Showing posts with label cute. Show all posts
Showing posts with label cute. Show all posts

Friday, December 7, 2012

i'm back

asalammualaikum
haii, okay agak awkward
aku dah lama tak blogging, ada nak habis satu sem dah kat UniMAP
 insyaAllah aku dah boleh blogging kot
sorry gayungsurau memang dah tader
sebab ada gambar aku yang comel, exposed dalam hal-hal politik
so aku tukar URL, nama dan sebagainyalah
so please do visit, read and feel it my blog
 okay toceee


* the faces *

p/s : i miss blogging :))

Monday, September 10, 2012

along ke bumi k-pop

Assalammualaikum
actually along da bertolak ke Korea
cerita basi daa
HAHAHA
Aku tak kira! aku nak cerita jugak
last two night along bagitau cerita yang buat aku melompattt woahhh
along nak pergi idol concert kat mana tahh
one word --->  JEALOUS
sheeeshh
facebook along, blog along
rajin-rajinlah tengokk :)) 
ahh tak pasal promote along ciss

28 Ogos along pergi
so sambut merdeka lah kat sana
best lah tengok along pergi Seoul Tower, Gangnam bagai lahhh
 tapi yang tak best nyaa along yang kecik akan lebih kecik
sebab Korea tak banyak makan halal
dan satu lagi
kalau nak solat Jumaat, nak pergi masjid jauhnya 1 jam 40 minit
gila lahh
bersyukurlah rakyat Malaysia
kat mana-mana ada masjid
oh ye along masuk Gyeonggi-do University of Art
ok bertambah jealous nya
big bang, suju idol korea tu dorang banyak sekolah kat sana
JEALOUS :'(


along masih nak adapt lagi tu
sana punya sejuk hampir negative darjah celcius
dah la keding lemak tak banyak
tahan je lah kau longg
along pergi under exchange student programme
selama satu sem equals to 6 bulan lah kan?
so raya haji tahun ni along memang tadaklahh
mama dah bekalkan along maggi, ikan bilis tah apa tah lagi
jadilahh

along kata almost setiap hari roti lah yang dia makan
itu pon halal entah tak tau

ohhh maii satu lagi
roommate along orang perancis 
apa eh namanya
martin rousseau ----> HE IS HOT
damn!! hahaha 
takpe one day aku akan gi Korea InsyaAllah 
ok lahh ada banyak aku nak cerita tapi satgi lahh
tunggu aku tak berapa nak busy
oh yess aku masuk Unimap
class start hari ni pukul 2
berkaratlah otak aku
cerita Unimap aku cerita lain kali
papai readerss


i miss u along 
oh maiii *tutup muka*

*tepuk tepuk tepuk UNIMAP*


P/S : Unimap punya cerita coming soon
aku dah lama tak blogging, sebab cuaks nya aku nak register Unimap ni haa
im still adapting :)
good luck along!!

Thursday, May 3, 2012

wishlist 2012


heheheh
for my upcoming birthday!!
nak ni boleh?


kamera instax :)
rasa cam comel je aku, kalau aku ada benda ni
yeahhh!!
nak nak nak!



mp4 sony player S-series
yang ada bluetooh tu sekali
yeahhh
mp4 nie dah menjadi idaman aku sejak habis spm lagi
tak dapat pon lagi
nak sangat!!
i want it passionly, badly, and lovely :P

*************
sorry 
aku tak berminat pon handphone baru, kenapa?
entah tak tau, not interested at all :p
kenapa nak mp4 bukan ipod?
sebab aku rasa ipod mahal sangat kot :p
tapi kalau dapat ipod pon lagi syukur :D
hehehheeh
consider la sikit pon nak mintak 
tehhehehhehe
gracias peeps :)

*can i have it, please...*

p/s : mama, abah, along (yang ni semua dah pegang duet)
angah nak boleh? nggeeee
weewee

Tuesday, May 1, 2012

happy birthday an


happy birthdayyyyy an
yang ke berapa?
jawab sendiri >_<











 model : hawabaek + comel
photographer : ib adekku, CANON EOS 60D
prop : crayon, paper
background : my messy-hectic room, my lion, scarves

*happy birthday*

daripada budak nakal ke lelaki yang baik
aku bangga dengan perubahan ang
have a blast an!>_<

Friday, March 23, 2012

good job

im proud of both you girls :))
siti husna othman and nur hafizzah
tahniah la dengan result spm kamu
yoshh sesangatlah bebangga
hahahahah
aku ingat lagu husna ajar aku bio form 4 padahal aku yang patut ajar, nie terbalik
and terima kasih jadi adek-adek aku
sedangkan aku nie bukannya kakak yang baek mana pong
sebab tu nickname aku letak 'hawabaek'
sebab nanti 44 orang sebut InsyaAllah baiklah tu
and tahniah jugak kat yana, ayue and zati,owhh hohoo tak lupa nurin
adek-adek merah 3, hehehehe
bebangga aku dengan mereka semua ni
perjuangan mereka yang dah tamat, akan bermula tak lama lagi
and aku kena berusaha gak untuk tamatkan perjuangan aku
yoshh!!
semangat semangat semangat


Alhamdulillah
aku pong tengah pecah pale nak buat design apa untuk dorang nie
kiranya aku nak buat hadiah handmade
kiranya kat dunia nie ada 3 orang nie je la benda yang sama, hehehhe
aku pong nak gak!!
hehhehe
pepandai aku la sengkang mata nak pikir bagi ape?
hhhhehehe, sapa ada suggestion, give me your feedback readers :))

* i lap u larrr girlss *

p/s : akan ku belanja husna cosmoworld,
fiza tak cakap pape pong :D
InsyaAllah ada duitbanyak aku belanja dua-dua :)
double triple thumbs upp for both of you
congrats sepintar :)
ha,,, abah kata kalau nak hantar along gi korea, kena dapat result baik, yeahhh
nak gi korea larrrr!!!

Monday, March 19, 2012

that's you

kau kawan yang baik
tapi bila kau mintak relationship lebih dari kawan,
aku teragak-agak
bukan aku tak percaya kau
aku fikir aku masih muda
aku tahu kau dah lama tunggu aku
dari aku tingkatan dua lagi, aku tahu
kau janji,

" aku tunggu kau sampai kau 19 tahun, kalau kau tak dak jugak perasaan kat aku, aku berhenti tunggu kau"

aku tak pernah beri harapan kat kau
tapi aku geram bila kau tak layan aku
tambah lagi ayat annoying kau
buat aku tak nak call kau
kau dah tak call aku
sebab kau mengharapkan  aku rindu kat kau
ya, kau berjaya
kau sedar tak kenapa aku tak contact kau?
aku tak ego la nak contact kau
handphone aku format, and aku tak ingat pon number phone kau
aku memang pelupa
kau sebok la eager nak dengar aku rindu kat kau
aku harap pintu hati kau terbukak nak call aku
tak payah kata rindu
aku sayang kau
aku rindu kau
tapi perasaan cinta takde
sebab aku rasa aku masih 'hawa' yang kecil di mata mama and abah
aku rasa aku tak nak kecewakan parents aku
aku sayang kau, sebagai kawan
aku tak malu nak kata aku nak jumpa kau lagi
officially said, aku nak jumpa kau lagi
aku nak jumpa kau lagi
aku nak jumpa kau lagi
aku harap kita jadi kawan yang baik sampai bila-bila
kalau ada jodoh, pasti tak ke mana :))

#kalau kau baca post aku nie
call aku la sengal!!!
aku memang lupa number phone kau :'(



location : Pizza Hut Banting
makan bersama ezyn and nadia :))



* one of the greatest friend ever, thats you, an *

p/s : tapi kalau aku tetiba ada pakwe nanti, jangan terkujat!
hahahha, itu maknanya aku da terperangkap dalam jerat cinta, auuww
PSPM nak dekat!! cuakabebebeehh!!


Friday, March 16, 2012

YOSH!!

yosh readers!!
rindu blogging larrrr
memandangkan hari nie hari Jumaat so, aku pong pakai la ayu sikit
sikit la
tapi otai masih ada kalau tengok style aku jalan
ahhahahahah
act, baju nie my mama sayang baru siapkan
last week dapat baju kurung dari mama je tiga pasang
and WOW mak aku hebakk sungguh
tapi aku dapat tunjuk satu je baju yang mak aku siap kan
sebabnya hari ni je aku bergambar
aku nie takutla readers rindoo tengok muka aku yang tersedia comel ni kan?
hahhahahah
so tengok!!

sekarang nie memang tahap gaban la busy aku
dengan final nak dekat
so blogging ni pong jarang
act banyak je benda nak cerita
tapi masa selalu tader
dengan nak kejar sifu nasuha lagi
miss lim lagi, madam maizuyah lagi
dengan math aku yang macam tak cukup tangan nak buat exercise lagi
macam kabut hidup aku
dan PSPM start 17/4 - 26/4
budak-budak PALAM semua da nak habis final
dorang habis final aku baru nak exam
yup chemistry ada lagi 4 chapter nak habis
PSPM lagi 3 minggu
GILA tak?? *rolling eyes
physics lagi 2 chapter gamaknya?
math lagi satu chapter
and the worst thing computer science's programming macam hareemmm bestnyer
daebak!!
aku pong rasa macam da tak cukup tanah nak jalan jumpa lecturer jumpa sifu lagi
auww
semangat hawa semangat semangat!!
lagi sebulan je kot kat sini
bantulah aku Ya Allah dapat 4 mendatar tu (flat)
kuatkan daya ingatanku, serta berikanlah kejayaan padaku
dan kurniakanlah kesabaran pada guru-guruku dan rakan-rakanku ketika mengajarku
amin..

kat twitter, aku retweeted balik syafiqah bashah punya tweet
"Exam is just for a short period, But it requires efforts of many days and months. Haiyaa"

and 
IT'S TRUE

okepppppp
"takut ada readers yang rindu muka aku,nah gambarnya"
act aku pong da lama tak self-cam






*hari Jumaat, hari ayu*

p/s : ignore background indah bilik aku :)
i miss my home, family and my friendssssss <3
makin dekat exam, makin rasa rindoo yang membuak-buak kat mereka ;')

Sunday, February 26, 2012

style lipatan tudung bawal


shot #1
muka mintak penampar
aku nampak je orang pakai style ni,
automatik aku pikir orang style nie innocent
macam zuzu :D
sama macam arra  tyme sekolah rendah


shot #2
nie gaya budak brutal, sekolah menengah
hehhehehhe


shot #3
nie style aku first-first masuk KMS hahhahahah
aku suka tutup mata aku


shot #4
ada tau orang pakai camnie
aku pernah try,
rasa mengantuk je, sebab rasa gelap


shot #5
yang ni  common aku rasa, majoriti orang buat lagu nie


shot #6
ini style aku time Form 4


shot #7
nie style orang tua zaman dulu


shot #8
ini style maller tyme masuk first-first SEPINTAR
hahha style tok tok ketuk pintu



 shot #9
style firaun
husaini and shahidin pernah cakap time aku Form 4



shot #10
ini style sekarang
lagi comel dan berbudi mukanya
hahahahha

**********************

model : hawabaek
tajaan pakaian : mama sayang
background : Polaris T2-27

*******************
ha... nie pong sebenaqnya sikit je
nie baru tudung bawal
belum lagi shawl
lagi banyak style
hahahah tu dia
tapi boleh kata hampir semua lipatan tudung nie aku da buat
aku rasa y'all pong boelh tengok stye memacam kat sekelinling korang
aku buat 10 shot jadi larrr
shot #7 and #1 aku rasa cikgu-cikgu atau lecturer aku banyak dah
aku buat style nie bila mengantuk dalam kuliah, bagi terang sikit mata
and buat orang sekeliling aku gelak
sebab nanti aku pong gelak :D

tapi tak kesah la cemane pong style korang yang penting pakai tudung
yang tak pakai, nanti time korang terasa nak pakai try la tutorial shot lipatan tudung ni
try mana yang seswai dengan muka korang
hahahahah

so that's all
auwww tatitu
perasan tak muka aku comel
wuahhahahahaah

*rajen-rajen la try*

p/s : nama yang di sebut jangan marah, auwww

Thursday, February 23, 2012

my sunshine


kepit, terkepit dan mengepit
peluk cium 
air liur basi dah jadi peta
enak lembut dan licin
peneman di kala malam
kuat gagah perkasa
auuummmmm
my punch bag


heyyahhh
 meet mine

my lion sunshine

*aku suka tidur*


p/s : aku memang busy
tak tipu.. PSPM 2 awal bulan april
dear readers, pray for me


Sunday, February 12, 2012

Kuala Lumpur lagi

Holla readers,
sorryy tak berapa nak sorry aku da lama tak blogging
aku memang busy la senang cerita
aku nak kejar 4 flat la
susah mangaiii
aku penat
okayyy
aku nak cerita agak panjang  yang tak berapa nak panjang
aku pergi KL
Yeahh aku ikut bapak aku  meeting kat KL
Macam orang gila la jugak gi KL tu terkejar-kejar
nak cepat sebab Madam Mai sayang buat kelas :)
auww
okay aku pergi Jalan TAR and Mid Valley
KLCC tak sempat larr
nak pergi Kinokuniya
rancangnya
tapi aku memang suka berjalan
babun penat
sebab nak habiskan baucer 1 Malaysia RM200
mangai cemana nak habiskan
penat otak aku bergerak fikir apa yang nak beli
cubala kan baucer ni valid sampai Book Fair habis
haaa time tu banyak aku nak beli
weeewweee
aku dahlah pergi KL bawak baju spare sepasang je
dan dan KL semalam hujan pulakkk
tension aku
sampai kat Hotel Grand Season tu da nak lencun baju aku jadinya
malu pong ada masuk hotel 5 star dan dan baju haprakk
lantak kau la
okayy entry akumerepek
aku tak rancang pong entry hari nie
so, apa yang ada kat kepala otak aku, aku taip je
paham paham la yer
okayy tak nak taip da


list benda yang aku nak buat bila habis Matriks :

1.nak keluar dengan family aku
2. nak keluar hang out dengan kawan-kawan aku
3. nak keluar dengan adek terchenta aku, husna and fizza
4. aku nak buat business aku balik, jual online
5. nak kumpul shawl lagi
6. of course bawak kereta
7. nak layan KOREA balikk

auwwww
itu je yang aku pikir buat masa nie
tak sabaunyeee
lagi 2 bulan
hawa hwaiting
SEMANGAT SEMANGAT SEMANGAT
try dapat 4 mendatar okayyy
okay readers papaiiiii

*aku nak jelajah KL*

p/s : perancangan aku agak rapi kan? hahahhahaha
go go go hawa!!
hwaiting
okayy aku habis matriks nati besday aku, so sesapa nak beli hadiah untu aku dipersilakan, auww baca blog ni fizi

Tuesday, February 7, 2012

i love shawls

hhahahhah korang nak tak tak ape menda yang aku rasa jadi habit aku skang
tak nak nak tau taper...
aku nak gitau gakk
peduli ape aku
ha tgok tuu


ini bakal tambah lagi nie
hahahha
asal jumpa shawl a.k.a selendang cun je aku rembat
memang banyak kat rumah aku da
padahal kepala aku satu je
shawl punya la banyak
satu lagi
aku nie kalau pakai shawl kat rumah je
tapi kalau kat KMS memang haremm aku nak pakai
malu punya pasal * blushing
hahahhaa
imagine la kalau aku kat KMS tak balik sebulan
then balik rumah 3 hari alamat memang aku lepas gian la nak pakai shawl
hahhaha
pergi kedai runcit Pak Cik Rahman pong pakai shawl
tak bleyy blahh
kat KMS aku pakai shawl bila outing and nak balik rumah la
hahahah
nak buat camne
kalau aku pakai bawal kat rumah
nanti bercakaran la aku and mak aku
mak aku da la pantang kurang sikit je tudung dia bising la nanti
hehehehe
mak aku memang da selalu bising bila tengok shawl aku yang banyak nie
in addition-lah,
tak payah gosok
yeahhh
for y'all information,
aku nie tersangatlah malas nak iron tudung
baju apatah lagi
kat KMS aku bawak baju kurung yang tak perlu iron
mangai malas aku ni
tudung biasa la
pakai je tudung bawal bunga-bunga corak penuh
dah siap and dah boleh pergi kelass
yup aku selekeh
ada masalah dengan kau??
yeahhh
sape la nak kahwen ngan aku ni haii
ok larr papaii
esok nak balik KMS da
tatitu :)
shawlicious auwww <3


*aku rasa aku comel kalau pakai shawl*


p/s : aku selalu dengar makwe cakap pakwenya tak bagi pakai shawl sbb nampak cam pe tah
heyy!! kalau pakwe kata jgn berak makwe tak berak ke??
weyh nie style kau
bagi aku, ini aku punya hal, ada masalah dengan kau??
weeewweee


Thursday, January 19, 2012

programmer


hai readers
gambar yang korang nampak kat atas nie
 projek computer science aku
<<< programming >>>

rasa seronok jugak la serabutkan kepala aku yang berakarkan serabut
menambah serabut aku untuk buat programming yang sabut lagi serabut

( masih ada bakat pantun dalam diri aku)

actually, benda nie best gak
aku da la ada habit yang mana sagat buruk
malas nak fikir 
haaa, nampak tak
malas nak pikir
dan benda nie buat aku berfikir
agak-agak
aku ada can tak jadi programer?
ehehehh
agak best la kerja nie
hahahhaha
mahu gila otak aku nak translate bahasa computer nie

"manusia hanya merancang, tapi Allah yang menentukan"

okayyy 
cau cin cau
papaiii

* programmer ?? *

p/s: Mr. Kean laju sangat ajar, aku lampi nak kejar dia :)
you get what i mean or not??
(Mrs Kumu's trademark)
hahahaha :D

Sunday, January 1, 2012

hi 2012

first post in 2012
hai 2012
im still 18 yaww
sweet 18 :)
so, banyak la ter-hap-date  kat twitter, facebook berbagai cakap

"happy new year''
"hi 2012"
 dan sebagainya


tapi ada jugak orang kata tak elok sambut tahun baru
ada pro and cons
aku malas nak ulas
orang boleh pikiaq sendiri
(ya aku tau aku kedekkut)
act malas da nak type
thanx untuk kawan-kawan aku yang remind bab-bab benda islamic ni

***********

hi 2012


mesti semua orang ada azam baru or stick to azam lama
sebab tak dapat nak fulfill azam lama kan?
aku pulak
ada azam baru
aku nak sedaya upaya masuk RU University
tinggi gak cita-cita aku kan
aku tak mengharap besar mana pong

my azam 2012

*aku nak khatam Quran once again
* jadi anak and kawan yang baik :D
* make my bond with family and friends even tighter
* sedaya upaya masuk RU Univesrsity / pergi overseas
 (walaupon aku ada hajat nak belajar kat UITM S.Alam je pong)
* and of course dengan jayanya keluar dari matriks :)
* make my business still go on and success $.$
* make more, more and more money
(kalau y'all rasa ada benda yang PATUT aku tambah, tell me yahh)
* nak mp4 and camera

**************

so, banyak sangat ke azam aku?
havoc sangat ke?
vogue sangat ke?
is it so hiperbola?
tak tau boleh fulfiil yhose azam or not
we'll see, wait and see at the and 2012
may Allah bless me, family and friends in 2012


peace no war
*bertambah kecomelan aku*
(buang tabiat puji aku comel is out of my list for azam 2012)


*hi 2012, bye 2011*


p/s : never imitate, create :)
kita hanya merancang tapi, Allah yang menentukan :)

Monday, November 28, 2011

MID VALLEY

 hari tu kan aku dah promise nak buat entry pasai aku ada plan lain kan?
ni la..
aku bertolak dari KMS lepas KAKOM aku direct pergi mid valley
jumpa mal, maller and balau.. tak lupa jugak kawan baru yayex <3
kitorang tengok movie lar ape lagi
shark night (banyak main dari fokus tengok movie ni)
outfit aku pong tak berapa nak mengancam menggoda masa tu
sebabnya aku dari KMS kan aku tidur sana
siap cantik comel ala kadar aku je larr
dan-dan la aku kena bawak beg besar untuk disandang sekali
then baru aku balik rumah
aku ingat la kan time tu aku yang paling lambat, rupa-rupanya
aku da borak kering tekak ngan balau tunggu mal and maller
aku yang bertolak jauh pon sampai dulu ni ha
hehehe


toilet freaks


tak nampak pong balau punya owl :(


SEPINTARIANS <3


balau on the spot kat mis tu jugak dia beli ghostbird tu
hahahha sebabnya 
aku and maller masing-masing ada ghostbirds tergantung kat leher


habis movie kot time ni
hahhaha
credit to mal's 'smartphone'
:p


di-edit kot oleh yayex or mal
aku download je gambar nie :)




housemate aku nie
MERAH LAHIR JUARA :D

dari kiri
maller bulat, yayex gile-gile, aku yang comel and balau macho


this time, maller yang snap gambar kitorang
mal pulak masok gambar


 i miss them a lot lot lot


i looikkkee u


balau and me
aku terharu dengan ko
DP owner blog aku nie 
aku letak gambar kita
hahaha
terharu punya pasai naa
kau patut bangga :D


*i miss them*
;')

p/s : bila nak hangout ramai ramai ? :')
i miss my friends
i realy realy do miss them <3

Wednesday, November 23, 2011

happy birthday ibrahim

 happy birthday Muhammad Ibrahim
may Allah bless you
semoga apa yang ib buat akan dapat keberkatan dari Allah
semoga hidup ib diberkati Allah
AMIN..
 

muka innocent adek aku zaman dolu-dolu



di-snap oleh adek aku sarah kat piring gambar holiday kat Langkawi
 aku rasa nie sarah yang snap



lencana tu pong aku ada lagi sampai la ni
aku pon ada baju sukan tu :)



happpyy jee muka adek aku



hensem la sangat
*kening double jerk aku bagi.. hehehe

  ini mission ib
jaga adek :)
kita adik-beradik sama-sama jaga
 


empat bersatoo :D



SIHARA :)
gambar raya tahun nie, tak boleh blahh

 

angah sayang ib :)
malu pulak aku, kalau adek aku tengok blog aku nie =='

ibrahim :)

# dengar cakap abah ngan mama
# ib kata nak jaga adek, belajar sungguh-sungguh
# kalau ib belajar sungguh-sungguh, nanti mama dan abah tua, senang nak jaga
angah pon nak jaga mama,abah and adek <3 kita sama-sama jaga :')
# kalau angah marah ib, sorry ehh?
tapi ko selalu buat aku annoying dengan ko =='
# dengar cakap along dengan angah ( tapi dengar yang baik je )
#selalu tolong mama and abah
#make our family proud, SIHARA proud :)
# angah sayang ib

p/s : angah tak penat fikir ape la nak bagi ib :)
bagi kasih sayang nak?
heheeh