hahahha :D
thanx semua
i love y'alls lahh
angah sayang mama, abah, ib, along and adek
aku sayang korang semua kawan

*happy birthday to me*

p/s : terima kasih semua, i love you!!!
insyaAllah hari rabu ni aku pergi mid :)