Friday, April 29, 2011

autisme



okay,hari nak cerita pasal betapa bersyukurnya kita jadi manusia normal
intro aku mungkin agak melankolik kay?
maksud aku normal,
biasa tanpa ada sebarang kecacatan
aku tahu mana ada manusia yang sempurna
aku nak kita semua bersyukur sebab kita takdak sebarang kecacatan
kurang akal,cacat kaki,tangan,bisu atau segala jenis 'down'
aku tak malu untuk mengaku

"ye,saya ada adik cacat, down syndrome"

malahan aku dan keluarga bersyukur
terima kasih YA Allah

*********

nak dijadikan cerita
semalam la kan?
28 April 2011
aku jadi sukarelawan untuk Pendidikan Khas Sekolah Rendah Batu 9
( sekolah aku dulu )
okey lupa nak beritahu!
mak aku cikgu pendidikan khas dan adik aku down syndrome
so,mak aku ajar dia jugak lar
aku nie tukang ambik gambar je
sebab aku bosan duduk rumah aku ikut la jadi volunteer

*********
kami pergi Sekolah Pengkalan Permatang
lawatan tengok sekolah pendidikan khas kat situ
GILA BABUN HEBAT
kenapa aku cakap camtu?
aku pon tak mahir mana nak buat pizza?
aku tak reti pon nak buat jahitan manik? ( aku tahu basic je)
aku tak tahu pon nak ikat segala bagai untuk buat gelang manik?
bagi aku mereka HEBAT
siap buat bisnes kot
sepotong pizza RM1.00 ( ye kot?)
dah lar buat buat bisnes siap sumbang kat sekolah
DAEBAK!!

***********

cerita yang nie seram sikit le
ada seorang budak penyakit autisme student sekolah nie
cerita lanjut autisme dan link autisme dan ini juga untuk lebih mendalam
untuk readers yang nak baca engilsh punya,ni linknyer
aku mintak tolong uncle google O.0 and dapat wiki punya
aku pergi SMKPP


ada seorang budak autisme
aku dengar nama dia cikgu di panggil 'cikkun'
budak nie chinese kay?
ada la budak sekolah mak aku nie (aisyah namanya sakitnya slowlearner n grower)
datang dekat dengan dia
cikkun nie tengah khusyuk lagi tawadhuk buat gelang manik dia
nampak macam normal je budak nie
tapi 'air yang tenang jangan disangka tiada buaya'
aisyah nie terpegang bahu dia
dia rasa terganggu
sekali dia hentak meja mengamuk
pastu siap cakar tangan dia
cikgu dia pon tenangkan lar

" nie nasib baik cakar kuku je,mak dia kata kalau kat rumah siap kelar tangan pakai pisau "

berderau darah aku tengok budak nie
dengan dua biji mata aku tengok tangan dia babun banyak kesan kelar
dan budak nie suka tengok darah cikgu tu kata
dia punya pain receptor kurang atau mungkin takde
gila seram aku tengok
kalau dia tengok darah,dia akan laughing happily
like nothing was happened
GILA TAKK?
ada orang tapi segelintir mabuk darah bila tengok darah?
tapi budak yang autisme nie boleh gelak ala-ala party tengok darah

***********

tapi diingatkan,tiada manusia yang sempurna
mungkin dia kacak/cantik tapi tiada budi bahasa
mungkin dia cacat tapi muka hensem
( budak autisme kebanyakannya hensem dan bijak)
yang normal mungkin tidak setanding mereka
sebab itu mereka digelar
ISTIMEWA


*angah sayang adik*

p/s : aku jumpa fawwaz adik huda kat sane
dekat SMKPP tu lar..
HAHA :D
act aku ada gamabr tangan kelar budak cikkun nie sekali muka dia tapi
bapak aku bawak kamera pergi Melaka..
nanti bapak aku balik aku post gambar diorang dan lawat aku sekali tu


Thursday, April 28, 2011

Alhamdulillah

act, aku tak sangka pon dapat
sebab aku da kiciwa temuduga guru pun aku tak dapat
aku hanya memandang kosong skrin kaca lappy melihat facebook
kawan-kawan aku menyatakan kecuakan menghadapi temuduga
pengalaman sesi temuduga
ibu bapa aku da tertanya-tanya kenapa aku tak dapat?
sedih jugak aku
tapi aku fikir aku takdak rezeki sekarang
mungkin nanti..

tapi aku terkejut bila semalam nawarrah text aku minta nombor kad pengenalan
tiba-tiba bateri henpon aku mati
balik dari ambil along kat Klang Sentral
aku terus menghadap Facebook
aku tengok ramai member aku da dapat keputusan
mereka bertempat di matriks mana dan mana
aku lihat link di profile ara
dan ' open link in new tab '
jantung aku berdegup laju sebab aku nebes
masukkan nombor kad pengenalan aku
dan ALHAMDULILLAH
terima kasih YA Allah



* aku penat *

p/s : hari nie tak jog tapi aku jadi sukarelawan untuk program pendidikan khas sekolah mak aku
aku dapat pengalaman baru,esok aku cerita lawatan aku :)















Tuesday, April 26, 2011

sama maksud kot?

BRA
-kotang
-coli
-nombor angka giliran sekolah aku

BABI
-khinzir
-buta
-pork
-pig

APAM BALIK
-terang bulan
-apam piring
- dah takdak idea

BULAT
-bola
-AkmalNazri
-segala jenis bola yang pastinya berbentuk bulat

MENCARUT
-lancau
-langsi
- aku tak pandai mencarut,so tak tahu da..ni je

BODOH
-idiot
-stupid
-pen tan ( bahasa cina,betul tak ejaan tu? )


**********

paham tak apa yang aku maksudkan
maksud lebih kurang sama tapi fahaman berbeza
pahe dok?
act,aku takde idea sangat nak post ape
jadi keling sikit la ye aku malam nie
sikit je kay?
HAHA :D

***********

p/s : hari nie hari ke-2 azam aku,6 pusingan
( berlagak semacam je aku nie?)
sejujurnya 4 jog tapi 2 jalan,okey pe dari semalam 2 pusingan je

************

have fun with this beautiful song
BIG BANG - LOVE SONG

I Like You The Best



im badly-madly-deeply love this song

BEAST- i like you the best

* i like *

p/s : aku nak post lagu je la ye,,
malas nak taip

Monday, April 25, 2011

perut berlapis


faham tak maksud perut berlapis?
maknanya banyak lemak..
mungkin buncit?
( aku sekarang ada tabiat makan malam )
HAHA :D
sikit je lapis aku nie

aku bukan nak kata apa lar..aku bukan di tahap obesiti yer,,
duduk tak boleh bangun,,tapi
( sit up aku memang tak boleh la kan )
badan aku berat nak angkat badan sendiri
dulu masa kat sekolah,aku limit badan aku berat 42kg
kat sekolah dulu senang nak puasa
kat rumah lain cerita,nampak makanan je..
aku sentiasa tergoda..
( owh...aku tergoda,aku tergoda ,terpesona)
* lagu kak Pah a.k.a Sharifah Aini *

sekarang duduk rumah tak nampak angka 4 da..
last check hari tu 51 kg..
WTF
aku rasa nak campak lombong penimbang berat tu
aku rasa jarum penimbang berat tu salah angka...
so tadi petang aku start berazam nak jog kalau boleh 5 pusingan padang
( aku nak guna nikmat yang Allah bagi,iaitu padang sekolah bapak aku)
dan sit up satu hari 10 kali..
okay takk?
aku nak jadi cam YoonA SNSD
( perut langsing kot beb semua ahli SNSD tu )


memang topbish!!
perut dia tip top
kalau boleh peha dia pon aku nak
azam aku nak jadi sebijik body figure dia
* macam mustahil la pulak *


tapi tadi aku baru nak start azam ni kan,so dua pusingan je
tak larat
takde stamina dah nak lari
berat bontot aku..
apa taknya,duduk menghadap lappy aku ni ha..
layan facebook,blog, korea lagi
memang bertambah
pipi aku pon dah naik nie ha
geram aku,bontot jangan cerita lar..
tak kisah la orang kata

" baguslah, bontot besar senang bersalin "

tapi aku taknak ajnabi tergoda dengan kemontokan lemak bontot aku
buat pandang sekali,jadi berpuluh kali..
tak nak aku!!
perut nie memang buat malu la kan
bukan nak berlagak,baju aku saiz S macam dah tak muat
hebat kan?
aku yang membesar ke baju aku yang mengecil?
nampak macam buncit,perut aku
aku dah la suka pakai baju saiz S atau lagi tepat XS
saiz S tu dah kira besar untuk aku
kalau boleh nak XXS
HAHA :D


* tak nak gemuk *

p/s : marilah sambut seruan Fara Fauzana!!
HAHA :D
tahukan anda,biskut CF Fara Fauzana itu mahal?
memang baik untuk kesihatan,tapi hilang duit di wallet/purse anda..
tapi biskut tu cicah teh 'o' panas sedap! ^_^
tak malu jugak ye aku ni?
tapi ini kenyataan!! :(

Saturday, April 23, 2011

rindu datang melanda

********************

HOME

perasaan aku sekarang macam nie
dulu ounya la tak sabar nak tamatkan sekolah..
BOSAN
tapi bila da tamat sekolah jadinya lain
betul ar satu quote nie

u'll never miss the water till the wells dry

kat rumah kurang kawan-kawannya
adik-beradik aku lain cerita la ye..
kawan aku nie ha..
Lappy Acer aku yang cun lagi mulus serta sexy
takdak kawan mana aku nie
bontot aku pon melekat je kat lantai nie ha
nak keluar rumah malas..
tapi tak tahu la kan kalau ada P nanti baru ar keluar jalan-jalan kan
(okay LESEN P dapat next week tak sabarnya.. ^^)
aku nie memang berat bontot.. :D
kalau keluar dengan anum pon,anum yang bawak motor
aku nie sekadar pembonceng
rumah ara tu lagi lar,bukannya akuyang pergi rumah ara,
ara yang pergi rumah aku..HAHA
aku tak banyak stamina..petang tadi main badminton pon dah mengah-mengah
jalan pon tak boleh lama-lama,lenguh kaki nie ha
macam orang tua dah aku duduk rumah

*****************

SCHOOL

sekolah situasinya lain
banyak kawan-kawan walaupun banyak stress
aku boleh habaq cerita-cerita aku tanpa sebarang batasan
aku nie open minded-nya ada lebih ada kurang
HAHA
aku rindu la dengan kawan-kawan aku kat SEPINTAR
aku rindu nak cakap dengan korang
pergi makan DM sama-sama
gelak sama-sama
semuanya sama-sama lah senang cerita
dekat sekolah aku banyak jalan
dari asrama pergi sekolah
dari sekolah ke DM
banyak jalan
stamina tu tinggi
aku masuk merentas desa pon takdak masalah dari segi pernafasan
aku top 30 tau dulu merentas desa (berlagak? kenyataan...)
biggie time ever :)

* penyakit rindu melanda *


p/s : aku harap ramai member-member aku pergi bookfair..
aku rindu korang dowh!!
aku pon tak sure lagi tarikh,tengok abang aku lar ye?
kesian pon ada tengok abang aku balik dari Penang ke Tg.Karang
utara ke selatan tu wooo ( menahan kencing naik bas ekspress ^^)

zaman sekolah dahulu kala

sekolah dulu-dulu
atau lebih tepat mengaji..
aku rasa sesiapa yang budak asrama mostly akan jadi macam ni
except budak-budak yang bijak lestari,tak macam aku
yang sentiasa berkelakuan ceria dan hyperactive(aku rasa?)


bukan masa yang tepat kay?
ikut masing-masing punya sekolah

***************

asal cikgu takde?
semua tidur..biasa la tu
waktu awal nampak semangatnya
tapi aku takkk...
aku ada morning sleepy..aku rasa im always sleepy

motto aku untuk tidur ialah tidur itu ibadah

HAHAHA
sampai la nie
tidur itu menyeronokkan
tyme sekolah dulu aku selalu senyum
:) :D

* tidur itu ibadah *

p/s : aku masih sakit syabas..so rasa tak larat nak taip
sorry la yer..few days more i'll be okay
sapa rasa betul,entry kali nie sila,jangan segan silu like dan comment
be my pleasure :)


Thursday, April 21, 2011

mcDonalds - i'm lovin' it


**** breakfast mcDonalds ****










**** pergi lepak sekejap kat rumah huda ****



dari kiri
jahan ara hawa huda




* kami batak + jakun mcD ada kat kuala selangor *

p/s : hari nie sakit syabas..tak larat nak taip
duit aku pokai breakfast mcD..rumah huda besh ada korea,, heheh :D
nanti datang lagi la :)
nanti aku lak yang drive,lesen P dapat minggu depan :))


Wednesday, April 20, 2011

Alhamdulillah , LULUS!!


Woahh!!
OMG!!
Alhamdulillah aku lulus Test JPJ hari nie
cuakabebeh!! nervous!!
first aku sampai pon lambat,,
sempat lagi singgah Restoran Seri Kassim order thosai
HAHA
takut kebulur nanti masa test
singgahnya sebab roti gardenia coklat habis , tinggal perisa jagung je =='
otw nak pergi pon cuak
aku bawak motor wave tu by myself , sebab my abah was so busy like our prime minister
( kononnya )
lalu la jalan besar dengan hanya berbekalkan lesen L dan tak tampal pon sticker L
yang bertambah cuak , punya la banyak lori dengan treller
aku pulak tearsa diri ini kerdil berbanding dengan mereka yang gedabak
macam semut vs gajah
datang pon lambat
pastu aku daftar , muka ketat je aku
cuakabebeh!!
aku tak berapa nak suka tempat nie sebab banyak lelaki
( lelaki tu okey buat cuci mata tapi yang lelaki yang hisap rokok ni masalah )
aku pon melangut la tengok orang bercakap la bagai
bosan gila,bising dengar orang cakap ,padahal aku sorang takdak kawan
ara dengan huda tak sampai lagi =='
aku pon memekakkan telinga aku dengan mp3 dengar lagu Big Bang

**** okey pendekkan cerita ****

aku memang muka ketat tunggu giliran aku nak bawak motor
aku pon bawak lar dengan berhati-hati
fyi , bagi calon-calon yang ambil motor ,titi adalah tempat yang paling maut
Alhamdulillah aku tak jatuh dan catatan masa aku sebanyak 8.2 saat
aku rasa aku bawak laju kot
: )

**** kereta - parking , 3 penjuru ,bukit ****

aku rasa kat sini nasib aku baik
Allah tolong aku tutup mata dan telinga JPJ tu
kat parking Alhamdulillah okay
tapi kat bukit tu,betul-betul nak dekat atas bukit tu enjin mati
pachii JPJ senyum sokmo dengan aku
aku balas dengan senyuman aku yang kiut miut lagi
dekat 3 penjuru , dua kali aku mati enjin
berair da kot mata aku,takut gagal
tapi PASS!!
aku macam tak percaya pon ada
lepas tu aku tanya uncle pengajar tu


aku : uncle,saya lulus ka?
uncle : hey, you tadi dua kali ma mati enjin (muka risau)
aku : uncle tengok lar,saya lulus ka?
uncle : eh? you lulus.. you sembahyang pagi tadi ni (muka ingat aku auta dia)
aku : HAHA (senyum aku da nampak gigi)


**** kereta - jalan raya ****

act,nie la yang paling aku cuak
sebabnya aku tak mahir sangat tukar-tukar gear
macam yang aku bagitahu kat entry sebelum nie =='
sempat kot aku borak-borak dengan uncle hensem JPJ
dalam kereta tu lar aku dengar ceramah Dato' Fadzilah Kamsah
pasal wali..HAHA
borak dengan uncle JPJ pasal ni lar
nasib baik ilmu P.Islam melekat lagi kat kepala aku
okay, kat kalan raya nie aku dua kali mati enjin
ada lar jugak terundur-undur sikit
uncle JPJ tu tutup mata je
da petang kan..uncle tu pun penat gak
Alhamdulillah aku lulus..
motor dan kereta sekaligus hari nie
20 April 2011 , Rabu


dapat da..lagi bape tahun CDL lak : )
nampak tak sabar

* Alhamdulillah , terima kasih YA ALLAH *


p/s : congrats gak kat ara and huda,pass titi untuk ulangan motor
act aku pon tak caya aku boleh lulus,aku ni nasib baik Allah tolong aku
boleh bawak kereta abah nie..hehehe
balik terus sujud syukur aku



Tuesday, April 19, 2011

esok D-Day

FUHH
hari nie hari last aku belajar kereta..
kalau gagal alamat belajar lagi lar =='
aku part jalan raya nak lintas tu yang slack
masalah tol!
tension pon ada
act aku cuak gak tyme bawak tu
yang lawaknya,baru semalam aku belajar nak tukar-tukar gear
sebab,selama aku belajar dengan pachii garang aku hanya dibenarkan bawak gear 1 atau 2 je
nasib baik pak cik din yang baik hati ajarkan
kalau tak maut aku di jalan raya
neway,pachii garang n pak cik din,thanx mucho
esok D-Day
esok aku test JPJ
Rabu ,20 April 2011
motosikal dan kereta
doakan la ye aku okay readers,kalau gagal,aku tak buat post aku gagal,,HAHA
kalau lulus aku wat post aku lulus : )
tadi petang pon dah berlatih sikit dengan abah xD

:: BE STRONG ::

YA ALLAH,berikanlah aku dan keluargaku serta rakan-rakanku kejayaan
amin


* okey , aku cuak *

p/s : doakanlah yer?
esok pakai kasut biasa ke sport shoes huh?
da lar esok pergi naik motor,abah tak dapat hantar =='
good luck to me kay..

Monday, April 18, 2011

i love them


abah
mama
along
ib
sarah

* angah sayang kamu semua *

p/s : tell them how much you love them..before its too late..
you never miss the water till the wells dry

Sunday, April 17, 2011

tell me who i am



* tegur saya jika saya buat salah *
you're pleasure to do that

p/s : im not perfect but im ex-prefect : )


Saturday, April 16, 2011

saya budak baru belajar

hari nie da hari ketiga aku belajar memandu
yang tak berapa nak malangnya aku dapat pak cik yang suka marah-marah
tapi aku kan,biasa lar aku pon buat lar muka kiut miut aku..hahah
pak cik tu muka bengkek jek

" pak cik marah, kamu gelak je kan,hati kering tul!! "


hahha tapi pikir balik la kan
aku bayar dia ( bapak aku punya duit )
so tak boleh marah-marah kan?
marah-marah nanti cepat tua
( eh, pak cik memang dah tua )
aku memang camnie sikit hati kering
tapi belakang dia aku selembut span yang ada air
cuma depan dia aku jadi span kering yang da diperah airnya
( aku merapu ape ni )
aku bukanlah budak yang kuat emo
sikit sikit nangis
HAHA


aku bukan jugak meraung
" mama,abah atuk nenek"
HAHA


aku jenis yang buat orang marah balik kat aku
aku buat muka yang boleh orang sakit hati
aku memang hati kering sikit


aku pikir pak cik tu macam nie je
heesshh geram aku!!
da lar permanent teacher memandu aku
penat lak tu
baik layan korea
lagi bagus


pak cik dush! dush!
saya nak kalahkan pak cik!!

* pak cik jangan selalu marah saya *
ampun pak cik!!
pak cik kurang-kurangkan la hisap rokok tu,tak baik untuk kesihatan
saya tak suka gak asap rokok
: )

p/s: pak cik nie ada baik gak
aku pikir dia ni cam cikgu timah lar..marah-marah nanti result ok
hari rabu nie test JPJ
mintak-mintak lar okey?
pak cik garang yang ajar mesti la okey!!
HAHA

Thursday, April 14, 2011

Wednesday, April 13, 2011

frustrated and helpless

im not as brilliant as Einstein
im not as clever as my friends that got many A's in their SPM's result
i've just got 'Alhamdulillah' not a 'wow' from others people
im not as beautiful as Snow White yet i still have my parents that always fill up my emptiness

im so sorry looking my father's face when he came back from his work
im so sorry because let my parents saw others people success but im not
im so sorry let my father gave encouragement to other people
im so sorry let my father helped others people to be successful but im not
im so sorry let my father smiled at me to give back my soul when im almost losing it
im so sorry let my father tired to earns our livelihood
im so sorry let my fathers talked and adviced about scholarship towards my friends
but im not deserved to get any scholarship yet my achievement is not as good as my friend's

im so dissapointed when all my friends talked about their achievement
yet i thought that im so bad
im so jealous when all my friends talked about their scholarship , interviewing moment

i hated it when they got all but im not
i hated it when im crying alone in my messy room
i hated it when my friends got their presents as they are deserved
i hated it when my friends gave their empathy face to me
i hated it all yet im still smile like nothings gonna happened
i hated it when im forcing my smile to others people
i hated it when im smiling like hypocrite
its awful..

i believed that 'rezeki' is everywhere that i've to find
i know that Allah knows the best for me
i believe in Allah..

setiap manusia ada satu je zaman kegemilangan,hanya Allah yang tahu bila zaman kegemilangan setiap manusia,dan hidup manusia macam roda,di bawah dan di atas..
yang di atas akan jatuh dan yang di bawah hendaklah berusaha untuk naik ke atas..

by Ustadz Tolhah



* i just hope all the things will go the way i want *


Tuesday, April 12, 2011

sawah padi cantekk : ]

entry kali nie malas nak taip panjang-panjang
ha ni lar sawah padi family aku
yang usahakannya bapak aku la
En. Abu Bakar yang hensem
tengok la yer sawah padi kami nie
sawah padi nie terletak di Kg Sungai Sireh
merangkap kampung aku yang jauhnya 10 minit naik motosikal dah boleh sampai
ni jugak la kampung yang setiap tahun raya pertama for sure berkumpul dengan sanak saudara aku yang lain..indah permai la jugak..HAHA


nie memang cantekk


nampak cam edited lak


nak dekat malam gak la aku snap


korang nak tau menda nie apa?
yang pink nie telur siput gondang emas
binatang nie lebih kurang haiwan perosak gak la kat sawah padi nie


angah sayang abah

ha tu je la ye?
sorry gambar tak santekk
ye saya takde DSLR =='
saya tak sekaya anda, readers yang ada DSLR
okey?
kita hidup kena bersederhana
mana yang kita mampu je kay?

* nanti angah teman abah pergi sawah ye? *

p/s : aku pon nak gadget baru tapi tak sampai hati nak mintak kat bapak aku
yang da kekurangan rambut pikir nak cari rezeki untuk family aku
kalau bapak anda,readers banyak rambut lagi bolehla mintak kay? HAHA

purse baru : )

yap i admit,im stingy
aku bukan lar kedekk sangat tapi
aku malas nak membazir
nak dijadikan cerita lar kan

kan aku ada cakap sebelom ni ,aku berkampung rumah mak cik aku seminggu
kalau tak tahu baca entry sebelum nie
okay,mak cik aku pon bawak lar jalan-jalan,
ingat mula-mula jumpa doktor
pastu makan kedai mamak
( rindu thosai Seri Kassim larr )

then tak pasal mak cik aku meraban merayap ke Jusco Bukit Tinggi
ah sudah!!
purse aku ringan kot tyme tu : (
putih mata aku tengok kedai-kedai kat situ
purse aku ringan sebab aku da berjoli dekat Sunway Pyramid itu hari
da la dress code aku macam hape tah
kata keluar sekejap
aku pon tibai jeans dengan t-shirt je lar
kalau tak aku pakai evening gown ( nampak auta )
jalan-jalan then nampak kedai Tropicana Life

ok aku confess kay?
mula-mula aku bodek ajak tengok design je
out of blue,
tapi CINCA!!
mak cik aku offer nak belikan purse baru untuk aku
HAHA daebakk!! Jjang!!
dia kutuk akunya purse yang lama
koyak da pon tapi aku rajin aku jahit balik
HAHA
mak cik aku komen purse lama aku layak buat kain buruk je..
( sayang aku kat purse lama aku )
so aku pon pilih-pilih mana yang feminin..
plus,mak cik aku kata aku da besar,kena la pakai barang proper
dress code aku pon kadang-kadang dia tegur
aku simple je orangnya
mak cik aku kata

" yang tengkorak NO!! "

aku dengar je la kan,duit dia..
ha ni lar purse baru aku : D


okey,
purse baru yang warna milky white

purse pink yang corak bunga-bunga tu yang lama punya

^^
part yang paling best ialah,guna duit mak cik aku
bukan guna duit aku
tak kesah la kalau anda readers kata

" gila show off budak nie "

" berlagak gila purse baru.."

" ala purse baru pon nak show off ke? "

" cehh TL je pon,ingatkan coach? "

fyi , purse saya yang sebelum nie adalah yang warna pink kat atas tu
biasanya orang buat letak duit syiling
dapat yang ni pon aku dah bersyukur
tapi aku sumbat segala benda kat situ
betapa dhoif? naif? tah tak tahu words yang sesuai untuk aku pakai purse yang lama tu
dari aku form 3 aku pakai purse tu
sapa yang kenal aku,for sure pernah nampak purse pink lama aku tuh
act purse pink tu dari Miss T berharga RM 12.90
tapi tu la yang aku sayang

* rindu handphone boley sumbat dalam purse pink tuh *

p/s : baru la merasa purse harga lebih RM 10..sebelum TL purse nie,yang paling mahal tu
ha yang purse pink Miss T tu..HAHA
aku suka purse yang lama tu sebab boleh sumbat semua barang..
sebab tu there is a lot of stitches there and make my purse look ugly
aku nie budak yang careless-tak pandai jaga barang-selalu lupa barang letak mana
so bertambah hodoh plus lusuh purse pink lama aku tu



Sunday, April 10, 2011

syafiqah bashah a.k.a balau

anda hutang saya
15 k***


* jangan lupa ya? *

p/s: tolak cinema sepuluh
so tolak-tolak jadi 15 kan? HAHA

sunway pyramid like LIKE

aku ni baru semalam sampai rumah
aku kan berkampung kat rumah cik den aku seminggu
then aku kan gadis Tanjong Karang
so aku dok rumah cik den aku kat Shah Alam
so aku pon call lar gadis-gadis Shah Alam ajak hang out
so aku pon hang out lar dengan mereka
mereka itu ialah


maller si bulat and balau baby
HAHA

aku pon tak sangka rumah cik den aku dekat gila babeng dengan KTM
( Shinkansen Malaysia )
so mak cik aku drop aku kat SM Batu 3
aku tunggu maller sampai berwap bontot aku
then kitorang pergi SM Subang Jaya
then jumpa balau baby
aku pon cam siot teraba-raba pipi aku
bagi signal kat balau * balau hutang aku *
balau buat muka tak tau jek
act balau da smapi dulu da
lama kot dia tunggu,lagi lama dari aku tunggu maller HAHA
naik bas buruk tahap tak ingat panasnya
tambah bau rokok
warrgghhh!!!



tapi sebab mak amik gambar kan,senyum je lar
padahal da berpelu segelen
* nampak auta aku *
then sampai la akhirnya sunway pyramid yang besar gedabak
yang suatu ketika dahulu aku pernah sesat =='
aku memang respek sape yang hafal kedai-kedai kat tempat ni
mid valley pon,kalau ko hafal memang aku tabikk
pergi la merayap
then makan A&W
maller belanja..HAHA
seronok aku paww balau and maller
ingat senang aku nak datang Shah Alam?
HAHA



babun sedap tahap terpaksa makan ape ke benda tah nama saintifik benda alah yang aku makan
aku order sama ngan maller lar
tengah-tengah ada hotdog panjang gila
pastu air float
orang belanja aku telan je lar
dia punya gravy babun tasteless
tapi telan je la kan
da makan merayap carik Asian Avenue
yang aku meraban mata mencari tapi maller and balu dok kata tadak je
act aku last form3 kot pergi sunway ni
masa aku pergi tu pon dok renovate kasi besar lagi
merayap then jumpa pastu tengok wayang
movie beastly : )
balau belanja :D



can you imagined that love?
by kyle

Hero dia babun hot stuff
hot hot la senang cerita
HAHA
pas habis tengok movie yang ' pelbagai ' dalam cinema tu
act bukan movie beastly je tau yang ada kat cinema tu
movie ghairah,agresif ,gatal dan nafsu pon ada
HAHA
jalan-jalan lagi pergi balik Asian Avenue tu



babun jakun tambah batak lar lampu ala-ala disko tu
pastu pon bla lar
maksud aku balik
kitorang pon bergaya
amik gambar lagi : )


ni dalam toilet :D



depan sunway
terpaksa berdiri sebab ada papan warning
" dilarang duduk "

coincidentally hujan pulak tyme tu
naik teksi lagu india lar kitorang


pastu sampai SM Subang Jaya
balau balik dulu aku ngan maller travel Subang Parade lak
habis tumpah ice lemon tea situ
penat hensem jambu lapkan
HAHA



pas makan aiskrim murah sehinggit McD
kitorang balik
tu la ceritanya
aku penat dah taip
=='

* penat tekan-tekan taip *

p/s : jap lagi keluar satu entry
jap je lagi..