Sunday, November 7, 2010

moral value :)

hari nie aku tengok hindustan..
ceritanya pasal family..family story la nie.. tajuknya tak ingat..
pelakonnya amitabh bacchan n jaya bacchan..and also salman khan..
ceritanya pasal bila kita da tua anak-anak akan biarkan kita..
nak dijadikan cerita.. bila amitabh and jaya dah tua,pencen,anak-anak kena ar jaga mereka..
tapi semua hipokrit..amitabh and jaya pon berpisah sebab anak-anak tak mampu nak jaga sekali dua orang..amitabh and jaya nie ada 4 orang anak lelaki..yang mana 3 da kahwin..amitabh and jaya nie ada 2 cucu..so mereka tinggal dengan anak mereka..setiap 6 bulan,mereka akan bertukar rumah anak-anak..then amitabh and jaya di'separate'kan..
cinta mereka memang sejati la kiranya..walaupun diorang berjauhan tapi saling berutus surat lagi..
kiranya cinta mereka nie dipisahkan anak mereka sendiri..
dalam waktu yang sama,amitabh nie selalu sedih sebab anak mereka tak pentingkan mereka,
amitabh pernah lar pecah kaca mata sebab cucu dia yang pecahkan..tapi,dia minta anak dia baiki cermin mata tu,tapi anak dia refused..amitabh sedih sangat sebab anak dia baru bagi duit kat cucu dia untuk beli kasut baru,, anak amitabh cakap dia tiada duit..hati tua mana yang tak sedih..
jaya pulak selalu kena marah dengan menantunya..
selepas itu,amitabh pun curahkan isi hati dia melalui penulisan dia..dia selalu menaip dekat kedai kopi belakang rumah anak dia..tokey kedai kopi tu pon baik lar juga..
1 hari,jaya n amitabh punya anniversary,so mereka pon bertemu,macam2 berlaku,,tyme tu lar dia jumpa dengan anak angkat dia..alokh a.k.a salman khan,,
alokh niepon ajak la amitabh and jaya tinggal rumah dia..
alokh and isterinya sangat baik..layan amitabh and jaya baik2..
berbeza dengan anak-anak kandung amitabh and jaya..alokh ni anak angkat..
alokh nie pun hadiahkan amitabh satu kereta..baiknya alokh nie kan?
then amitabh nie pun balik rumah lama dia..happy sangat dia..
tokey kedai kopi pun datang melawat dia and dia ada good news..
hasil penulisan amitabh dalam proses dicetak..
and then,amitabh nie pun kaya raya hasil jualan buku dia yang berjudul 'baghban'..
cerita pasal life dia..bila dah kaya-raya,anak-anak kandung dia pun mulalah berpura-pura insaf,tapi amitabh tetap tak maafkan,sebab hati dia da marah sangat kat anak-anak kandung..macam mana anak-anak kandung dia tak mampu jaga diorang,sedangkan waktu kecil jaya and amitabh nie yang berkorban untuk anak-anak diorang membesar..tapi anak angkat yang nak jaga amitabh and jaya..mana anak-anak kandungnya?
ada kawan aku pernah bagi quote ni kat aku..mak dia yang bagi..
"macam mana 1 ayah 1 ibu boleh jaga 10 orang anak,tapi 10 orang anak tak boleh jaga 1 ayah 1 ibu?"
sedih.. cerita nie wat aku bertambah sayang kat mama and abah.....
i want eternal happiness with my family,,together always...
YA ALLAH, ampunkanlah dosa kami sekeluarga,limpahkanlah rahmatMu kepada kami,berikanlah kebahagiaan kepada kami,lindungilah keluargaku dari sebarang malapetaka dan dari sebarang kejahatan murahkanlah rezeki pada kami, serta eratkanlah hubungan kami sekeluarga..amin..

No comments:

Post a Comment