Friday, November 1, 2013

kes rompakan

Asalammualaikum
terajen tetiba nak update pasal diri aku
hati aku rasa cam nak story je pasal kes rompakan aku HAHAHA
sedih woii
the story begin

aku kan cerita previous entry aku AJK Makanan Hari Sukan UniMAP untuk ppk aku
punyalah seronok
muka gelak happy ceria, babeng fake muka aku
jumaat kira first day aku nak jalankan tugas AJK Makanan
aku kena rompak woii
cash aku habis, dompet duit syiling habis habis
opkos lah dompet plus duit syiling basuh baju aku dia hambek
angin betol aku
kalau duit syiling je dia amik mau "kaching kaching" bunyi
cash dalam purse aku dia hamek
purse aku selamat, I/C kad bank ape semua dia tak sentuh
cash je dia amik, bangang tak
yang lagi haru, dia amik duit budget makanan PPKAS tu
aku seriau tader duit
duit ptptn aku dah tak jenguk langit dah, duit ada, tapi sikit
aku lah kena ganti duit PPKAS
aku bajet, aku mintak duit kat abah, tapi tak sangka betul seawal ni
aku dah bajet-bajet duit aku
boleh survive sebulan dua lagi
tapi ye dah ganti duit PPKAS, ye nak tebal muka mintak abah
mahu tak melalak aku kat abah dengan mama
aku shock gila nak bayar duit makan kat Cafe Shafaz takde duit
aku beli ayam goreng seketul, teh ais, total RM3.40
bukak purse, ZERO!!
ada duit syiling tak sampai sehinggit
celaka kau pencuri
pandang kiri kanan tengok ada muka aku kenal tak, nasib aku nampak kak sai tengah makan
aku pon mintak duit kat dia
ok berhutang :'(

mama on the phone masa aku melalak menangis
" kurang ajar pencuri tu sampai anak kita berhutang kat orang, nak bayaq duit makan takdaq duit bah, macam pengemis! "
ok keluar slang penang mak aku

ok family aku memang strict pasal hutang-hutang ni, tak cukup duit, mintak kat abah bukan kat orang lain
tapi aku kalau terdesak, memang terpaksalah kannn
tapi, otak aku penuh dah ingat nak bayar hutang bila
aku siap tulis lagi aku hutang sape and berapa

*ok mood angin taufan pasifik selatan sekarang*
aku mula-mula ingat duit hilang masa aku pergi lab
 tapi kawan-kawan lab aku takde sorang pon duit hilang and dorang  semua cakap
mustahil orang curi kat lab, ye lah ape taknya
aku datang lab sign attendance je
power tak aku? (ok aku bangun lambat)
aku pon terdiam fikir, betul gak masa sangat singkat
lab habis 12 tengah hari aku sampai lab pukul 11.30 pagi
ada nampak mustahil tak
ok habis bagi makan kat Pauh petang malam
balik rumah aku tengah tengok drama korea, aku teringat
MANA DUIT SYILING BASUH BAJU AKU???
ok masa tu aku tahu, duit aku hilang kat rumah dari pukul 3 pagi sampai 10 pagi
maknanya masa aku tidur, sebab malam tu aku balik lambat buat hiasan khemah
aku ada syak orang tapi aku takmau panjangkan hal ni

abah cakap 
"takpelah rezeki dia nak ambik duit angah, nasib baik duit hilang, kepala hilang macam mana?

aku syak pencuri ni

1. orang pecah masuk
2. orang rumah sendiri
3. tetamu

ok aku tak syak orang pecah masuk, sebab kalau pecah masuk kenapa dia ambik duit aku je?
kesan umpil pintu ke hape semua takde
satu lagi kalau pecah masuk, ye dia amik laptop ke, keyboard aku ke, laptop org dalam rumah aku ke
ni memang dia ambik duit aku je
celaka.
aku rasa pencuri ni memang dah aim aku, ye lah, atas meja dua helmet,
dalam bilik ada keyboard, kaya minah ni, tak rasa gamaknya aku amik duit dia 4 ratus sekali dompet berisi syiling

ok pada pencuri itu, kepala hotak kauu!!

so reason 2 dan 3 je tinggal. Aku pon dah malas fikir
tapi hati aku bengang "4 ratus ringgit sahaja" yang dia ambik tu banyak
aku dahlah mata duitan, materialistik
kau boleh nampak tak pengaruh duit kat aku
aku suka duit, mana aku tak angin
RM200 duit abah bagi kat aku, RM200 lagi duit PPKAS punya makanan untuk Hari Sukan
aku cakap satu hallah
kalau duit yang kau curi tu, kau buat sedekah kat fakir miskin, ye aku halalkan
tapi kau buat ke arah foya-foya kau, Allah yang balas

ok aku pon sebenarnya salah
salah aku letak purse plus dompet berisi duit syiling tu kat atas meja
memang masa tu busy gila
kononnnnn
HAHA
ok ni ikhtibar untuk aku dan orang yang baca blog aku
hati-hati, dunia ni masih ada orang yang tamak
dulu aku pon suka curi duit abah, ok aku mengaku family aku susah dulu
nak beli jajan super ring 30 sen tu aku tak dapat
aku sanggup curi duit abah
sekarang Alhamdulillah, tak muncul dah habit tu
tapi ada yang camni pulak gayanya
ambik duit abah pastu dah guna baru bagitahu abah HAHAHA

abah
"abah tak nak anak-anak abah mencuri dah, kalau nak sesuatu mintak, kalau abah rasa patut beli, abah beli,ada bendanya ada, mungkin abah lambat beli, tapi insyaAllah dapat. Satu lagi, jangan berhutang, nanti kita tak terbayar"

panjang story aku ha, power tak
lama aku tak type cenggini tau
long long long long time ago je aku type panjang gini
cerita aku ni jadikan ikhtibar
 dalam kalangan aku 4 beradik, yang paling hilang banyak barang, AKU lah orangnya
terima kasih abah mama yang dok dengar aku melalak menangis duit hilang ;'(
parents gets your solution solved, indeed. Financial problem, obviously.
thank you mama and abah :')

cute tak muka aku, ty ida amik gambar aku
parody aku melalak menangis kat mama and abah

*orang gila, tak megaku dia gila, samalah pencuri *

p/s : ok aku susah nak redha bab duit ni, aku rasa dosa aku banyak kot, kurang sedekah
tu yang orang amik duit aku tu.Astaghfirullah. Case Closed.




No comments:

Post a Comment